Tuesday 17 September 2013

Jalan-Jalan di Setia City Mall..


Semalam sempat berjalan dengan kawan-kawan ke Setia City Mall dekat dengan Bandar Setia Alam sana. Mula-mulanya semua bersetuju untuk menaiki bas yang disediakan oleh pihak pengurusan Setia City Mall. Bas yang disediakan oleh pihak pengurusan Setia City Mall itu kebiasaannya akan melalui seksyen 2 dan akan singgah sebentar untuk mengambil penumpang-penumpang kat situ. Kalau tak nak naik bas yang disediakan oleh Setia City Mall pun tak pa, naik je la bas U90 yang disediakan oleh rapidkl.Cumanya kena bayar tambang RM 2. Kalau anda jenis yang mahir tentang selok belok jalan, maka anda amatlah digalakkan melalui jalan ini

Hari itu, memang la pada mulanya plan nak naik bas yang disediakan oleh setia city mall tapi nak dipendekkan cerita, aku kena tinggal dengan bas tersebut walhal kawan-kawan lain semua dah naik. Nak tak nak terpaksa menunggu bas U90 tu sampai. Setengah jam menunggu, baru la boleh naik bas tu. Sepanjang perjalanan, banyak membisu dek kerana tak tahu nak buat apa dalam bas tu. Kebetulan pula hari tu jatuh pada 16 september, maka ramai la budak-budak yang baru nak balik ke UiTM Puncak Alam kerana esoknya kuliah akan bermula. All the way, nak pergi setia city mall tu pula terpaksa berhimpit-himpit dengan budak yang akan balik ke kolej. Fuhh, memang padat la sampaikan dah tak sabar nak sampaikan dalam dalam hati tu penuh dengan doa minta cepat-cepat sampai ke tempat yang nak dituju. Ramai sangat perempuan dalam bas tu, sampaikan tak tahu nak letak muka kat mana.

Sampai je dekat sana, mula start call geng-geng yang dah sampai awal tadi tanya diorang kat mana. Nasib baik diaorang ada berdekatan kawasan situ juga. Fuhh, lega rasanya kalau tak satu kerja pula nak cari diaorang semua. Akhirnya ambil keputusan untuk jumpa dekat MPH memandangkan aku pun tak familiar dengan tempat tu dan MPH je board dia lebih besar daripada yang lain.

Bila dah jumpa geng yang tadi, kitaorang sempat la berlegar-legar dalam kedai buku MPH tu dan hasil daripada penerokaan kat dalam tu sempat la beli 2 buah buku iaitu "WTF, 23 HARTANAH SEBELUM BERUMUR 30" karya Faizul Ridzuan dan "MAGIS" karya Ramlee Awang Murshid. Kedua-dua buah buku ni memang rancang nak beli pun.

Dah selesai shopping sakan, kitaorang pun decide nak pergi makan sebabnya perut pun dah berbunyi minta diisi. Makan kat foodcourt je tapi bila fikir balik makanan kat situ pun okay juga rasanya. Tak sempat nak snap gambar makanan time tu sebabnya dah lapar sangat. Tapi yang surprisenya hari tu adalah diorang dah beli kek untuk sambut birthday aku yang dah lepas...terharu gila. Walaupun tak seberapa, tapi gembira sebab ada orang ingat birthday aku.


Lepas siap makan, sempat juga teman diorang shopping untuk kali kedua dan snap gambar waktu dekat sana.Lepas tu pergi solat asar sekejap sebelum bertolak balik ke Shah Alam.

 


 

 

Sunday 15 September 2013

Selamat Hari Malaysia.

 

Esok pada hari isnin, kita akan menyambut hari Malaysia. Hari Malaysia ini biasanya disambut 16 september setiap tahun. tujuan sambutannya adalah untuk menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.Namun, kita semua tahu bahawa kemudiannya Singapura menarik diri daripada menyertai Malaysia.

bendera tu sangat cantik bila kena sinaran matahari tu....

Alhamdullilah, Malaysia dah genap 50 tahun merayakan Hari Malaysia. Bangga dengan kejayaan yang telah dikecapi Malaysia setakat ini. Pencapaiannya membuatkan aku bangga dilahirkan di Negara yang berdaulat ini. 

Satu soalan yang ada dalam otak ini, adakah generasi muda seperti aku masih ingat tentang Hari Malaysia ini..kalau tak ingat, harap-harapnya mereka sedar tentang kepentingan Hari Malaysia ini disambut pada suatu hari nanti.Jangan lah hanya tahu merayakannya dengan kibar bendera dan tahu cuti bila tiba 16 september tetapi tidak tahu kepentingan Hari Malaysia ini. Alangkah ruginya kan...

Tidak semua orang suka subjek sejarah, dan akan buka buku hanya untuk ambil tahu pasal tarikh ini dan apa yang pentingnya dan kaitannya dengan diri kita kan?. Tapi kalau la benda ini melibatkan negara dan tanah tumpah darah kita, sekurang-kurangnya ambil la kisah sedikit. Tidak banyak pun tidak mengapa tetapi yang penting kita tahu.

Anyway, tadi godek-godek youtube n tiba-tiba jumpa video dari halaman Nurul Izzah Anuar n rasa sangat patut dikongsi untuk semua orang tengok. Klip video yang simple tapi cukup bermakna n sangat sweet.

 

p/s: Selamat Hari Malaysia..semoga kita semua terus bersatu pada dalam negara yang berbilang bangsa ini. Till next time okay.

Thursday 24 January 2013

Ego Racun Dalam Perhubungan.

Ego merupakan perasaan bangga diri terhadap kehebatan sendiri yang merangkumi dari segi harta, nama dan keturunan. Individu yang ego merupakan induvidu yang sukar untuk meminta maaf walaupun kadang-kadang silapnya itu datang daripada kesalahan diri sendiri. Perasaan ego ini merupakan racun di dalam perhubungan kerana ego yang tidak terkawal ini boleh merosakkan perhubungan persaudaraan yang telah terbina sekian lamanya. Saya juga merupakan individu yang kuat egonya pada suatu ketika dahulu. Orang ego ini kadang-kadang merasakan dirinya adalah yang terbaik dalam kalangan rakan-rakan ataupun dalam semua bidang pekerjaan.
Perasaan ego sukar untuk di hakis dan jika tidak dibanteras dengan cahaya keimanan dan ketakwaan kita khuatir perasaan ini akan menjauhkan masyarakat daripada kita kerana takut kemarahan kita memberi tempias kepada mereka. Saya merasa terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan blogger dan pembaca yang lain tentang buruknya sikap ego ini di dalam kehidupan seharian kita. Biarlah perkongsian yang saya lakarkan di sini dapat kita ambil iktibar dan teladan dalam kehidupan seharian. Umur kita semakin meningkat daripada saban tahun ke tahun, malah kehidupan kita pada hari ini akan membuatkan kita tertanya-tanya adakah amalan yang kita lakukan pada hari ini sudah cukup untuk di bawa ke kampung halaman yang abadi iaitu akhirat.

Pada semester dua yang lalu pihak UiTM telah menganjurkan satu program yang dinamakan Survival Mahasiswa yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Alhamdullilah sepanjang program itu berlangsung hampir mengalir air mataku ini kerana hujah-hujah yang diguna pakai oleh fasilitator itu banyak menunjukkan keagungan tuhan yang Maha besar. Antara point yang menyentuh hati ialah ada satu video yang menunjukkan permukaan bumi yang bulat dan ada manusia di atasnya. Kemudian permukaan bumi itu dijauhkan lagi dan kelihatanlah permukaan bumi yang dikelilingi oleh laut,gunung ganang dan sebagainnya. Kemudian dibesarkan lagi dan dibandingkan pula dengan planet-planet lain dan bumi juga turut dibandingkan dengan Matahari. Masyaallah,besar sungguh kekuasaanmu Ya Allah jika hendak dibandingkan dengan diriku yang kerdil ini, aku bermolog sendirian. Apa yang hendak tonjolkan di sini ialah kita sebagai manusia sangat kerdil di dalam alam semesta ini, kita umpama semut api yang kecil di atas muka bumi apatah lagi di sisi tuhan. Cuba lah anda tanya diri anda,adakah perasaan ego anda itu besar di sisi Tuhan?. Kenapa kita harus ego, sedangkan hidup kita ini terlampau singkat di atas muka bumi Allah ini.

Kadang-kadang saya bermonolog sendirian apabila mengenangkan sikap ego yang pernah saya lakukan. Perasaan menyesal itu mula menyelit bila menyedari kesalahan yang telah saya lakukan, ya!! perasaan ego memang seronok ketika kita sedang melakukannya tapi penyesalan yang datang selepas itu pasti membelit umpama ular. Sikap ego yang kita lakukan mungkin terjadi tanpa kita sedari tetapi seharusnya apabila kita menyedari kesalahan kita seelok-eloknya jadilah orang yang pertama meminta maaf.Jangan tunggu sehingga ianya menjadi barah dan sukar untuk disembuhkan, kerana ego yang kita lakukan pada hari ini mungkin akan menyebabkan kita menolak kebenaran pada suatu hari nanti. Cuba kita fikirkan pada suatu hari nanti kita semua akan mati dan tempat kembali kita adalah tanah...adakah pada hari itu,sikap ego mampu untuk menolong kita?.
Wallahu a'lam.
 

Wednesday 23 January 2013

5 Langkah Mudah Untuk Bahagia.

Bahagiakah aku?. Cuba tanya soalan ini dekat diri sendiri, tutup mata cuba jawab soalan ini dengan sejujurnya. Jika jawapan yang lahir daripada mulut anda adalah tidak bahagia, marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita kembali punca hidup ini tidak bahagia. Pada penulisan kali ini saya ingin membincangkan cara-cara untuk kita hidup bahagia.Sejujurnya untuk bahagia kita perlu tahu punca kita tidak bahagia, namun isu tersebut insyaallah saya akan cuba kupas pada penulisan yang akan datang. Kebanyakan punca kita tidak hidup bahagia dengan kehidupan kita ialah berpunca daripada hati. Hati adalah kunci utama untuk kita bahagia, jika hati kita penuh dengan perkara-perkara yang melalaikan dan penuh dengan dosa, kita pasti akan merasa resah dan gelisah.
Kenapa saya berkata sedemikian, hal ini adalah berkait rapat dengan sabdaan Rasullulah sendiri yang mana saya cuba sebutkan semula dan jika saya tersalah diharap para pembaca dapat membetulkan saya "Dalam diri anak adam terdapat seketul daging yang mana jika daging itu baik,maka baiklah keseluruhan jasadnya dan seketul daging itu adalah hati".

1) Solat di awal waktu tanpa melengah-lengahkannya. Solat adalah penenang jiwa bahkan ubat yang terbaik bagi segala kekusutan hidup. Ya memang tidak dinafikan solat adalah ubat yang paling mujarab dalam memberi ketenangan kepada kehidupan kita. Kenapa saya berkata demikian,hal ini kerana apabila kita menunaikan solat kita secara tidak langsung berkomunikasi dengan Allah secara LIVE tanpa ada apa-apa hijab di antara kita dengannya. Setiap patah perkataan yang kita ucapkan di dalam solat kita adalah doa sebenarnya. Jika ada yang berkata solat yang pernah dilakukan tidak mampu untuk memberi kebahagiaan dan ketenangan di dalam hidup, cuba muhasabah solat kita adakah solat kita itu telah mencapai piawain yang ditetapkan. Maksud saya di sini sempurna rukunnya dan tertib perlakuan solatnya. Saya akui kelemahan saya sebagai insan kadang-kadang menyebabkan saya lambat dalam mengerjakan solat, namun marilah kita sama-sama memperbaiki urusan agama dalam kehidupan seharian kita ini.
2) Banyakkan berdoa kepada Allah dan bukannya menceritakan masalah itu kepada manusia. Kadang-kadang apabila kita menghadapi masalah kita seringkali menjadikan teman rapat kita tempat untuk meluahkan masalah dan tempat untuk meminta pandangan. Namun, kita harus ingat kebergantungan yang utama adalah kepada Allah dan bukannya makhluk. Ya, teman kita mampu mendengar semua luahan dan keluh kesah jiwa kita tetapi adakah teman kita mampu menyelesaikan semua masalah kita. Jika tidak meluahkan masalah itu kepada teman rapat pasti twitter dan facebook menjadi tempat kita untuk meluahkan perasaan bukan?. Ketahuilah rakan-rakan bahawa semua itu bersifat sementara,apalah gunanya jika kita meluahkan perasaan di twitter dan facebook jika ada penyesalan yang datang bertandang di kemudian hari. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. DIA sentiasa punya waktu 24 jam untuk dirimu,jika kita mengadukan masalah kepada manusia kadang-kadang mereka pun tidak mempunyai waktu untuk kita.kenapa harus mencari yang lain?.
3) Banyakkan membaca Al-quran dalam kehidupan seharian. Al-quran adalah kitab suci yang telah ditinggallkan oleh Rasullulah kepada umatnya iaitu kita.Namun jarang sekali kita hendak membelek dan mebaca lembaran surat-surat cinta firman Allah itu. Cuba kita muhasabah diri kita,berapa kali kita membaca lembaran ayat cinta itu dalam kehidupan seharian?. Adakah 2 kali,3 kali atau kita tidak mengusiknya langsung. Al-quran adalah penawar segala penyakit,yang mampu mengubati segala penyakit hati manusia. Cuba kita baca Al-quran dan hayati bait-bait kata yang terkandung dalam Al-quran itu ,saya pasti jiwa kita akan menjadi tenang dan lebih bahagia selepas membacanya.

4) Banyakkan zikir dan selawat ke atas Rasullulah dalam kehidupan seharian. Zikir dan selawat adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan orang-orang yang beriman. Hal ini bersesuain dengan firman Allah dalam kitab sucinya Al-quran yang menyebut "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati pasti akan menjadi tenang". Hidup kita ini dilalaikan dengan pelbagai hiburan yang mengasyikkan sehingga kita kadang-kadang lupa untuk mengingati Allah.Malah akibat pengaruh daripada arus kemodenan menyebabkan kita memilih muzik ketika kita menghadapi masalah.Muzik rancak menjadi peneman setia ketika menghadapi masalah.Namun tahukah kita,bahawa semua itu tidak mampu menyelesaikan masalah itu dan hanya mampu memberi kelegaan untuk tempoh yang sementara.Alangkah indahnya jika kita menghadapi masalah dan yang bermain-main di bibir kita ketika itu adalah kalimah zikir ataupun selawat, saya percaya semua masalah yang bermain di fikiran ketika  itu pasti menjauh.Malah saya pernah melakukan semua itu, dah Alhamdullilah hasilnya mampu memberi ketenangan kepada jiwa saya malah menjadikan saya fokus dalam kerja saya selepas itu.


5) Banyakkan Senyuman dan lakukan perkara yang perkara yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Jika kita inginkan kebahagiaan,berilah kebahagiaan kepada orang lain kerana " orang yang bahagia adalah orang yang membahagiakan orang lain ". Prinsip ini harus dipegang oleh kita yang mahukan kebahagiaan.Janganlah kita menjadi orang yang tidak membahagiakan di mana apabila orang lain bertemu kita,maka orang itu tidak menjadi bahagia. Senyuman juga memainkan peranan,ukirkan lah senyuman di pipi kita walaupun kadang-kadang itu adalah berat untuk dilakukan kerana senyuman itu mampu mengubah hati orang lain yang berduka lara menjadi bahagia. Berilah manfaat dalam kehidupan seharian kita,kerana kita sebagai seorang muslim dituntut untuk berkerjasama dalam perkara yang memberi kebaikan.

Wallahu a'lam.

5 Pendekatan Mendidik Anak Perempuan


Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan Ibu-bapa lah yang bertanggungjawab mendidik anak tersebut menjadi insan yang berguna kepada bangsa.agama dan negara. Hal ini, bersesuain dengan sabdaan Rasullulah S.A.W yang bermaksud bahawa mereka (anak-anak) akan menjadi hijab api neraka bagi kedua-dua orang tuanya (ibu-bapa) yang mendidik mereka dengan penuh kesempurnaan dan keindahan Islam (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Pada kali ini saya akan membincangkan cara-cara untuk mendidik anak perempuan khususnya kerana pada masa ini kita dapat lihat dengan persekitaran yang serba moden,kita kadangkala menjadi khuatir dengan apa yang berlaku pada anak-anak kita pada masa hadapan. Sejujurnya saya akui apa yang saya tulis ini bukanlah hasil nukilan saya sepenuhnya tetapi ianya lebih menjurus kepada pembacaan saya yang saya perolehi dalam Majalah Solusi dan Al-Ustaz. Sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan penulisan saya ini anda boleh lah merujuk kepada kedua-dua majalah tersebut untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut.
 
1)  Hubungan Ibu bapa dengan anak-anak perempuan mestilah memenuhi keperluan emosi mereka. Caranya adalah dengan mencurahkan kasih sayang dan sepenuh perhatian kepada mereka. Mari kita lihat pendekatan Rasullulah S.A.W dalam mendidik puterinya Fatimah al- Zahra. Dikhabarkan oleh sayidatina Aisyhah, ketika Fatimah datang menemui baginda Rasullulah segera bangun untuk menyambut anak kesayangannya itu dan mendudukkanya di tempat duduk baginda.Begitulah jua, keadaannya ketika baginda menziarahi Fatimah. Fatimah akan berdiri menyambut kedatangan Rasullulah dan memegang tangan baginda lalu mendudukkan baginda di tempat duduknya. Ketika baginda sakit kuat, Fatimah menziarahi baginda, lalu baginda Rasullulah menyambutnya dan mengucupnya (Riwayat al-Bukhari). Malah jika kita ingin memberikan sesuatu kepada anak-anak kita dianjurkan untuk mendahulukan anak perempuan. Hal ini kerana, tabiat wanita adalah lemah dan memerlukan perlindungan.


2) Menanam ke dalam jiwa anak perempuan perasaan takut kepada Allah dan ancaman azab-Nya. Islam tidak menganjurkan golongan ibu bapa untuk menanam ketakutan dalam jiwa anak-anak dengan menjadi garang dan menggugut mereka dengan rotan dan sebagainya. Malah tindakan sebegini hanya akan menjadikan mereka renggang dengan ibu bapa dan hanya menyuburkan perasaan benci kepada kedua-dua orang tua mereka. Sebaliknya Islam menyuruh mereka ibu bapa agar menanam perasaan ketakutan terhadap Allah dalam diri anak-anak. Dalam hal ini, kita boleh mencontohi sikap Rasullulah terhadap anakanda baginda iaitu Fatimah, Sabda Rasullulah, maksudnya : " Wahai Fatimah, mintalah dariku apa sahaja yang kau ingin daripada hartaku. Namun aku tidak berupaya menolak siksaan Allah terhadapmu" (Riwayat al-Bukhari)

3) Menghukum mereka dengan cara merenggangkan hubungan komunikasi dan interaksi dalam tempoh masa yang sesuai. Jika kita lihat, pendekatan yang diguna pakai oleh Rasullulah dalam mendidik ahli keluarganya, jika ada salah seorang daripada ahli keluarga baginda berbohong maka baginda akan tetap menjauhinya sehinggalah dia bertaubat (Riwayat Ahmad). Pendekatan ini sesuai untuk diguna pakai apabila kita telah mendidik anak-anak dengan asas akidah,ibadah dan akhlak dan jika berlaku pelanggaran terhadap mana-mana asas tadi maka ibu bapa boleh membuat pemulauan sementara selama dirasakan tidak menyebabkan anak-anak memberontak.


4) Tanamkan dalam diri anak perempuan sikap untuk mengadu hanya kepada Allah. Kita sedia maklum bahawa anak-anak perempuan secara psikologinya lebih suka untuk meluahkan masalah dan teman yang sudi mendengar keluh-kesah hidup mereka. Lumrah inilah yang akhirnya menyebabkan anak-anak perempuan lebih cenderung untuk memiliki teman istimewa daripada golongan Adam. Jesteru itu, ibu bapa hendaklah di peringkat awal menanam asas tauhid diri dalam anak-anak dengan meletakkan pengaduan dan kebergantungan hidup mereka kepada Allah.


5) Akhir sekali, memperkayakan mereka dengan kisah-kisah wanita solehah. Ibu bapa hendaklah menggunakan waktu senggang yang ada pada hujung minggu  atau bila-bila masa yang difikirkan sesuai untuk memperkenalkan tokoh-tokoh wanita solehah sepanjang zaman seperti Asiah, Maryam, Siti Khadijah dan sebagainya agar mereka dapat mengambil iktibar daripada kisah hidup tokoh-tokoh berkenaan.
 

Tuesday 22 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013..

Alhamdullilah sedar tak sedar kita sudah pun memasuki tahun 2103. Lama sudah aku abaikan blog ini,tak berkesempatan nak menjengoknya maklumlah ditambah pula dengan kesibukan pengajian dengan jadual kuliah yang padat. Semester 3 pada tahun lepas sangat mencabar buat diri aku.Senggang masa di antara setiap jadual peperiksaan yang sedikit membuatkan aku stress.Masa seminggu yang diperuntukkan oleh pihak Universiti UiTM membuatkan aku menghabiskan kebanyakan masaku di perpustakaan dan boleh dikatakan itulah rumah keduaku.Tapi aku tidak mampu bertahan lama di pepustakaan untuk mengulangkaji.Sesudah subjek DYNAMIC & VIBRATION aku pasrah.Mungkin kerana aku tidak mampu untuk menjawab soalan peperiksaan tersebut dan aku hanya mampu menulis segala formula yang bermain di mindaku.Perpustakaan tidak lagi menjadi rumah keduaku kerana apabila ramai para pelajar beransur pulang suhu di dalam perpustakaan semakin sejuk dan semakin mengcengkam tulang-belulangku ini sebaik sahaja jam melangkah pukul 4.00 pagi.


Minggu ke-2 selepas subjek Dynamic, Perpustakan bukan lagi pilihan yang tepat untuk belajar.Fobia dengan kesejukan yang melampau aku beralih ke fakulti dan belajar bersama-sama rakan-rakanku yang lain.Hanya 3 hari sahaja masa yang kami ada sebelum peperiksaan yang seterusnya bermula.Subjek yang seterusnya adalah ELECTRICAL POWER AND MACHINES in short subjek elektrik la,subjek ini la yang menduga aku dan rakan-rakanku yang lain.Maklumlah kami mempunyai masalah dengan pensyarah yang mengajar kami bagi subjek ini.Kami terpaksa bertukar pensyarah untuk subjek ini dan ini adalah pensyarah yang kedua yang kami ada.Nasib menyebelahi kami apabila pensyarah ini memahami kami sebagai pelajarnya.Maknanya adalah mutual trust diantara satu sama lain tu.Berhempas pulas aku untuk menguasai subjek ini dalam tempoh 3 hari.Aku sangkakan subjek ini boleh dikuasai dalam masa yang singkat tapi sangkaan aku meleset.Wait,wait,wait...aku tidaklah sekadar membaca untuk subjek tu saja wei,latihan final pun aku buat but you see knowledge isn't something you can master in a few days.It has to be nurtured slowly before you can master it well. Soalan peperiksaan akhir untuk subjek tu nak kata susah pun tak de la susah tapi as I said before knowledge isn't something you can master in a few days and dalam exam tu I know when i make mistake jawapan akhir dia mesti akan larilah punya.


Tinggal lagi dua kertas sebelum cuti semester bermula,Kebanyakan rakan-rakan aku pun dah tak sabar nak bercuti tapi kitaorang berada dalam saat yang getir dalam hidup kami.Nak tahu kenapa,pada 13 JANUARI ada satu kertas peperiksaan akhir dan 14 JANUARI pun ada satu kertas peperiksaan.Perkara yang menjadikan kami tidak tentu hala ialah kesuntukan masa,masa merupakan satu aset yang tidak kami miliki ketika itu.Masa adalah musuh kami dan ketika itu satu sahaja yang bermain dalam fikiranku seandainya masa mampu dihentikan,sudah tentu akulah orang yang pertama menjerit kesukaan.Tapi itu adalah satu perkara yang mustahil bukan.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengulangkaji subjek yang mana peperiksaannya paling dekat sekali iatu CALCULUS senang cerita matematik.Banyak formula yang perlu dingat dan kalau tak ingat segala rumus-rumus tu jangan bermimpi lah nak jawab soalan tu dengan senang hati. Perkara yang aku takuti itu berlaku kat aku.Dalam soalan yang terakhir aku tak ingat formula matematik itu.Punya Selawat banyak kali pun idea still tak datang-datang juga.Akhirnya aku ambil keputusan untuk pasrah.Well orang kata inilah akibatnya kalau belajar last-last minute and that is what happen to me you see.

Paper matematik tu habis pukul 5.15 petang.Sebaik sahaja habis paper tu,aku terus bergegas balik ke rumah untuk solat asar dan seterusnya kembali semula ke fakulti untuk sambung belajar untuk peperiksaan yang seterusnya.Makan aku beli je benda yang aku nampak ada kat kedai.Tak sempat pun nak rehatkan otak sangat terus sambung belajar untuk subjek yang seterusnya iaitu STRENGTH OF MATERIAL.Well kali ni aku siap beli Redbull untuk tak bagi mengantuk.This is first time aku minum redbull,sebelum ni aku tak pernah sentuh pun redbull pandang pun tak nak.Biasanya aku prefer Nescafe but bila minum nescafe confirm aku akan dehydration and the worst part is aku akan ada Ulser dekat aku punya mulut, dan untuk mengatasi tu aku terpaksa minum air dalam kuantiti yang banyak.Tak sanggup nak kena ulser that why aku pilih untuk minum redbull.That quite an explanation over there and i hope you still tune in with me.



Belajar punya pasal,sedar tak sedar dah masuk pukul 4.00 pagi exam esok pukul 2.15 petang.Hajat hati mula-mula nak stay up sampai ke pagi tapi waktu tu, otak aku dah tak boleh nak process maklumat dah sebab terlalu penat sangat.Mata pun dah mengantuk sangat,waktu ramai orang dah tak ada group study yang lain pun ramai dah beransur balik.Nak dipendekkan cerita akhirnya aku cakap kat diri aku seandainya aku kena repeat subjek ni pun aku tak kisah,sebab waktu tu memang dah pasrah,banyak lagi topik tak sempat nak baca dan faham sepenuhnya.Mata dah kuyu dan akhirnya aku ambil keputusan balik ke rumah dan dapatkan tidur sebelum sambung belajar balik esok.


Pukul 7.00 pagi,nasib baiklah housemate kejutkan kalau tak memang hangus la subuh waktu tu.Terus cepat-cepat bangun dan solat sebelum bergerak ke fakulti.Aku selalu pergi fakulti awal-awal sebab aku malas nak berebut parking motor dengan orang lain maklumlah bukan kita sorang je yang exam kan.Orang lain pun sama."Sikit je lagi aku kuatkan hati,lepas ini kita akan merdeka" aku bermonolog sendirian.Lepas cakap macam tu hati pun dah rasa okay dan sambung belajar macam biasa, niat nak repeat-repeat tu dah buang jauh-jauh dan rasa bersemangat tu datang balik.Perasaan gementar tu masih ada dan waktu tu aku just belek-belek je mana yang aku rasa tak baca semalam.But well,dalam exam petang tu,aku gadaikan soalan 15 markah macam tu je sebabnya aku tahu nak buat soalan tu macam mana.Langsung tak ingat tapi hati still rasa lega sebab soalan lain boleh buat.

Kesimpulannya,aku tak nak berharap apa-apa untuk semester ini.All that i can hope is i will pass with flying colours but kalau dapat keputusan yang lain daripada tu.aku still akan redha sebab usaha dah usaha.Itu semua kita serahkan pada tuhan.Aku cuma berharap dengan peningkatan usia aku ini aku mampu menjadi manusia yang bertambah amalnya dan bukannya manusia yang semakin penuh dengan kejahilan.


 ASSALAMUALAIKUM.


  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...