Friday 10 October 2014

Halfmoon Delisha Plain

Assalamualaikum,

Hari ini nak buat promotion untuk halfmoon delisha plain (1 layer) yang santek nie. abang nak tunjuk halfmoon yang lawa nie untuk tatapan adik kakak semua. 

Halfmoon nie buat siapa-siapa yang tak tahu bentuk dia adalah separuh dari bulatan ala-ala karipap yang kita selalu beli tu. Jom layan model yang pakai halfmoon nie, lawa kan adik kakak semua.


Okay, jom usha Halfmoon Plain Delisha nie pulak mana la tahu kot-kot ada yang berkenaan:








Material Halfmoon Delisha Plain nie diperbuat daripada High Quality Chiffon yang memang menarik dan lawa. Harga permulaan adalah RM 25.00 dan jika ambil min 5 piece anda akan dapat harga special daripada abang. COD juga abang lakukan di sekitar Shah Alam Sahaja. 

Jika ada yang berminat boleh la whatsapp 0176542336 untuk perbincangan lanjut. Sebelum kita akhiri post kali ini, jom kita layan gambar customer yang pernah pakai halfmoon plain delisha nie.


Salam sayang, jumpa lagi di post yang akan datang.

XOXO. 


Thursday 9 October 2014

Salahkah Lelaki Jual Tudung?.


Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian,

Sudah lama aku tak menjenguk laman blogger milik aku nie. Entry langsung la tak ber-update. Sebenarnya nak cerita pengalaman berniaga tudung nie. Baru je start beberapa bulan lepas dan betul-betul terasa pengalaman pahit maung bila berniaga nie, rupa-rupanya berniaga nie bukan la semudah makan ABC di tepi jalan.

So sempena entry kita berniaga nie, hari ini nak perkenalkanlah halfmoon delisha plain yang abang jual...haha, feeling sangat kan.

Okay Jom cuci mata tengok-tengok diorang pakai halfmoon delisha yang abang jual ni.


Rata-rata beri feedback yang positif dan sukakan halfmoon delisha plain (1 layer) nie, Alhamdullilah. Rasa bahagia tengok diorang pakai, walaupun abang tak mampu nak pakai..haha

Kelebihan Halfmoon Delisha plain nie antaranya ialah:

+ Custom-made dan tak dijual di mana-mana kedai dan butik.
+ Jahitan yang kemas dan teliti sebab jahit kelim tepi.
+ Harga mampu milik..murah je. RM 25.00 sahaja.
+ Terdapat pelbagai warna dan pilihan.
+ Labuh sebab ianya adalah bidang 60..dan tak jarang.
+ Sejuk tak panas sebab ianya kain chiffon high quality..so rasa pakai econ dalam tudung gitu so..tak de la nak kipas sana..kipas sini.
+Mudah dibentuk bak kata customer-customer nie.
+ Ya Allah, banyak sangat nak sebut dah...gitu.

Okay, excited tak nak tunggu post selepas nie?..kalau excited nanti kita post pula kod kalernya..stay tuned bersama abang.

 

Friday 14 March 2014

Aku dan ASiS (Part 1)

Sebuah Sekolah yang berdiri Megah..ASiS

Derap tapak kaki bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) mula membanjiri pintu pentadbiran pejabat sekolah itu. Masing-masing menunggu dengan hati yang berdebar-debar akan keputusan SPM yang bakal diumumkan sebentar lagi. Saya pun tidak terkecuali, malah hati ini berdegup kencang sebaik sahaja memikirkan soal itu. Sepatutnya bekas pelajar ASiS memakai baju kemeja dan seluar hitam ketika mengambil keputusan namun, saya seorang sahaja yang unik pada hari itu. Saya memakai seluar jeans dan T-shirt sahaja ketika itu. Maklumlah, sebaik sahaja tamat kertas SPM pada  tanggal 8 september 2009 saya sudah ligat mencari kerja untuk mendapat wang saku. Saya bukan berasal daripada keluarga yang senang yang mampu duduk sahaja di rumah ketika cuti. Tambahan pula, pada ketika itu niat saya mencari kerja adalah untuk mencari skill komunikasi disamping mencari pengalaman sebagai bekalan di masa hadapan. Selain itu juga sebab saya tidak mematuhi peraturan pemakaian pada hari itu adalah kerana saya telah ditugaskan oleh majikan saya untuk outstation selama beberapa hari di Nilai, Negeri Sembilan.


Berbalik kepada cerita tadi, walaupun saya tidak mematuhi etika pemakaian pada hari itu saya tebalkan sahaja muka saya menanggung malu kerana memang saya tidak punya jalan lain lagi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya pujuk hati saya dengan berkata “ Argh, benda dah nak jadi dah..nak buat macam mana?”. Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi daripada pembesar suara meminta para pelajar masuk ke dalam dewan untuk sedikit taklimat sebelum pengagihan keputusan mula disampaikan oleh guru kelas masing-masing. Saya sempat menemui guru subjek biologi saya iaitu Tuan Norma bt Yaakob, saya sempat menyapa beliau bertanyakan khabar dan saya sempat memohon doa dari beliau “Cikgu, doakan saya ye” dan lantas beliau menjawab “Insyaallah, semuanya akan baik-baik sahaja”.



Para pelajar mula memenuhi ruangan dewan tersebut dan dimulakan dengan taklimat oleh pengetua sekolah tetapi fikiran saya tidak mampu menganalisa bait-bait perkataan yang keluar daripada bibir beliau kerana saya terlalu risaukan keputusan SPM yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Selepas taklimat dan war cry yang diketuai bekas ketua pelajar batch ke-6 kami iaitu Danial Zikri Zulkifli keputusan peperiksaan SPM sudah mula diagihkan. Saya juga tidak terkecuali daripada rasa tidak sabar untuk mengambil keputusan tersebut daripada guru kelas namun, bila difikirkan jika saya tidak mendapat keputusan cemerlang bagaimana ya nanti dengan masa depan saya. Pemikiran sebegini menyebabkan saya duduk semula di kerusi saya lantas membiarkan pelajar lain mengambil result itu terlebih dahulu. Mujur pada hari tersebut, ibu-bapa saya tidak ikut bersama untuk mengambil slip peperiksaan SPM ketika itu. Saya risau jika hati mereka remuk dan sedih seandainya keputusan SPM saya tidak cemerlang walhal mereka telah banyak membelanjakan wang sepanjang persekolahan saya disitu selama 2 tahun.


Ya, saya tidak mahu mereka kecewa biarlah jadi anak derhaka ataupun digelar pentingkan diri pun kerana tidak mengajak mereka turut bersama ketika mengambil keputusan SPM pada kali ini. Tetapi bagi saya, airmata kekecewaan mereka tidak harus jatuh pada hari itu. Sambil-sambil duduk, mata saya liar memerhati keadaan sekeliling melihat suasana ketika menerima keputusan masing-masing. Ada yang tersenyum kepuasan sebaik sahaja menerima keputusan tersebut malah ada pula yang sedih dan kecewa apabila slip keputusan bertukar tangan. Tangan saya sudah pun sejuk, mungkin kerana adrenalin sudahpun memenuhi segenap saraf di dalam badan tetapi pada waktu yang sama hati meronta-ronta untuk mengetahui keputusan peperiksaan yang telah diusahakan selama 2 tahun sepanjang bergelar seorang pelajar.
 
 
Hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang belum mengambil keputusan peperiksaan termasuklah diri saya sendiri. Masa yang ditunggu telahpun tiba, akhirnya nama saya dipanggil untuk menerima slip keputusan SPM dan gerak langkah kaki diangkat perlahan-lahan. Sebaik sahaja menerima slip tersebut, saya buka kertas tersebut perlahan-lahan. Alhamdullilah, hampir-hampir menitis air mata kerana tidak percaya dengan apa yang saya lihat 9A dan 1 B+. Saya tidak percaya dengan keputusan yang saya perolehi, dalam keputusan percubaan pun paling tinggi yang pernah saya dapat adalah 6A dan itupun puas berhempas pula memerah otak ketika menjawab soalan tersebut. Bersyukur ke hadrat ilahi, kerana semua itu terjadi dengan rahmatnya mana mungkin jika tanpa bantuan ALLAH saya akan mendapat keputusan yang sedemikian.Saya mula mengorak langkah keluar daripada dewan tersebut dan mula mencari tempat yang sunyi untuk saya menelefon ibu saya.


Pada mulanya saya tidak tahu hendak perkatakan apa kepada ibu saya dan saya juga menangis ketika itu tetapi saya cuma khabarkan “Ma, ore dapat 9A dan 1B+” dan ibu saya membalas “Alhamdullilah”. Sebaik sahaja, selesai perbualan kami saya mencari tempat duduk disekitar kawasan tersebut dan fikiran saya mula menerawang entah kemana. Teringat kembali kisah-kisah yang telah saya alami sepanjang 2 tahun menempuhi alam persekolahan. “Kejayaan itu bukan senang digapai, dan untuk mencapainya kita harus keluar daripada zon selesa dan bermujahadah demi menggapainya” itulah ungkapan yang sering dilontarkan oleh bijaksana dan saya sendiri turut mengalaminya. Sepanjang bersekolah di ASiS, masa prep itu saya cuba manfaatkan sepenuhnya. Bahkan saya selalu ketika berada di Tingkatan 5 berjaga sehingga lewat malam sehingga melepasi waktu tidur yang ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu pada sekitar 11.30 malam. Selepas habis mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam,kadang-kadang sehingga pukul 2.00 pagi saya pula akan curi-curi untuk solat hajat di surau sekolah bagi memohon bantuan ALLAH.

Bersambung...
 




  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...