Sunday 15 July 2012

Rasullulah S.A.W Pencinta Alam Sekitar

Kebersihan sudah sinonim dengan ajaran islam itu sendiri, malah Rasullulah juga pernah menyebut kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Disini, jelas menunjukkan bahawa kebersihan adalah tanda keteguhan iman seseorang. Orang yang tidak mempedulikan kebersihan maka imannya kurang sempurna. Pada penulisan kali ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk mebincangkan soal kebersihan  yang semakin remeh dipandang oleh masyarakat dan juga saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan bahawa kebersihan adalah suatu tanggungjawab yang perlu diambil berat oleh kita semua. Tidak wajar bagi seseorang individu mengambil mudah isu ini apatah lagi jika individu itu membawa label sebagai seorang penganut agama Islam.Kebelakangan ini, saya semakin sedar bahawa isu kebersihan ini perlu diketengahkan agar masyarakat sedar kerana ini adalah tuntutan agama kita iaitu Islam.

Jika pada masa dulu saya adalah seorang yang mudah membuang sampah merata-rata,kini saya sudah sedar bahawa perbuatan ini adalah tidak elok untuk dilakukan.Mungkin pada masa itu saya jahil tentang perkara ini, tetapi semenjak saya memperoleh kesedaran ini saya sudah tidak lagi membuang sampah merata-rata kerana itu adalah perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab dan secara tidak langsung mencerminkan tindakan orang yang tidak berpendidikan. Tetapi jika kita lihat sekarang, ramai di antara kita walaupun berpendidikan tinggi tetapi masih mengamalkan perbuatan sebegini lantas membuatkan diri saya tertanya-tanya di manakah letaknya nilai ilmu yang diperolehi itu?. Jika tidak diguna pakai dalam kehidupan,mengapa kita perlu belajar tinggi hanya untuk memperoleh sekeping ijazah.Bukan untuk mengutuk, tapi lihatlah jika kita pergi ke pasaraya pasti kita akan dibekalkan dengan plastik jika kita membeli barang, walaupun plastik itu kadang-kadang hanya mengandungi satu barang.Saya kesal dengan sikap sebegini kerana barang-barang dibekalkan dengan plastik itu sebenarnya mampu di bawa oleh kita tanpa menggunakan plastik langsung.Saya memperbesarkan soal ini kerana plastik yang dibekalkan itu pada akhirnya pasti akan berakhir di dalam tong sampah.Malah kita, mengetahui bahawa untuk melupuskan satu plastik saja sudah mengambil jutaan tahun dan ini pada saya merupakan pembaziran.Pasti ada yang bertanya,kenapa tidak risau tentang penebangan hutan yang semakin berleluasa dan sebagainya, bukan saya tidak mempedulikan semua itu tapi bukankah bagus jika kita mulakan dari bawah dahulu, jangan terlampau memandang isu yang besar sehingga kita terlepas pandang isu yang kecil kerana daripada isu yang kecil inilah akan menjadi isu besar.

Nabi Muhammad merupakan seorang pencinta alam, walaupun baginda sibuk dengan tugasan beliau dalam menyebarkan agama islam namun,baginda tidak melupakan tentang alam sekitar.Kita kadang-kadang sibuk untuk mencontohi sunnah rasullulah s.a.w dalam kehidupan seharian tetapi berapa ramai yang mencontohi baginda dalam isu kebersihan.Malah saya lihat, isu ini kian dipandang sepi oleh umat islam sendiri dan jika dibandingkan dengan orang bukan islam saya lihat mereka lebih mendahului umat islam dalam isu ini.Pernah abu hurairah bertanya kepada Rasullulah s.a.w tentang kebersihan jalan dan baginda menjawab yang bermaksud:
"Bersihkan jalan kaum muslimin daripada kotoran dan sampah."(riwayat Muslim)

Malah dalam sabda baginda yang lain yang mencerminkan bahawa baginda seorang yang mengambil berat tentang soal kebersihan ialah,
"Senyumanmu ketika bertemu dengan saudaramu adalah sedekah,mencegah daripada kemungkaran dan mengajak kepada makruf(kebaikan) juga adalah sedekah.Menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga ialah sedekah.Memimpin orang yang lemah pandangannya ialah sedekah,begitu juga perbuatan menyingkirkan batu duri dan tulang di jalanan ialah sedekah dan memberikan air kepada saudaramu juga ialah sedekah."(riwayat al Tirmizi)
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi,

"Sesiapa yang menebang pohon sidrah (bidara),maka Allah akan memasukkan kepalanya ke dalam neraka."

Berdasarkan hadis yang di riwayatkan tadi jelaslah bahawa Rasullulah s.a.w sangat mementingkan kebersihan malah baginda juga melarang menebang pokok sesuka hati kerana pokok adalah tempat berteduh bagi manusia dan binatang dan ini telah juga jelas dipraktikan oleh para sahabat-sahabat baginda yang mana ketika mereka pergi berperang mereka dilarang membunuh binatang sesuka hati dan menebang pokok tanpa sebab yang kukuh,bukankah mulia sungguh ajaran islam sehingga perkara yang sebegini kecil turut diambil perhatian.kawan-kawan ketahuilah kita menumpang di bumi Allah dan ini sudah menjadi tanggungjawab kita semua.Bukankah kita Khalifah yang Allah telah ciptakan untuk mentadbir bumi?. Tepuk dada, tanya iman.
P/s:Tengah cuti,sekarang so idea untuk menulis mencurah-curah datang :) 
 

Friday 13 July 2012

Redha dengan Ketentuan ilahi.





Redha secara umumnya adalah sifat lapang hati ketika menerima ketentuan daripada Allah dengan bersangka baik terhadap segala aturan-NYA sekalipun bertentangan dengan kehendak dan keinginan.

Hati saya tiba-tiba merasa terpanggil untuk berkongsi tajuk ini dengan pembaca blog saya.Kadang-kadang hidup kita penuh dengan masalah. Saya juga pernah menghadapi masalah tidak redha dengan dengan takdir Allah ini. Seingat saya perkara ini berlaku sewaktu saya masih menuntut di Asasi sains Uitm Puncak Alam dahulu, sewaktu saya masih lagi di semester pertama saya mengambil mudah tentang subjek matematik ataupun lebih dikenali sebagai calculus.Subjek ini saya biarkan sahaja apatah lagi untuk mentelaah buku yang berkaitan dengannya kerana saya tahu saya hanya perlu mendapat markah yang cemerlang dalam subjek fizik,biologi dan kimia kerana berdasar pemahaman saya GCPA hanya akan dikira berdasarkan 3 subjek terbaik sahaja dan pada kiraan saya ketika itu memadailah jika saya memberikan penekanan kepada subjek biologi,kimia dan fizik sahaja.Namun, malang tidak berbau, rupa-rupanya dalam pengiraan GCPA subjek matematik adalah subjek yang wajib dimasukkan dalam pengiraan GCPA dan 2 lagi subjek akan diambil berdasarkan subjek terbaik yang lain. Hati saya kecewa sewaktu keputusan akhir semester di keluarkan,saya hanya mampu memerolehi 3.33 sahaja dan target saya waktu itu jika saya ingin memohon bidang farmasi sewaktu saya ingin melanjutkan ijazah nanti,sekurang-kurangnya semester pertama ini saya harus memperolehi 3.6 dan ke atas kerana bidang yang saya inginkan ini tinggi persaingannya. Sewaktu keputusan itu dikeluarkan saya berada di rumah,hati saya memberontak dengan keputusan itu,saya tidak percaya dengan hasil penat lelah saya hanya ini yang saya mampu dapat.Saya mula menangis dan hampir seminnggu kesedihan itu berlarutan,mana mungkin saya dapat menerima kenyataan ini dan ditambah pula dengan kawan2 saya yang lain semuannya memperoleh keputusan yang lebih cemerlang jika hendak dibandingkan dengan diri saya. Akhirnya saya mula menyalahkan takdir, dan soalah di hati bertubi-tubi bertanyakan kenapa Allah tidak memberikan apa yang saya inginkan,namun mujurlah dengan adanya sokongan keluarga saya akhirnya saya dapat menerima takdir tersebut,walaupun dengan hati yang berat.


Apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak berjalan seperti yang kita harapkan, lantas kita bertanya kepada diri kita dimanakah silapnya?. Namun, apabila kita mencari silapnya tidak juga ditemui puncanya kerana kita merasakan perancangan kita itu cukup sempurna namun kita terlupa bahawa ada perancang yang lebih besar daripada kita iaitu Allah. Ingatlah apabila kita ditimpa masalah ataupun apa yang kita harapkan itu tidak berjalan seperti yang kita impikan, jangan mudah mengeluh ataupun bersedih hati kerana kita tidak tahu apa yang Allah telah rancangkan untuk kita dan percayalah kalau kita rasakan masalah kita itu besar maka pujuklah hati kita bahawa suatu ketika masalah kita ini akan hilang dan sinar kebahagiaan pasti akan muncul walaupun kita tidak mengetahui waktunya.



Disini saya ingin berkongsikan satu kisah yang saya pernah dengari daripada sebuah stesen radio iaitu IKIM kisah yang sungguh menarik sehinggakan saya terduduk seketika sewaktu mendengar kisah ini, Pada masa dahulu ada seorang ulama' yang dalam perjalanan pulang menuju ke rumahnnya dan sebelum itu dia singgah ke pasar untuk membeli sebiji buah tembikai. Pabila sampai di rumah ulama' tersebut memberikan buah tersebut kepada isterinya supaya buah tembikai itu di potong. Apabila isterinya memakan buah tembikai itu, isterinya menjerit dan mengomel sendirian di dapur kerana buah tembikai itu masam dan tidak sedap. Suara isterinya itu cukup kuat sehingga dapat didengari oleh ulama' tersebut lantas dia bertanya kepada isterinya,
"Wahai isteriku, kamu memarahi siapa atas kemasaman buah tembikai itu?. Aku pasti bahawa petani yang menanam buah tembikai itu pasti menjaga dan menbajai buah itu dengan baik dan kalau kamu memarahi penjual yang menjual buah ini, aku juga pasti bahawa penjual itu pasti mahu buah yang dijual itu dalam keadaan yang terbaik namun aku khuatir jika yang kau marahkan itu tidak lain dan tidak bukan Allah yang menciptakan buah tembikai ini. "


Iktibar daripada kisah ini ialah kadang-kadang bila kita tidak boleh menerima sesuatu perkara yang terjadi pada diri kita,kita ini mudah menyalahkan takdir seolah-olah segala yang berlaku tidak boleh lari daripada perancangan kita. Ingatlah kita ini adalah makhluk dan hamba kepada-NYA oleh itu Allah mempunyai kuasa yang mutlak untuk menguji kita dan layakkah kita mempertikaikan takdir yang telah ditetapkan Allah. Bukankah Allah telah memperingatkan kita dalam firmannya :

 "Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih amalnya. Dan dia Maha perkasa, Maha pengampun."           (Surah Al Mulk 67:2)
 mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan mereka kekal di dalamnya. Allah meredhai mereka, dan "Balasann mereka juga reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian daripada-Nya. Balasan yang demikian itu adalah untuk orang yang takut (melanggar perintah) Tuhan-Nya." (Surah Al Bayyinah 98:8)


Dan Rasullah juga mengingatkan kita dalam hadisnya yang berbunyi,
"Salah satu kebahagiaan anak Adam ialah redanya atas perkara yang ditentukan oleh Allah kepadanya. Dan salah satu kesengsaraan anak Adam adalah apabila di meninggalkan istikharah  kepada Allah dan tidak reda  terhadap perkara yang ditakdirkan kepadanya." (Riwayat al Tirmizi)
Ingatlah sewaktu kita berdepan dengan musibah ataupun perjalanan kehidupan ini tidak berjalan seperti yang kita rancangkan, renung-renungkan lah bahawa Allah tidak pernah berjanji bahawa kehidupan di dunia ini akan sentiasa senang namun Allah berjanji bahawa dia akan sentiasa berada di samping hamba-hamba yang sentiasa mengingati-Nya.

 

Tuesday 10 July 2012

First year done!!!! yeah..

who is this person?. makes me wonder..
Alhamdullilah bersyukur sangat-sangat, sebab pejam celik-pejam celik dah habis pun semester pertama dekat Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai budak mekanikal dan aku harap result aku untuk semester nie okay dan mudah-mudahan diri aku lulus dengan cemerlang n same goes to my  friends.Hope u guys enjoy your holiday dan jangan lupa amal ibadat waktu ramadhan nanti.

Answer booklet untuk paper final..just for fun
preparing 4 the upcoming exam...
friends that always by my side....

Monday 9 July 2012

TenTang Kawan

Kawan kesetiaannya tidak mampu dibeli.
Kawan adalah insan yang paling rapat dengan kita selepas ibu bapa. Juga seorang individu ataupun kumpulan yang sering bersama-sama dengan kita dikala susah ataupun senang. Insan yang senang untuk kita berbicara daripada bermacam-macam aspek-aspek seperti bola bagi lelaki dan fesyen  bagi perempuan dan berbagai-bagai lagi tapi itu bukanlah persoalan yang utama pada kali ini. Hal ini adalah kerana kawan adalah satu keperluan untuk setiap individu yang bergelar manusia. Manusia perlu bersosial dan juga perlu didengar dan dengan adanya hubungan yang bergelar “ Kawan” maka manusia bebas untuk meluahkan segala yang terpendam di lubuk hati.
'' Tekun dan rajin" itulah moto kami.
 
Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai apa maknanya berkawan dalam kehidupan ini, kerana dengan berkawanlah aku dapat merasai salah satu nikmat dalam kehidupan. Tak payah merenung jauh, walaupun kadang-kadang kawan itu menyakitkan hati kita dengan perangainya yang gila-gila, tapi percayalah yang gila-gila itulah yang akan kita imbas kembali sewaktu kita tua nanti ataupun waktu kita duduk berseorangan dalam bilik sebelum tidur. Kawan memainkan peranan yang begitu besar dalam kehidupan, walaupun bukanlah semuanya yang indah-indah belaka tapi pesanan LUKMAN AL-HAKIM kepada  anaknya yang tercinta masih terpahat di lubuk ingatan,

“Wahai anak ku, jika kamu ingin mengetahui siapa sahabat mu yang sejati,ujilah ia dengan membuatnya marah dan jika ia mampu bersabar dengan kerenahmu, maka ketahuilah bahawa ia lah sahabat sejati”.

Dalam memilih kawan, Islam telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu kita ikuti dalam memilih sahabat antaranya ialah sahabat kita itu hendaklah seseorang yang mampu membimbing kita kearah jalan yang benar. Misalnya adakah sahabat kita itu seorang yang mengambil berat tentang solatnya, ataupun adakah sahabat kita ambil mudah tentang solatnya. Inilah kriteria yang perlu diambil kira dalam memilih sahabat namun, kadang-kadang kita tersalah membuat pilihan dengan salah memilih kawan TETAPI  jika kita mampu untuk menarik sahabat kita itu kearah jalan yang benar maka bantulah sahabat kita itu dengan harapan dia akan berubah.
"Bersatu teguh, bercerai roboh"
Aku juga bersyukur kerana dengan sikapku yang tidak seberapa “Perfect” ini masih ada kawan-kawan yang sudi untuk mendampingi aku membantu aku tatkala aku menghadapi kesukaran dan ingatlah walaupun kawan kita itu banyak kekurangan daripada segi rupa,sikap dan sebagainya  namun jangan kita biarkan “keburukan seseorang itu mengaburi kebaikan yang pernah dihulurkan mereka kepada kita”.  Sepanjang aku berada di sekolah kehidupan ini, banyak pengalaman yang pernah aku lalui namun aku percaya dengan apa yang kita lalui ini akan menjadikan kita seseorang yang lebih matang dalam kehidupan dan percayalah apa yang kita lalui pada hari ini apabila dikenang kembali suatu hari nanti akan melakarkan senyuman di pipi kita. Disini, aku selitkan gambar aku dan rakan ketika membuat persiapan FINAL EXAM UiTM baru-baru ini untuk tatapan semua.
P/S: we as human, can never stands alone..but sometimes we need to be alone in order to reflect ourself. Is that true?. Think about it.

Friday 30 March 2012

Hectic Life Kat U !!

Can i rest like this??.
Guys n girls minggu nie,betul2 aku rasa tertekan sangat, untuk pengetahuan semua semester nie aku kena jadi pengarah program untuk satu event kat fakulti aku...so bermula la tugas aku yang kerdil nie..tanpa ada apa2 pengetahuan tentang cara2 untuk menguruskan program,terpaksa la aku bertanyakan senior-senior yang dah pengalaman macam nak buat kertas kerja & kena telefon agensi berkenaan untuk bertanyakan soalan-soalan yang patut ditanya bagi memudahkan urusan untuk menaip kertas kerja itu.


Tapi minggu nie memang hectic n penat sebab aku berulang-alik naik bus nak masuk dalam kampus,Aku selalu datang awal ke kampus, bajet aku nak menelaah dulu sebelum masuk ke kelas kat perpustakaan tapi sampai je kat library..ada je la urusan pasal kertas kerja tu aku kena setelkan..study semua entah ke mana. Kena lak subjek yang aku nk belajar pagi tu sebelum masuk ke kelas ada quiz mengejut yang lecturer aku buat...apa lagi kelam-kabut la,masuk kelas terus duduk belakang (selalu aku la yang duk depan) sebab tak baca n duk belakang boleh la aku tanya2 orang ( even hati kata benda nie tak betul) tapi terpaksa.
Seronok jadi macam patrick nie enjoy je, tak payah nak fikir apa2
Tangan terketar-ketar menyudahkan quiz yang lecturer tu bagi. Petang tu pula aku ada kokurikulum yang aku kena attend (wajib tuk sem 1,2 n 3) memandangkan aku semester 2 so aku kena la pergi..Aku ambil kokurikulum PENGUCAPAN AWAM iatu bahasa mudahnya Public Speaking Bahasa Melayu. Sampai sana, lecturer untuk subjek tu dah bagi tajuk untuk setiap individu bagi ucapan kat depan nanti N aku dapat tajuk "HALA TUJU BOLA SEPAK MALAYSIA". Aku rasa frust sangat,even aku lelaki aku dah la tak tahu sangat pasal bola sepak Malaysia nie...ye la aku bukan peminat tegar bola sepak...hati aku menjerit nak mintak tukar tajuk tapi apakan daya rasa malu aku menebal sangat, maklumlah kelas aku tu dah perempuan ramai mesti diorang ingat pelik kalau aku lelaki mintak tukar tajuk..Apa lagi aku rasa dunia nie dah gelap sangat  dan ini menjadikan aku pendiam untuk sepanjang hari tue.

Minggu ini aku rasakan panjang dan tersangat letih kerana pelbagai assignment yang perlu disiapakan dan tugas aku semakin bertambah dan masa rehat sudah menjadi sedikit. Itu la yang membuatkan jiwa aku memberontak..aku selalu balik pukul 6 atau 7 petang, budak medik yang dekat ngan fakulti aku pun pukul 5.00 petang dah balik,aku nie belum lagi nk jadi engineer pukul 7 baru sampai kat kolej..That is not fair,okay.
Anyway kalau aku merungut sangat pun tak bagus sebenarnya sebab tak bagus untuk aku sebagai seorang lelaki (perempuan mana nak lelaki yang kuat merungut) tapi aku sangat tertekan, inilah caranya aku nak kurangkan bebanan jiwa nie.Kalau korang baca nie n it seem very annoying aku minta maaf sebabnya aku kena jujur dengan diri aku,bahawa i am not perfect dan lagipun inikan satu cara yang bagus nak releasekan stress. Hmm lupa nak mention, lepas solat jumaat tadi aku baru je hantar proposal tu dekat timbalan dekan nk suruh dia sain,fuhh lega sangat n Alhamdullilah syukur.


P/S: Anyway minggu nie aku kena study jugak even aku dapat anugerah dekan sem lepas,sem nie tak boleh rilek sangat..nanti aku merana waktu dekat nk exam nanti.

Tuesday 21 February 2012

Quote yang Best & bermakna untuk Aku #1

Kali nie aku nak post quote yang aku print screen dan aku sinpam dalam laptop aku..tapi sayangnya aku still nak simpan quote nie lagi..tapi memandangkan benda nie menyemakkan pemandangan laptop aku, so aku decide untuk publish benda nie kat blog.Kadang-kadang aku tertanya-tanya dekat diri aku sendiri kalau aku publish pic2 nie boleh ke readers aku still terima aku sebabnya aku tak nak la terlampau extereme kan..TAPI sebab dah puas fikir dan memandangkan blog ini adalah hak mutlak aku, so aku decide untuk publish juga benda nie.
So korang semua enjoy la ye dengar explanation aku ye...
Tak semua benda yang kita harapkan akn tercapai..
Gambar kat atas nie selalu terjadi kat kita..kita selalu berharap hidup kita sentiasa indah tapi kadang-kadang tak semua tu berlaku macam yang kita nak..baru-baru nie aku mula memahami hakikat bahawa ujian dan dugaan ini adalah lumrah kehidupan..walaupun apa yang kita harapkan tidak kesampain tapi kita harus redha denga ketentuan ALLAH..bukanlah dengan memahami maksud di sebalik kata-kata nie kita tak boleh nak meletakkan harapan yang tinggi terhadap apa yang kita usahakan, cuma ingat apabila kita tak dapat apa yang kita harapkan jangan cepat sangat melatah sampai lupakan tuhan.


Mungkin ada yang mengatakan "Senang la kau cakap,sebab benda nie tak kena kat batang hidung kau kan?." tapi kita kena ingat semua orang pernah melalui kesusahan tu cuma tahap kesusahan kita tu je yang berbeza dan macam mana penerimaan kita terhadap masalah kita tu. Kalau hati tu tak dapat nak dipujuk juga pejam mata dan korang tanya diri korang balik..

"Siapakah aku untuk melawan takdir ini,sedangkan Nabi Muhammad S.AW pun diuji?."


Kalau korang dapat jawab persoalan ini maka teruskanlah tapi ingat korang sebenarnya sedang mempersoalkan kredebiliti pencipta alam ini.
renung-renugkan..
Pasal quote nie pula, aku selalu nampak kalau Facebook tu friends 3-4 ribu..mungkin bukan semua orang la macam tu tapi metaforanya begitu la..kawan tue beratus-ratus n kadang-kadang aku tertanya-tanya korang pernah ke chat dengan individu tu. To be honest, aku sendiri even kawan yang ada 4 ratus nie pun tak terlayan, entah la korang macam mana..tapi kalau ada yang mampu layan semua kawan-kawan dia dalam FB/twitter or yang sewaktu dengannya aku memang tabik hormat la.


Aku sendiri secara jujurnya, ada orang yang ADD aku kat laman sosial tue aku tak approve, alasannya simple bukan aku nie manusia yang sombong, takbur tapi aku tidak percaya kepada perhubungan alam maya yang tidak bertentang mata nie..kalau kita nak berkawan bagi aku, aku perlu berjumpa dengan orang tue dulu..bertegur sapa dengan dia tengok perangainya macam mana sebab prinsip aku kalau kita tengok mata dia,secara tak langsung kita boleh baca personaliti dia macam mana.Ingat lagi satu pepatah nie dan aku tak mahu hidup aku dikelilingi kawan-kawan macam nie..

       "Kawan ketawa beribu-ribu,tapi kawan untuk menangis tiada siapa yang sudi"
Selalu terjadi kat diri aku..
Last but not least, benda macam nie selalu terjadi kat kita kan..tak payah nak bohong semua orang pernah mengalaminya macam aku bila aku buat salah dan orang mengungkit-ungkit pasal benda itu...waktu tu aku rasa nak pijak-pijak je orang tue tapi memikirkan kewarasan akal nie terus batal niat tu.Tapi bila kita betul tak de la orang nak ingat pula kan.

Tapi benda nie sebenarnya mengajar kita bahawa tiada orang yang tak pernah buat salah dalam dunia ni bak kata orang-orang yang banyak makan garam..
                              "Bumi yang mana,tak pernah ditimpa hujan"


P/S: Kalau nak aku buat lagi quote2 macam nie tolong bagi sokonga sikit dengan bagi komen kat bawah nie supaya aku bertambah rajin untuk menulis..okay.

Girl please behave yourself..

sometime it can be true...
Illustrasi nie aku perolehi daripada laman sosial terkenal dan terkemuka dunia FACEBOOK..aku tengok ramai yang asyik post benda nie dekat diorang punya status..mula-mula aku rasa keberatan untuk save gambar nie tapi setelah 2-3 kali berjumpa dengan gambar nie..temptation (godaan) untuk membicarakan dalam blog aku tak dapat aku hindarkan. Secara peribadinya aku tak pernah lagi berhadapan dengan situasi seperti ini ya la maklumlah orang single seperti aku. Tapi secara peribadinya kalau nak bercouple tue boleh je, tapi buat masa ini aku nampak lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Tambahan pula, aku ini adalah jenis yang malas untuk membalas sms kerana ye la..aku nie jenis yang letak handphone merata-rata so kalau aku jenis yang bercouple..aku pun tak tahu berapa lama la korang nak makan hati dengan aku sebab tak balas sms.

Nak dipendekkan cerita, seperti yang anda semua ketahui aku kan tak kerja cuti semester so aku tengok cerita je la kan waktu cuti nie...n aku terjumpa satu adegan dalam rancangan realiti tv korea iaitu "RUNNING MAN" adegan yang hampir sama dengan ilustrasi di atas..so aku nak tanya la kat korang semua..betul ke korang sebagai perempuan suka buat perangai macam nie?. Kalau la macam nie, aku pun gerun nak bercouple-couple nie.Bukan la nak membajetkan diri nak perasan muka macam artis ataupun handsome tapi ye la buat persediaan bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan". So girls apa cerita?..aku bagi peluang untuk korang membela diri.
A



Kalau korang tengok running man mesti korang tahu diorang nie sapa..bagi yang tak tahu nie "monday couple" yang di bintangi oleh GARY dan JI HYO. Dalam gambar A nie gary dah buat silap so dia pun minta maaf dengan ji hyo sebab so dia cakap " JI HYO I'M SORRY"
B
 So dalam B gambar nie pula ji hyo balas kat gary " FORGET ABOUT IT" maknanya perempuan tue marah la kat dia dan tak nak ambil peduli pasal benda tue..bila aku tengok adegan nie dalam rancangan realiti tue tiba-tiba aku teringat ilustrasi kartun tadi, yang peliknya aku gelak dan senyum sendiri..ye la menunjukkan illustrasi kartun tu dibuat berdasarkan realiti bukannya sekadar direka-reka. so maknanya ada kebenaran la di sebalik gambar kartun tue.

P/S: Dunia nie penuh dengan cara yang tersendiri untuk membuatkan kita untuk membuatkan kita  tersenyum sendiri kan tapi sayangnya ia tak kekal lama.
 
  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...