Friday 7 October 2011

Embracing Islamic Lifestyle...

Wardina Safiyyah..ahli panel petang tadi...
Ok...apa khabar guys and girls,semoga korang semua sentiasa sihat semuanya...insyaallah.Hari ini atau lebih tepat lagi petang tadi, aku pergi la dengar ceramah Embracing Islamic Lifestyle ini sempena International Islamic Finance & Business Symposium and Halal Carnival dekat Uitm Shah Alam nie. Panel untuk tajuk ceramah nie adalah Wardina Safiyyah, Sham Kamikaze dan Abu Bakar (RAIHAN). So dengar la ahli-ahli panel nie bercerita pasal hidup diorang satu persatu bermula dengak Kak Dina (Wardina) sampailah Abu Bakar (RAIHAN).

So mari aku ceritakan apa yang aku dengar kat sana supaya kita semua dapat lah kebaikan sedikit..hehe. Bermula dengan Kak Dina dia pun bercerita la pasal macam mana dia dapat kekuatan untuk berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik, yang nie tak nak cerita panjang macam mana dia boleh berubah sebab cerita dia hampir sama dekat dengan dalam Tv..atau pun kalau korang nak tahu macam mana Kak Dina nie boleh berubah cuba cari kat You tube..Ini Kisahku-Wardina Saffiyah...kat sini aku cuma nak cerita point-point penting yang dia samapaikan waktu ceramah tadi....

  • Kak Dina nie beritahu yang dia memang seorang yang sangat berpegang kepada prinsip hidup yang dia. So dia beritahu kat semua yang hadir tadi..supaya hidup nie mesti ada prinsip.Remember guys & girls "HIDUP MESTI ADA PRINSIP". So salah satu dia punya prinsip adalah "cinta yang bersulamkan sentuhan adalah jijik". Dia memang pegang prinsip ini sejak dulu lagi even sebelum dia berubah. Dia cerita sebelum dia berubah dia ada boyfriend yang ajak dia buat perkara-perkara yang tak elok..tapi dia tolak sebab dia pegang prinsip  "cinta yang bersulamkan sentuhan adalah jijik". Last-last dia break up dengan dia punya boyfriend dia sebab boyfriend dia waktu tue dah ada couple lain. Tapi bertitik tolak dari situlah dia dapat kekuatan berubah. Kak Dina juga ada mention kalau lah lelaki tu baik, dia tak berani pegang pun tangan si couple dia sebabnya lelaki itu akan berfikir bahawa couple dia itu suatu hari nanti akan menjadi ibu kepada anak-anaknya malah lelaki itu akan menjaga kehormatan diri pasangannya...so girls kat luar sana fikir-fikirkanlah.
Pernah meniti liku-liku yang pahit...
  • Kedua, Kak Dina juga berkata "Hidup ini biar kita yang mencorakkan dunia,bukan dunia yang mencorakkan kita".Sebab dia kata macam tu adalah sebab sekarang nie kita disogokkan dengan bermacam-macam fesyen yang tak menutup aurat, hiburan dan macam-macam lagi..Dia suruh kita berfikir, contohnya kalau kita pakai fesyen tidak menutup aurat itu kita akan kelihatan cantiklah ye...tetapi kalau kita pakai pakain yang menutup aurat itu kita tidak akan kelihatan cantik..sebenarnya salah fahaman kita selama ini...sebabnya media lah puncanya kita berfikiran sedemikian..walhal islam mengajar kita bahawa kecantikan itu datangnya dari dalaman bukannya luaran.
  • Kak Dina juga mention kalau kita hendak berubah menjadi insan yang lebih baik..kita kena mulakan dari inside(hati) sebabnya hati adalah segala-galanya..kalau baik hati kita,maka baiklah luaran kita. Contohnya kalau kita tengok kubah masjid dari luar, kubah itu tidak menarik sebenarnya..tapi bila kita melihat dari dalam masjid,di sebalik kubah itu banyak ukiran-ukiran khat yang indah...samalah juga seperti islam, nampak mudah secara zahirnya, tetapi kalau kita amati dengan sebenar-benarnya islam itu adalah indah dan lebih komplek dari dalamannya.Maksudnya dekat sini tidak semestinya penampilan luaran kita itu cantik dan sedap mata memandang,tetapi sayangnya di dalam hati kita itu kosong tanpa cahaya iman.
  • Selain itu juga, Kak Dina ada mention kalau nak berhijrah menjadi insan yang baik, kita juga hendaklah "START QUESTIONING OURSELF" contohnya kenapa kita hidup dekat dunia ini???,kenapa kita solat??? dan sebagainya.Sebab apabila kita bertanya kepada diri kita, hati kita akan meronta-ronta untuk mencari jawapan kepada persoalan kita dan dari pada situ mungkin kita akan dapat kekuatan untuk berubah.

  • Kak Dina juga ada mention supaya kita jangan berbangga sangat dengan apa yang kita miliki sekarang contohnya, jika hari ini kita bertudung labuh dan kita melihat seseorang yang tidak menutup aurat,maka janganlah kita mengejinya kerana mungkin suatu hari nanti dia akan berubah menjadi lebih baik daripada kita.
  • Kak Dina juga ada satu tips yang dia sempat berkongsi dengan hadirin yang hadir..dia kata setiap kali dia bangun daripada tidur..dia akan baca doa yang berbunyi "Ya Allah, Lindungilah Diriku Daripada Kebodohan Dan Kejahilan".
Aku rasa sampai sini lah aku cerita kat korang semua,sebabnya terlampau banyak untuk diceritakan..kesian kat korang penat mata baca panjang...hehe, tapi aku bersyukur sebab hati aku tergerak untuk pergi ke sana..tapi sebenarnya kalau ikut keadaan malas sebab ceramah tu dah la berlangsung waktu petang and hati mintak balik rumah sebab nak tidur...hehe.
P/S: Aku tengok ramai perempuan dekat sana tadi, kalah golongan lelaki nie..buat malu je..tetapi nasib baik ada kawan temankan,tak lah terasa malu sangat..tapi aku bersangka baik dekat spesies aku sebabnya biasalah lelaki busy memanjang sebabnya kita orang kan bakal suami orang..so perkara macam nie dah biasa..hehe

Wednesday 5 October 2011

Solat Subuh Satu Tanda Kebesaran Ilahi....


seronoknya dapat tengok bintang-bintang...
Sudah lama aku menyepi betul tak??? ye la mana tak menyepi kalau jadual padat sangat, minggu lepas ingat nak update-update la blog kalau ada masa tapi keadaan tak mengizinkan..cuba la korang bayangkan sabtu dengan ahad terlibat dengan aktiviti yang pihak fakulti buat...tak habis lagi lepas itu berkejar-kejar dengan assignment yang kena hantar pada hari isnin, tapi at the end kena reject sebab assignment itu tak ikut kehendak pensyarah...memang minggu lepas amat memenatkan..aku bukan nak bercerita panjang lebar sangat pasal kehidupan aku dekat universiti nie...korang pun aku rasa memang pernah melalui perkara macam nie, so kalau aku cerita pun sah-sah mengantuk punya la.Balik semula kepada tajuk di atas.....
Syaitan amat suka kalau kita macam nie...
Solat subuh ini merupakan di antara solat fardhu yang wajib kita kerjakan betul tak??? so kalau tak buat kira berdosa la kan...tapi aku bukan nak bercerita tentang dosa pahala nie,tapi kelebihan yang terkandung dalam solat subuh nie....mari aku list kan kelebihan solat subuh nie:

  • Masa SPM dulu kita ada belajar tanda-tanda orang munafik betul tak???.jom aku mention balik pertama apabila berjanji dia mungkir janji.kedua apabila bergaduh dia melampaui batas ketiga apabila diberi amanah dia pecah amanah.kita hanya belajar tiga sahaja tanda-tanda munafik kan...tapi kita lupa bahawa ada yang keempat iaitu mengikut sabdaan Rasullulah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-bukhari dan Muslim "sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat subuh dan solat isyak.Sekirannya mereka mengehtahui apa yang terkandung dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya walaupun dalam keadaan merangkak".
  • Para sahabat pada zaman dahulu menjadikan solat subuh sebagai kayu pengukur bagi keteguhan agama seseorang, apabila salah seorang di kalangan mereka tidak hadir solat subuh maka mereka akan berprasangka buruk kepadanya.
  • Berlainan dengan solat-solat fardhu yang lain dimana bacaan solatnya adalah digalakkan dipendekkan oleh Rasullulah S.A.W tetapi bacaan di dalam solat subuh adalah digalakkan untuk dipanjangkan.

  • Solat subuh adalah solat yang disaksikan oleh para malaikat.Ini berdasarkan surah al-isra' 17:78

  • Sesiapa yang solat subuh berbahagialah dirinya kerana Rasullulah telah berjanji bahawa Allah akan melindungi dirinya.Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Rasullulah S.A.W "sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka ia berada dalam jaminan ALLAH. Maka jangan cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh, ALLAH akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam Neraka."(Riwayat Muslim)

Sebenarnya banyak lagi kelebihan solat subuh yang kadang kita terlepas pandang.Aku tulis benda-benda yang macam nie bukan untuk dapat pujian ke apa,malah aku nak nasihatkan diri aku dan korang semua.Kalau nak kata aku buat semua benda nie sebab nak dapat pujian, korang semua muka aku pun tak kenal..nama pun korang tau Mr Angguk Geleng je kan..so kalau ada la..suara-suara katak nak mengata aku nie bajet baik, aku tak kisah pun sebab yang penting aku share apa yang aku tahu.

By the way ramai di antara kita nie kadang terlepas solat subuh..puncanya sebab malam online kat facebook tu sampai pukul 2-3 pagi..last-last solat subuh entah ke mana.Korang tahu tak para ulama' mengeji tindakan berjaga malam untuk perkara yang tidak berfaedah macam korang yang tengok movie sampai lewat malam.Aku dekat kolej nie perhatikan solat subuh berjemaah dekat surau nie sikit je, paling ramai pun 2 baris tu pun kadang-kadang tak sampai.
Aku nak tegur lebih-lebih kang, semuanya dah besar panjang kalau nak kahwin pun dah boleh. Perkara buruk dan baik tu pandai lah bezakan.Kat sini dah tak ada orang nak tolong tunjukkan, ye la silap-silap kalau salah tegur dah bermasam muka..tak nak la bergaduh-gaduh nie.Ok aku pun malas nak membebel panjang...undur diri dulu ye.
P/S: Pelik dengan sikap orang zaman sekarang bangun awal bukan nak solat subuh dulu tapi sibuk pergi online dekat facebook tu dulu..yang wajib ditinggalkan, last-last solat subuh pun terlepas masa pun terbazir.Aku ingat nak selalu nak update blog tapi tengok la macam mana..
  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...