|
Kawan kesetiaannya tidak mampu dibeli. |
Kawan adalah insan yang paling rapat dengan kita selepas ibu
bapa. Juga seorang individu ataupun kumpulan yang sering bersama-sama dengan
kita dikala susah ataupun senang. Insan yang senang untuk kita berbicara
daripada bermacam-macam aspek-aspek seperti bola bagi lelaki dan fesyen bagi perempuan dan berbagai-bagai lagi tapi itu
bukanlah persoalan yang utama pada kali ini. Hal ini adalah kerana kawan adalah
satu keperluan untuk setiap individu yang bergelar manusia. Manusia perlu
bersosial dan juga perlu didengar dan dengan adanya hubungan yang bergelar “
Kawan” maka manusia bebas untuk meluahkan segala yang terpendam di lubuk hati.
|
'' Tekun dan rajin" itulah moto kami. |
Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai apa
maknanya berkawan dalam kehidupan ini, kerana dengan berkawanlah aku dapat
merasai salah satu nikmat dalam kehidupan. Tak payah merenung jauh, walaupun
kadang-kadang kawan itu menyakitkan hati kita dengan perangainya yang
gila-gila, tapi percayalah yang gila-gila itulah yang akan kita imbas kembali
sewaktu kita tua nanti ataupun waktu kita duduk berseorangan dalam bilik
sebelum tidur. Kawan memainkan peranan yang begitu besar dalam kehidupan,
walaupun bukanlah semuanya yang indah-indah belaka tapi pesanan LUKMAN AL-HAKIM
kepada anaknya yang tercinta masih
terpahat di lubuk ingatan,
“Wahai anak ku, jika kamu ingin mengetahui siapa
sahabat mu yang sejati,ujilah ia dengan membuatnya marah dan jika ia mampu
bersabar dengan kerenahmu, maka ketahuilah bahawa ia lah sahabat sejati”.
Dalam memilih kawan, Islam telah menggariskan beberapa kriteria
yang perlu kita ikuti dalam memilih sahabat antaranya ialah sahabat kita itu
hendaklah seseorang yang mampu membimbing kita kearah jalan yang benar. Misalnya
adakah sahabat kita itu seorang yang mengambil berat tentang solatnya, ataupun
adakah sahabat kita ambil mudah tentang solatnya. Inilah kriteria yang perlu
diambil kira dalam memilih sahabat namun, kadang-kadang kita tersalah membuat
pilihan dengan salah memilih kawan TETAPI jika kita mampu untuk menarik sahabat kita itu
kearah jalan yang benar maka bantulah sahabat kita itu dengan harapan dia akan
berubah.
|
"Bersatu teguh, bercerai roboh" |
Aku juga bersyukur kerana dengan sikapku yang tidak seberapa “Perfect” ini masih ada
kawan-kawan yang sudi untuk mendampingi aku membantu aku tatkala aku menghadapi
kesukaran dan ingatlah walaupun kawan kita itu banyak kekurangan daripada segi
rupa,sikap dan sebagainya namun jangan
kita biarkan “keburukan seseorang itu
mengaburi kebaikan yang pernah dihulurkan mereka kepada kita”. Sepanjang aku berada di sekolah kehidupan
ini, banyak pengalaman yang pernah aku lalui namun aku percaya dengan apa yang
kita lalui ini akan menjadikan kita seseorang yang lebih matang dalam kehidupan
dan percayalah apa yang kita lalui pada hari ini apabila dikenang kembali suatu
hari nanti akan melakarkan senyuman di pipi kita. Disini, aku selitkan gambar aku dan rakan ketika membuat persiapan FINAL EXAM UiTM baru-baru ini untuk
tatapan semua.
P/S: we as human, can never stands alone..but sometimes we need to be alone in order to reflect ourself. Is that true?. Think about it.
0 comments:
Post a Comment