Wednesday 23 January 2013

5 Langkah Mudah Untuk Bahagia.

Bahagiakah aku?. Cuba tanya soalan ini dekat diri sendiri, tutup mata cuba jawab soalan ini dengan sejujurnya. Jika jawapan yang lahir daripada mulut anda adalah tidak bahagia, marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita kembali punca hidup ini tidak bahagia. Pada penulisan kali ini saya ingin membincangkan cara-cara untuk kita hidup bahagia.Sejujurnya untuk bahagia kita perlu tahu punca kita tidak bahagia, namun isu tersebut insyaallah saya akan cuba kupas pada penulisan yang akan datang. Kebanyakan punca kita tidak hidup bahagia dengan kehidupan kita ialah berpunca daripada hati. Hati adalah kunci utama untuk kita bahagia, jika hati kita penuh dengan perkara-perkara yang melalaikan dan penuh dengan dosa, kita pasti akan merasa resah dan gelisah.
Kenapa saya berkata sedemikian, hal ini adalah berkait rapat dengan sabdaan Rasullulah sendiri yang mana saya cuba sebutkan semula dan jika saya tersalah diharap para pembaca dapat membetulkan saya "Dalam diri anak adam terdapat seketul daging yang mana jika daging itu baik,maka baiklah keseluruhan jasadnya dan seketul daging itu adalah hati".

1) Solat di awal waktu tanpa melengah-lengahkannya. Solat adalah penenang jiwa bahkan ubat yang terbaik bagi segala kekusutan hidup. Ya memang tidak dinafikan solat adalah ubat yang paling mujarab dalam memberi ketenangan kepada kehidupan kita. Kenapa saya berkata demikian,hal ini kerana apabila kita menunaikan solat kita secara tidak langsung berkomunikasi dengan Allah secara LIVE tanpa ada apa-apa hijab di antara kita dengannya. Setiap patah perkataan yang kita ucapkan di dalam solat kita adalah doa sebenarnya. Jika ada yang berkata solat yang pernah dilakukan tidak mampu untuk memberi kebahagiaan dan ketenangan di dalam hidup, cuba muhasabah solat kita adakah solat kita itu telah mencapai piawain yang ditetapkan. Maksud saya di sini sempurna rukunnya dan tertib perlakuan solatnya. Saya akui kelemahan saya sebagai insan kadang-kadang menyebabkan saya lambat dalam mengerjakan solat, namun marilah kita sama-sama memperbaiki urusan agama dalam kehidupan seharian kita ini.
2) Banyakkan berdoa kepada Allah dan bukannya menceritakan masalah itu kepada manusia. Kadang-kadang apabila kita menghadapi masalah kita seringkali menjadikan teman rapat kita tempat untuk meluahkan masalah dan tempat untuk meminta pandangan. Namun, kita harus ingat kebergantungan yang utama adalah kepada Allah dan bukannya makhluk. Ya, teman kita mampu mendengar semua luahan dan keluh kesah jiwa kita tetapi adakah teman kita mampu menyelesaikan semua masalah kita. Jika tidak meluahkan masalah itu kepada teman rapat pasti twitter dan facebook menjadi tempat kita untuk meluahkan perasaan bukan?. Ketahuilah rakan-rakan bahawa semua itu bersifat sementara,apalah gunanya jika kita meluahkan perasaan di twitter dan facebook jika ada penyesalan yang datang bertandang di kemudian hari. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. DIA sentiasa punya waktu 24 jam untuk dirimu,jika kita mengadukan masalah kepada manusia kadang-kadang mereka pun tidak mempunyai waktu untuk kita.kenapa harus mencari yang lain?.
3) Banyakkan membaca Al-quran dalam kehidupan seharian. Al-quran adalah kitab suci yang telah ditinggallkan oleh Rasullulah kepada umatnya iaitu kita.Namun jarang sekali kita hendak membelek dan mebaca lembaran surat-surat cinta firman Allah itu. Cuba kita muhasabah diri kita,berapa kali kita membaca lembaran ayat cinta itu dalam kehidupan seharian?. Adakah 2 kali,3 kali atau kita tidak mengusiknya langsung. Al-quran adalah penawar segala penyakit,yang mampu mengubati segala penyakit hati manusia. Cuba kita baca Al-quran dan hayati bait-bait kata yang terkandung dalam Al-quran itu ,saya pasti jiwa kita akan menjadi tenang dan lebih bahagia selepas membacanya.

4) Banyakkan zikir dan selawat ke atas Rasullulah dalam kehidupan seharian. Zikir dan selawat adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan orang-orang yang beriman. Hal ini bersesuain dengan firman Allah dalam kitab sucinya Al-quran yang menyebut "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati pasti akan menjadi tenang". Hidup kita ini dilalaikan dengan pelbagai hiburan yang mengasyikkan sehingga kita kadang-kadang lupa untuk mengingati Allah.Malah akibat pengaruh daripada arus kemodenan menyebabkan kita memilih muzik ketika kita menghadapi masalah.Muzik rancak menjadi peneman setia ketika menghadapi masalah.Namun tahukah kita,bahawa semua itu tidak mampu menyelesaikan masalah itu dan hanya mampu memberi kelegaan untuk tempoh yang sementara.Alangkah indahnya jika kita menghadapi masalah dan yang bermain-main di bibir kita ketika itu adalah kalimah zikir ataupun selawat, saya percaya semua masalah yang bermain di fikiran ketika  itu pasti menjauh.Malah saya pernah melakukan semua itu, dah Alhamdullilah hasilnya mampu memberi ketenangan kepada jiwa saya malah menjadikan saya fokus dalam kerja saya selepas itu.


5) Banyakkan Senyuman dan lakukan perkara yang perkara yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Jika kita inginkan kebahagiaan,berilah kebahagiaan kepada orang lain kerana " orang yang bahagia adalah orang yang membahagiakan orang lain ". Prinsip ini harus dipegang oleh kita yang mahukan kebahagiaan.Janganlah kita menjadi orang yang tidak membahagiakan di mana apabila orang lain bertemu kita,maka orang itu tidak menjadi bahagia. Senyuman juga memainkan peranan,ukirkan lah senyuman di pipi kita walaupun kadang-kadang itu adalah berat untuk dilakukan kerana senyuman itu mampu mengubah hati orang lain yang berduka lara menjadi bahagia. Berilah manfaat dalam kehidupan seharian kita,kerana kita sebagai seorang muslim dituntut untuk berkerjasama dalam perkara yang memberi kebaikan.

Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...