Sunday 27 November 2011

Aku Dan Hijrah...


Assalamualaikum para sahabat2 dan folower yang hensem n ayu sekalian..

Hari nie bermula 1 Muharam 1433 H, di sini ingin aku utarakan satu persoalan...adakah korang semua sudah mempunyai azam ataupun tekad di dalam hati apakah matlamat yang korang semua nak capai dalam tahun baru 1433 H ini..bagi aku azam aku tahun ini ialah untuk mendapat anugerah dekan dalam bidang yang aku ambil sekarang iatu bidang engineering nie la...apatah lagi final exam just around the corner, mood untuk keluar berjalan-jalan pun semakin malap...tidak lagi berkobar-kobar seperti dulu...


Okey kita tutup dulu cerita tentang aku..apakah pernancangan korang semua..dah ada perancangan ke untuk tahun ini...aku juga nak ajak korang muhasabah diri kita..cuba korang fikir la muda-mudi macam kita yang berusia 19 tahun nie...adakah kita dah banyak amalan kebaikan..semalam aku pergi ke MASJID NEGERI SELANGOR untuk menyambut sambutan maalhijrah ini, kebanyakan yang pergi untuk sambutan maalhijrah tahun ini kebanyakannya golongan veteran dan habis tidak pun budak2...kemana golongan remaja seperti kita ini menghilang ????.Adakah golongan remaja seperti kita tahu bahawa semalam adalah sambutan tahun baru Maalhijrah..ataupun kita berpura-pura tidak ambil peduli dan menghabiskan masa dengan melepak di Mcd dan pusat membeli belah yang ada di ibu kota....

Golongan remaja kita sekarang lebih sinonim dengan karakter yang terkenal seperti brad pitt, angelina jolie dan artis-artis barat yang lain...adakah kita kenal dengan tokoh-tokoh islam seperti abu ubaidah al-jarrah, solahhuddin al-ayubi dan tokoh-tokoh yang lain..tapi aku berani jamin dan mendabik dada yang kita lebih mengenali artis-artis barat daripada tokoh-tokoh islam itu sendiri...
Mungkin aku nie tidak layak untuk menegur korang semua kerana aku pun sedar diri aku pun masih ada kekurangan dan lubang-lubang kosong yang tidak aku mampu tampung tetapi Rasullah S.A.W sendiri bersabda dalam hadis baginda..

sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah dengan tangan,bila ia tidak mampu, maka ubahlah dengan lisan, dan kalau ia tidak mampu maka ubahlah kemungkaran itu dengan hati, maka yang demikianlah adalah selemah-lemah iman"   (Riwayat Muslim)

Oleh itu, kita sebagai remaja hendak lah muhasabah diri kita ke arah yang lebih baik..moga-moga Allah memberkati niat murni kita....
P/S: Macam-macam perancangan yang kita akan cuba untuk buat tahun baru nie, tapi kadang2 kita hanya mampu merancang tetapi Allah yg menentukannya..


Wednesday 9 November 2011

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum pembaca2 yang dihormati sekalian..ok pertama sekali nak minta maaf kerana dah lama tak update blog, dah bersawang sangat kan..aku biasa la bila dah datang penyakit malas..sori la nak update blog..dan itulah membuatkan blog ini terbiar sepi dan pendapatan nuffnang aku tak naik-naik.Untuk wordless wednesday nie aku tak nak letak gambar..tapi aku nak letak komen yang aku petik daripada facebook..so jom kita tengok sapa yang kena...

Serious adik dia ada pakwe...aku makwe pun tak de..
Lapar kan bila dengar statement nie...
Nie confirm seminggu tak makan...
Bintang2 di langit sana memang cantik...

Bakal Juara pantun 2012 nie..boleh la masuk competion...
P/S: Aku dah letak formspring dalam blog aku so boleh la tanya apa2 kat aku...suka tak???,confirm suka kan...aku suka tengok Mat lufthi,dia buat video terbaru "rant on lagu" so cepat la tengok ye...

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...