Ego merupakan perasaan bangga diri terhadap kehebatan sendiri yang merangkumi dari segi harta, nama dan keturunan. Individu yang ego merupakan induvidu yang sukar untuk meminta maaf walaupun kadang-kadang silapnya itu datang daripada kesalahan diri sendiri. Perasaan ego ini merupakan racun di dalam perhubungan kerana ego yang tidak terkawal ini boleh merosakkan perhubungan persaudaraan yang telah terbina sekian lamanya. Saya juga merupakan individu yang kuat egonya pada suatu ketika dahulu. Orang ego ini kadang-kadang merasakan dirinya adalah yang terbaik dalam kalangan rakan-rakan ataupun dalam semua bidang pekerjaan.
Perasaan ego sukar untuk di hakis dan jika tidak dibanteras dengan cahaya keimanan dan ketakwaan kita khuatir perasaan ini akan menjauhkan masyarakat daripada kita kerana takut kemarahan kita memberi tempias kepada mereka. Saya merasa terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan blogger dan pembaca yang lain tentang buruknya sikap ego ini di dalam kehidupan seharian kita. Biarlah perkongsian yang saya lakarkan di sini dapat kita ambil iktibar dan teladan dalam kehidupan seharian. Umur kita semakin meningkat daripada saban tahun ke tahun, malah kehidupan kita pada hari ini akan membuatkan kita tertanya-tanya adakah amalan yang kita lakukan pada hari ini sudah cukup untuk di bawa ke kampung halaman yang abadi iaitu akhirat.
Pada semester dua yang lalu pihak UiTM telah menganjurkan satu program yang dinamakan Survival Mahasiswa yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Alhamdullilah sepanjang program itu berlangsung hampir mengalir air mataku ini kerana hujah-hujah yang diguna pakai oleh fasilitator itu banyak menunjukkan keagungan tuhan yang Maha besar. Antara point yang menyentuh hati ialah ada satu video yang menunjukkan permukaan bumi yang bulat dan ada manusia di atasnya. Kemudian permukaan bumi itu dijauhkan lagi dan kelihatanlah permukaan bumi yang dikelilingi oleh laut,gunung ganang dan sebagainnya. Kemudian dibesarkan lagi dan dibandingkan pula dengan planet-planet lain dan bumi juga turut dibandingkan dengan Matahari. Masyaallah,besar sungguh kekuasaanmu Ya Allah jika hendak dibandingkan dengan diriku yang kerdil ini, aku bermolog sendirian. Apa yang hendak tonjolkan di sini ialah kita sebagai manusia sangat kerdil di dalam alam semesta ini, kita umpama semut api yang kecil di atas muka bumi apatah lagi di sisi tuhan. Cuba lah anda tanya diri anda,adakah perasaan ego anda itu besar di sisi Tuhan?. Kenapa kita harus ego, sedangkan hidup kita ini terlampau singkat di atas muka bumi Allah ini.
Kadang-kadang saya bermonolog sendirian apabila mengenangkan sikap ego yang pernah saya lakukan. Perasaan menyesal itu mula menyelit bila menyedari kesalahan yang telah saya lakukan, ya!! perasaan ego memang seronok ketika kita sedang melakukannya tapi penyesalan yang datang selepas itu pasti membelit umpama ular. Sikap ego yang kita lakukan mungkin terjadi tanpa kita sedari tetapi seharusnya apabila kita menyedari kesalahan kita seelok-eloknya jadilah orang yang pertama meminta maaf.Jangan tunggu sehingga ianya menjadi barah dan sukar untuk disembuhkan, kerana ego yang kita lakukan pada hari ini mungkin akan menyebabkan kita menolak kebenaran pada suatu hari nanti. Cuba kita fikirkan pada suatu hari nanti kita semua akan mati dan tempat kembali kita adalah tanah...adakah pada hari itu,sikap ego mampu untuk menolong kita?.
Bahagiakah aku?. Cuba tanya soalan ini dekat diri sendiri, tutup mata cuba jawab soalan ini dengan sejujurnya. Jika jawapan yang lahir daripada mulut anda adalah tidak bahagia, marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita kembali punca hidup ini tidak bahagia. Pada penulisan kali ini saya ingin membincangkan cara-cara untuk kita hidup bahagia.Sejujurnya untuk bahagia kita perlu tahu punca kita tidak bahagia, namun isu tersebut insyaallah saya akan cuba kupas pada penulisan yang akan datang. Kebanyakan punca kita tidak hidup bahagia dengan kehidupan kita ialah berpunca daripada hati. Hati adalah kunci utama untuk kita bahagia, jika hati kita penuh dengan perkara-perkara yang melalaikan dan penuh dengan dosa, kita pasti akan merasa resah dan gelisah.
Kenapa saya berkata sedemikian, hal ini adalah berkait rapat dengan sabdaan Rasullulah sendiri yang mana saya cuba sebutkan semula dan jika saya tersalah diharap para pembaca dapat membetulkan saya "Dalam diri anak adam terdapat seketul daging yang mana jika daging itu baik,maka baiklah keseluruhan jasadnya dan seketul daging itu adalah hati".
1) Solat di awal waktu tanpa melengah-lengahkannya. Solat adalah penenang jiwa bahkan ubat yang terbaik bagi segala kekusutan hidup. Ya memang tidak dinafikan solat adalah ubat yang paling mujarab dalam memberi ketenangan kepada kehidupan kita. Kenapa saya berkata demikian,hal ini kerana apabila kita menunaikan solat kita secara tidak langsung berkomunikasi dengan Allah secara LIVE tanpa ada apa-apa hijab di antara kita dengannya. Setiap patah perkataan yang kita ucapkan di dalam solat kita adalah doa sebenarnya. Jika ada yang berkata solat yang pernah dilakukan tidak mampu untuk memberi kebahagiaan dan ketenangan di dalam hidup, cuba muhasabah solat kita adakah solat kita itu telah mencapai piawain yang ditetapkan. Maksud saya di sini sempurna rukunnya dan tertib perlakuan solatnya. Saya akui kelemahan saya sebagai insan kadang-kadang menyebabkan saya lambat dalam mengerjakan solat, namun marilah kita sama-sama memperbaiki urusan agama dalam kehidupan seharian kita ini.
2) Banyakkan berdoa kepada Allah dan bukannya menceritakan masalah itu kepada manusia. Kadang-kadang apabila kita menghadapi masalah kita seringkali menjadikan teman rapat kita tempat untuk meluahkan masalah dan tempat untuk meminta pandangan. Namun, kita harus ingat kebergantungan yang utama adalah kepada Allah dan bukannya makhluk. Ya, teman kita mampu mendengar semua luahan dan keluh kesah jiwa kita tetapi adakah teman kita mampu menyelesaikan semua masalah kita. Jika tidak meluahkan masalah itu kepada teman rapat pasti twitter dan facebook menjadi tempat kita untuk meluahkan perasaan bukan?. Ketahuilah rakan-rakan bahawa semua itu bersifat sementara,apalah gunanya jika kita meluahkan perasaan di twitter dan facebook jika ada penyesalan yang datang bertandang di kemudian hari. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. DIA sentiasa punya waktu 24 jam untuk dirimu,jika kita mengadukan masalah kepada manusia kadang-kadang mereka pun tidak mempunyai waktu untuk kita.kenapa harus mencari yang lain?.
3) Banyakkan membaca Al-quran dalam kehidupan seharian. Al-quran adalah kitab suci yang telah ditinggallkan oleh Rasullulah kepada umatnya iaitu kita.Namun jarang sekali kita hendak membelek dan mebaca lembaran surat-surat cinta firman Allah itu. Cuba kita muhasabah diri kita,berapa kali kita membaca lembaran ayat cinta itu dalam kehidupan seharian?. Adakah 2 kali,3 kali atau kita tidak mengusiknya langsung. Al-quran adalah penawar segala penyakit,yang mampu mengubati segala penyakit hati manusia. Cuba kita baca Al-quran dan hayati bait-bait kata yang terkandung dalam Al-quran itu ,saya pasti jiwa kita akan menjadi tenang dan lebih bahagia selepas membacanya.
4) Banyakkan zikir dan selawat ke atas Rasullulah dalam kehidupan seharian. Zikir dan selawat adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan orang-orang yang beriman. Hal ini bersesuain dengan firman Allah dalam kitab sucinya Al-quran yang menyebut "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati pasti akan menjadi tenang". Hidup kita ini dilalaikan dengan pelbagai hiburan yang mengasyikkan sehingga kita kadang-kadang lupa untuk mengingati Allah.Malah akibat pengaruh daripada arus kemodenan menyebabkan kita memilih muzik ketika kita menghadapi masalah.Muzik rancak menjadi peneman setia ketika menghadapi masalah.Namun tahukah kita,bahawa semua itu tidak mampu menyelesaikan masalah itu dan hanya mampu memberi kelegaan untuk tempoh yang sementara.Alangkah indahnya jika kita menghadapi masalah dan yang bermain-main di bibir kita ketika itu adalah kalimah zikir ataupun selawat, saya percaya semua masalah yang bermain di fikiran ketika itu pasti menjauh.Malah saya pernah melakukan semua itu, dah Alhamdullilah hasilnya mampu memberi ketenangan kepada jiwa saya malah menjadikan saya fokus dalam kerja saya selepas itu.
5) Banyakkan Senyuman dan lakukan perkara yang perkara yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Jika kita inginkan kebahagiaan,berilah kebahagiaan kepada orang lain kerana " orang yang bahagia adalah orang yang membahagiakan orang lain ". Prinsip ini harus dipegang oleh kita yang mahukan kebahagiaan.Janganlah kita menjadi orang yang tidak membahagiakan di mana apabila orang lain bertemu kita,maka orang itu tidak menjadi bahagia. Senyuman juga memainkan peranan,ukirkan lah senyuman di pipi kita walaupun kadang-kadang itu adalah berat untuk dilakukan kerana senyuman itu mampu mengubah hati orang lain yang berduka lara menjadi bahagia. Berilah manfaat dalam kehidupan seharian kita,kerana kita sebagai seorang muslim dituntut untuk berkerjasama dalam perkara yang memberi kebaikan.
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan Ibu-bapa lah yang bertanggungjawab mendidik anak tersebut menjadi insan yang berguna kepada bangsa.agama dan negara. Hal ini, bersesuain dengan sabdaan Rasullulah S.A.W yang bermaksud bahawa mereka (anak-anak) akan menjadi hijab api neraka bagi kedua-dua orang tuanya (ibu-bapa) yang mendidik mereka dengan penuh kesempurnaan dan keindahan Islam (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Pada kali ini saya akan membincangkan cara-cara untuk mendidik anak perempuan khususnya kerana pada masa ini kita dapat lihat dengan persekitaran yang serba moden,kita kadangkala menjadi khuatir dengan apa yang berlaku pada anak-anak kita pada masa hadapan. Sejujurnya saya akui apa yang saya tulis ini bukanlah hasil nukilan saya sepenuhnya tetapi ianya lebih menjurus kepada pembacaan saya yang saya perolehi dalam Majalah Solusi dan Al-Ustaz. Sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan penulisan saya ini anda boleh lah merujuk kepada kedua-dua majalah tersebut untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut.
1) Hubungan Ibu bapa dengan anak-anak perempuan mestilah memenuhi keperluan emosi mereka. Caranya adalah dengan mencurahkan kasih sayang dan sepenuh perhatian kepada mereka. Mari kita lihat pendekatan Rasullulah S.A.W dalam mendidik puterinya Fatimah al- Zahra. Dikhabarkan oleh sayidatina Aisyhah, ketika Fatimah datang menemui baginda Rasullulah segera bangun untuk menyambut anak kesayangannya itu dan mendudukkanya di tempat duduk baginda.Begitulah jua, keadaannya ketika baginda menziarahi Fatimah. Fatimah akan berdiri menyambut kedatangan Rasullulah dan memegang tangan baginda lalu mendudukkan baginda di tempat duduknya. Ketika baginda sakit kuat, Fatimah menziarahi baginda, lalu baginda Rasullulah menyambutnya dan mengucupnya (Riwayat al-Bukhari). Malah jika kita ingin memberikan sesuatu kepada anak-anak kita dianjurkan untuk mendahulukan anak perempuan. Hal ini kerana, tabiat wanita adalah lemah dan memerlukan perlindungan.
2) Menanam ke dalam jiwa anak perempuan perasaan takut kepada Allah dan ancaman azab-Nya. Islam tidak menganjurkan golongan ibu bapa untuk menanam ketakutan dalam jiwa anak-anak dengan menjadi garang dan menggugut mereka dengan rotan dan sebagainya. Malah tindakan sebegini hanya akan menjadikan mereka renggang dengan ibu bapa dan hanya menyuburkan perasaan benci kepada kedua-dua orang tua mereka. Sebaliknya Islam menyuruh mereka ibu bapa agar menanam perasaan ketakutan terhadap Allah dalam diri anak-anak. Dalam hal ini, kita boleh mencontohi sikap Rasullulah terhadap anakanda baginda iaitu Fatimah, Sabda Rasullulah, maksudnya : " Wahai Fatimah, mintalah dariku apa sahaja yang kau ingin daripada hartaku. Namun aku tidak berupaya menolak siksaan Allah terhadapmu" (Riwayat al-Bukhari)
3) Menghukum mereka dengan cara merenggangkan hubungan komunikasi dan interaksi dalam tempoh masa yang sesuai. Jika kita lihat, pendekatan yang diguna pakai oleh Rasullulah dalam mendidik ahli keluarganya, jika ada salah seorang daripada ahli keluarga baginda berbohong maka baginda akan tetap menjauhinya sehinggalah dia bertaubat (Riwayat Ahmad). Pendekatan ini sesuai untuk diguna pakai apabila kita telah mendidik anak-anak dengan asas akidah,ibadah dan akhlak dan jika berlaku pelanggaran terhadap mana-mana asas tadi maka ibu bapa boleh membuat pemulauan sementara selama dirasakan tidak menyebabkan anak-anak memberontak.
4) Tanamkan dalam diri anak perempuan sikap untuk mengadu hanya kepada Allah. Kita sedia maklum bahawa anak-anak perempuan secara psikologinya lebih suka untuk meluahkan masalah dan teman yang sudi mendengar keluh-kesah hidup mereka. Lumrah inilah yang akhirnya menyebabkan anak-anak perempuan lebih cenderung untuk memiliki teman istimewa daripada golongan Adam. Jesteru itu, ibu bapa hendaklah di peringkat awal menanam asas tauhid diri dalam anak-anak dengan meletakkan pengaduan dan kebergantungan hidup mereka kepada Allah.
5) Akhir sekali,memperkayakan mereka dengan kisah-kisah wanita solehah. Ibu bapa hendaklah menggunakan waktu senggang yang ada pada hujung minggu atau bila-bila masa yang difikirkan sesuai untuk memperkenalkan tokoh-tokoh wanita solehah sepanjang zaman seperti Asiah, Maryam, Siti Khadijah dan sebagainya agar mereka dapat mengambil iktibar daripada kisah hidup tokoh-tokoh berkenaan.
Kebersihan sudah sinonim dengan ajaran islam itu sendiri, malah Rasullulah juga pernah menyebut kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Disini, jelas menunjukkan bahawa kebersihan adalah tanda keteguhan iman seseorang. Orang yang tidak mempedulikan kebersihan maka imannya kurang sempurna. Pada penulisan kali ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk mebincangkan soal kebersihan yang semakin remeh dipandang oleh masyarakat dan juga saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan bahawa kebersihan adalah suatu tanggungjawab yang perlu diambil berat oleh kita semua. Tidak wajar bagi seseorang individu mengambil mudah isu ini apatah lagi jika individu itu membawa label sebagai seorang penganut agama Islam.Kebelakangan ini, saya semakin sedar bahawa isu kebersihan ini perlu diketengahkan agar masyarakat sedar kerana ini adalah tuntutan agama kita iaitu Islam.
Jika pada masa dulu saya adalah seorang yang mudah membuang sampah merata-rata,kini saya sudah sedar bahawa perbuatan ini adalah tidak elok untuk dilakukan.Mungkin pada masa itu saya jahil tentang perkara ini, tetapi semenjak saya memperoleh kesedaran ini saya sudah tidak lagi membuang sampah merata-rata kerana itu adalah perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab dan secara tidak langsung mencerminkan tindakan orang yang tidak berpendidikan. Tetapi jika kita lihat sekarang, ramai di antara kita walaupun berpendidikan tinggi tetapi masih mengamalkan perbuatan sebegini lantas membuatkan diri saya tertanya-tanya di manakah letaknya nilai ilmu yang diperolehi itu?. Jika tidak diguna pakai dalam kehidupan,mengapa kita perlu belajar tinggi hanya untuk memperoleh sekeping ijazah.Bukan untuk mengutuk, tapi lihatlah jika kita pergi ke pasaraya pasti kita akan dibekalkan dengan plastik jika kita membeli barang, walaupun plastik itu kadang-kadang hanya mengandungi satu barang.Saya kesal dengan sikap sebegini kerana barang-barang dibekalkan dengan plastik itu sebenarnya mampu di bawa oleh kita tanpa menggunakan plastik langsung.Saya memperbesarkan soal ini kerana plastik yang dibekalkan itu pada akhirnya pasti akan berakhir di dalam tong sampah.Malah kita, mengetahui bahawa untuk melupuskan satu plastik saja sudah mengambil jutaan tahun dan ini pada saya merupakan pembaziran.Pasti ada yang bertanya,kenapa tidak risau tentang penebangan hutan yang semakin berleluasa dan sebagainya, bukan saya tidak mempedulikan semua itu tapi bukankah bagus jika kita mulakan dari bawah dahulu, jangan terlampau memandang isu yang besar sehingga kita terlepas pandang isu yang kecil kerana daripada isu yang kecil inilah akan menjadi isu besar.
Nabi Muhammad merupakan seorang pencinta alam, walaupun baginda sibuk dengan tugasan beliau dalam menyebarkan agama islam namun,baginda tidak melupakan tentang alam sekitar.Kita kadang-kadang sibuk untuk mencontohi sunnah rasullulah s.a.w dalam kehidupan seharian tetapi berapa ramai yang mencontohi baginda dalam isu kebersihan.Malah saya lihat, isu ini kian dipandang sepi oleh umat islam sendiri dan jika dibandingkan dengan orang bukan islam saya lihat mereka lebih mendahului umat islam dalam isu ini.Pernah abu hurairah bertanya kepada Rasullulah s.a.w tentang kebersihan jalan dan baginda menjawab yang bermaksud:
"Bersihkan jalan kaum muslimin daripada kotoran dan sampah."(riwayat Muslim)
Malah dalam sabda baginda yang lain yang mencerminkan bahawa baginda seorang yang mengambil berat tentang soal kebersihan ialah,
"Senyumanmu ketika bertemu dengan saudaramu adalah sedekah,mencegah daripada kemungkaran dan mengajak kepada makruf(kebaikan) juga adalah sedekah.Menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga ialah sedekah.Memimpin orang yang lemah pandangannya ialah sedekah,begitu juga perbuatan menyingkirkan batu duri dan tulang di jalanan ialah sedekah dan memberikan air kepada saudaramu juga ialah sedekah."(riwayat al Tirmizi)
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi,
"Sesiapa yang menebang pohon sidrah (bidara),maka Allah akan memasukkan kepalanya ke dalam neraka."
Berdasarkan hadis yang di riwayatkan tadi jelaslah bahawa Rasullulah s.a.w sangat mementingkan kebersihan malah baginda juga melarang menebang pokok sesuka hati kerana pokok adalah tempat berteduh bagi manusia dan binatang dan ini telah juga jelas dipraktikan oleh para sahabat-sahabat baginda yang mana ketika mereka pergi berperang mereka dilarang membunuh binatang sesuka hati dan menebang pokok tanpa sebab yang kukuh,bukankah mulia sungguh ajaran islam sehingga perkara yang sebegini kecil turut diambil perhatian.kawan-kawan ketahuilah kita menumpang di bumi Allah dan ini sudah menjadi tanggungjawab kita semua.Bukankah kita Khalifah yang Allah telah ciptakan untuk mentadbir bumi?. Tepuk dada, tanya iman.
P/s:Tengah cuti,sekarang so idea untuk menulis mencurah-curah datang :)
Redha secara umumnya adalah sifat lapang hati ketika menerima ketentuan daripada Allah dengan bersangka baik terhadap segala aturan-NYA sekalipun bertentangan dengan kehendak dan keinginan.
Hati saya tiba-tiba merasa terpanggil untuk berkongsi tajuk ini dengan pembaca blog saya.Kadang-kadang hidup kita penuh dengan masalah. Saya juga pernah menghadapi masalah tidak redha dengan dengan takdir Allah ini. Seingat saya perkara ini berlaku sewaktu saya masih menuntut di Asasi sains Uitm Puncak Alam dahulu, sewaktu saya masih lagi di semester pertama saya mengambil mudah tentang subjek matematik ataupun lebih dikenali sebagai calculus.Subjek ini saya biarkan sahaja apatah lagi untuk mentelaah buku yang berkaitan dengannya kerana saya tahu saya hanya perlu mendapat markah yang cemerlang dalam subjek fizik,biologi dan kimia kerana berdasar pemahaman saya GCPA hanya akan dikira berdasarkan 3 subjek terbaik sahaja dan pada kiraan saya ketika itu memadailah jika saya memberikan penekanan kepada subjek biologi,kimia dan fizik sahaja.Namun, malang tidak berbau, rupa-rupanya dalam pengiraan GCPA subjek matematik adalah subjek yang wajib dimasukkan dalam pengiraan GCPA dan 2 lagi subjek akan diambil berdasarkan subjek terbaik yang lain. Hati saya kecewa sewaktu keputusan akhir semester di keluarkan,saya hanya mampu memerolehi 3.33 sahaja dan target saya waktu itu jika saya ingin memohon bidang farmasi sewaktu saya ingin melanjutkan ijazah nanti,sekurang-kurangnya semester pertama ini saya harus memperolehi 3.6 dan ke atas kerana bidang yang saya inginkan ini tinggi persaingannya. Sewaktu keputusan itu dikeluarkan saya berada di rumah,hati saya memberontak dengan keputusan itu,saya tidak percaya dengan hasil penat lelah saya hanya ini yang saya mampu dapat.Saya mula menangis dan hampir seminnggu kesedihan itu berlarutan,mana mungkin saya dapat menerima kenyataan ini dan ditambah pula dengan kawan2 saya yang lain semuannya memperoleh keputusan yang lebih cemerlang jika hendak dibandingkan dengan diri saya. Akhirnya saya mula menyalahkan takdir, dan soalah di hati bertubi-tubi bertanyakan kenapa Allah tidak memberikan apa yang saya inginkan,namun mujurlah dengan adanya sokongan keluarga saya akhirnya saya dapat menerima takdir tersebut,walaupun dengan hati yang berat.
Apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak berjalan seperti yang kita harapkan, lantas kita bertanya kepada diri kita dimanakah silapnya?. Namun, apabila kita mencari silapnya tidak juga ditemui puncanya kerana kita merasakan perancangan kita itu cukup sempurna namun kita terlupa bahawa ada perancang yang lebih besar daripada kita iaitu Allah. Ingatlah apabila kita ditimpa masalah ataupun apa yang kita harapkan itu tidak berjalan seperti yang kita impikan, jangan mudah mengeluh ataupun bersedih hati kerana kita tidak tahu apa yang Allah telah rancangkan untuk kita dan percayalah kalau kita rasakan masalah kita itu besar maka pujuklah hati kita bahawa suatu ketika masalah kita ini akan hilang dan sinar kebahagiaan pasti akan muncul walaupun kita tidak mengetahui waktunya.
Disini saya ingin berkongsikan satu kisah yang saya pernah dengari daripada sebuah stesen radio iaitu IKIM kisah yang sungguh menarik sehinggakan saya terduduk seketika sewaktu mendengar kisah ini, Pada masa dahulu ada seorang ulama' yang dalam perjalanan pulang menuju ke rumahnnya dan sebelum itu dia singgah ke pasar untuk membeli sebiji buah tembikai. Pabila sampai di rumah ulama' tersebut memberikan buah tersebut kepada isterinya supaya buah tembikai itu di potong. Apabila isterinya memakan buah tembikai itu, isterinya menjerit dan mengomel sendirian di dapur kerana buah tembikai itu masam dan tidak sedap. Suara isterinya itu cukup kuat sehingga dapat didengari oleh ulama' tersebut lantas dia bertanya kepada isterinya,
"Wahai isteriku, kamu memarahi siapa atas kemasaman buah tembikai itu?. Aku pasti bahawa petani yang menanam buah tembikai itu pasti menjaga dan menbajai buah itu dengan baik dan kalau kamu memarahi penjual yang menjual buah ini, aku juga pasti bahawa penjual itu pasti mahu buah yang dijual itu dalam keadaan yang terbaik namun aku khuatir jika yang kau marahkan itu tidak lain dan tidak bukan Allah yang menciptakan buah tembikai ini. "
Iktibar daripada kisah ini ialah kadang-kadang bila kita tidak boleh menerima sesuatu perkara yang terjadi pada diri kita,kita ini mudah menyalahkan takdir seolah-olah segala yang berlaku tidak boleh lari daripada perancangan kita. Ingatlah kita ini adalah makhluk dan hamba kepada-NYA oleh itu Allah mempunyai kuasa yang mutlak untuk menguji kita dan layakkah kita mempertikaikan takdir yang telah ditetapkan Allah. Bukankah Allah telah memperingatkan kita dalam firmannya :
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih amalnya. Dan dia Maha perkasa, Maha pengampun." (Surah Al Mulk 67:2)
mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan mereka kekal di dalamnya. Allah meredhai mereka, dan "Balasann mereka juga reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian daripada-Nya. Balasan yang demikian itu adalah untuk orang yang takut (melanggar perintah) Tuhan-Nya." (Surah Al Bayyinah 98:8)
Dan Rasullah juga mengingatkan kita dalam hadisnya yang berbunyi,
"Salah satu kebahagiaan anak Adam ialah redanya atas perkara yang ditentukan oleh Allah kepadanya. Dan salah satu kesengsaraan anak Adam adalah apabila di meninggalkan istikharah kepada Allah dan tidak reda terhadap perkara yang ditakdirkan kepadanya." (Riwayat al Tirmizi)
Ingatlah sewaktu kita berdepan dengan musibah ataupun perjalanan kehidupan ini tidak berjalan seperti yang kita rancangkan, renung-renungkan lah bahawa Allah tidak pernah berjanji bahawa kehidupan di dunia ini akan sentiasa senang namun Allah berjanji bahawa dia akan sentiasa berada di samping hamba-hamba yang sentiasa mengingati-Nya.
Poligami adalah sesuatu yang diharuskan dalam ISLAM.Ini suatu ketetapan yang tidak dapat dinafikan. Ayat-ayat al- quran tentang keharusannya dan hadis-hadis Rasullulah S.A.W tentang kewajipan berlaku adil, pembahagian giliran dan sebagainya dalam berpoligami menunjukkan betapa pengaturan syariat dalam hal ini telah diperincikan.
FAKTOR YANG MENGHARUSKAN POLIGAMI
ISTERI TIDAK MAMPU MELAHIRKAN ZURIAT
Isteri yang tidak mampu melahirkan zuriat merupaka hambatan terhadap lelaki yang inginkan zuriat untuk membahagiakan keluarganya di dunia dan akhirat.Apabila isteri pertama mandul, maka suami mempunyai pilihan untuk berkahwin dengan isteri kedua yang akan melahirkan anak-anak yang diharapkan menjadi anak soleh dan mendoakannya kelak. Dalam keadaan ini perpoligami adalah lebih utama dan lebih baik daripada pencerain. Tindakan ini lebih diredhai ALLAH s.a.w berbanding terlibat dengan zina dan lain-lain penyimpangan seks.
ISTERI MENDERITA SAKIT BERAT & BERTERUSAN
Bagaimana kalau jika ada isteri pertama sudah lemah sama ada disebabkan oleh sakit berat atau ditimpa kemalangan? Atau isteri tidak berupaya legi menjalankan tanggungajawabnya sebagai isteri atas sebab-sebab kelemahan fizikal atau ganguan mental dan emosi.
Berlandaskan hukum, isteri tersebut berhak untuk terus berada di bawah tanggungan suaminya di samping seorang wanita lain yang mampu menjalankan tugas seorang isteri dengan sempurna.Ketika ini poligami dilihat sebagai suatu yang relevan untuk menyelesaikan masalah.
SUAMI TERPAKSA SERING BERMUSAFIR
Terdapat kes apabila suami perlu luar daerah atau luar Negara atas urusan pekerjaan dan tidak dapat membawa isterinya bersama-sama pada setiap. Sekiranya perpisahan yang begitu lama menyebabkan suami tidak mampu menahan nafsunya dengan pelbagai cabaran di perantaun, maka ketika itu diharuskan berpoligami sekiranya dia mampu memberikan nafkah lahir dan batin.
POPULASI WANITA MELEBIHI LELAKI.
Apabila populasi wanita lebih besat daripada lelaki, maka masyarakat mempunyai tiga pilihan :
1) Membiarkan sebahagian wanita dihalang daripada berkahwin sehingga mati.
2) Menyuburkan budaya memiliki perempuan simpanan dan aktiviti pelacuran ataupun perzinaan.
3) Membenarkan lelaki berpoligami.
Sebagai muslim (sama ada lelaki atau wanita), kita tidak akan reda jika ada saudara seislam kita yang terpaksa membujang sehingga ke akhir hayat ataupun ada yang akan terlibat dengan zina.Jika keadaan itu berlaku, mesti ada dalam kalangan wanita-wanita islam yang rela berkongsi suami. Ketika inilah poligami menjadi suatu rahmat demi menjaga maslahat umat
APABILA SUAMI MEMPUNYAI KEINGINAN & KEMAMPUAN SEKSUAL YANG TINGGI.
Dari segi biologi dan fisiologi pula, ada sebahagian kecil lelaki yang mempunya kadar sensitiviti seksual yang tinggi . Walaupun jumlah mereka tidak ramai, tetapi islam mempunyai jalan penyelesain terhadap permasalahan ini.Pendirian yang menyamakan lelaki ini antara lelaki lain, menurut Syeikh Sayyid Sabiq adalah sesuatu yang tersasar daripada keadilan. Beliau menulis dalam bukunya Fiqh Al-Sunnah “ Bukankah kita mengharuskan kepada orang yang mempunyai selera yang kuat makan dengan kadar yang banyak? Dan sebaliknya kita tidak mengharuskanya kepada orang miskin dan lemah.Jadi persoalan poligami adalah sama.
Namun harus diingat, kesemua sebab diatas bukanlah satu justifikasi untuk memilih poligami sebagai satu-satunya jalan penyelesaian tetapi hanya satu pilihan yang boleh diambil sebagai suatu penyelesaian.
HUKUM BERPOLIGAMI
Hukum berpoligami asalnya harus dan dibolehkan berdasarkan firman ALLAH S.A.W dalam surah al-Nisa’ 4:3. Tetapi hukum ini boleh berubah menjadi sunat, makruh atau haram bergandung kepada individu, keadaan dan suasana yang dihadapi.
SUNAT
Hukum ini terpakai apabila suami memerlukan tambahan isteri.Misalnya, kerana dia tidak cukup hanya dengan hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedang dia memerlukan anak.Pada masa yang sama dia mampu berlaku adil.Hukum poligami ketika itu adalah sunat.Poligami dalam situasi ini akan member manfaat kepada keluarga tersebut.
MAKHRUH
Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan atau mendesak, tetapi hanya untuk mencari keseronokan semata-mata dan si lelaki sendiri dalam keadaan syak (50% yakin , 50% ragu-ragu) akan kemampuannya untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya. Hukum poligami ketika itu adalah makruh.Dikhuatiri apa yang membimbangkan akan membawa kepada kemudharatan. Ini berdasarkan hadis Rasullulah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al- Bukhari “ tinggallkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.”.
HARAM
Jika seseorang lelaki ingin berpoligami tetapi yakin sepenuhnya tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya ( boleh jadi kerana kemiskinan.kesihatan fizikal yang tidak mengizinkan atau mempunyai tabiat yang buruk), maka hukum poligami ketika itu adalah HARAM. Ia akan membawa mudarat kepada dirinya dan orang lain. Hal ini adalah berdasarkan firman ALLAH S.A.W dalam surah An-Nisa’ 4:3. Rasullulah juga telah bersabda, mafhumnya “ tidak kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.” (Riwayat Al- Baihaqi)
P/S: Pesanan aku,..aku saja tulis artikel nie...ye la isu nie jadi hangat selepas ombak rinduhari tue kan..so renung-renungkan..