Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

Salahkah Lelaki Jual Tudung?.


Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian,

Sudah lama aku tak menjenguk laman blogger milik aku nie. Entry langsung la tak ber-update. Sebenarnya nak cerita pengalaman berniaga tudung nie. Baru je start beberapa bulan lepas dan betul-betul terasa pengalaman pahit maung bila berniaga nie, rupa-rupanya berniaga nie bukan la semudah makan ABC di tepi jalan.

So sempena entry kita berniaga nie, hari ini nak perkenalkanlah halfmoon delisha plain yang abang jual...haha, feeling sangat kan.

Okay Jom cuci mata tengok-tengok diorang pakai halfmoon delisha yang abang jual ni.


Rata-rata beri feedback yang positif dan sukakan halfmoon delisha plain (1 layer) nie, Alhamdullilah. Rasa bahagia tengok diorang pakai, walaupun abang tak mampu nak pakai..haha

Kelebihan Halfmoon Delisha plain nie antaranya ialah:

+ Custom-made dan tak dijual di mana-mana kedai dan butik.
+ Jahitan yang kemas dan teliti sebab jahit kelim tepi.
+ Harga mampu milik..murah je. RM 25.00 sahaja.
+ Terdapat pelbagai warna dan pilihan.
+ Labuh sebab ianya adalah bidang 60..dan tak jarang.
+ Sejuk tak panas sebab ianya kain chiffon high quality..so rasa pakai econ dalam tudung gitu so..tak de la nak kipas sana..kipas sini.
+Mudah dibentuk bak kata customer-customer nie.
+ Ya Allah, banyak sangat nak sebut dah...gitu.

Okay, excited tak nak tunggu post selepas nie?..kalau excited nanti kita post pula kod kalernya..stay tuned bersama abang.

 

Thursday, 15 September 2011

Dilema Seorang Lelaki....

Terlampau dilema....macam mengada-ngada la pulak..kan.
wah...alhamdullilah esok cuti hari Malaysia,perayaan ini juga akan disambut dengan hari kemerdekaan..kebelakangan aku rasa diri aku nie asyik mengeluh aje...walaupun luaran aku try nak cover mantain cool dengan buat muka kerang busuk...senyum bila orang tegur,cuba jadi plastik untuk beberapa ketika...tapi kadang-kadang apa yang aku buat itu tidak menjadi juga...kerana at the end of the day...aku akan keseorangan dalam bilik mengenang permulaan hari..dan aku rasa macam something is missing dalam diri aku..
Bukan maksud aku tulis ini untuk buat readers rasa macam sesi kaunseling la pula..tapi ini la hakikatnya,setiap orang mesti ada rasa DOWN walaupun untuk seketika...punca aku rasa DOWN untuk beberapa hari ini ialah..aku rasa sedih sebab ramai kawan-kawan aku berada dalam bidang kedoktoran,pergigian,farmasi dan dalam bidang sains gunaan...okay jom aku explain kan....
Pharmacist..cita-cita yang tidak kesampain...
Sebenarnya aku nie merupakan budak SAINS dulu and of course la budak sains belajar subjek-subjek macam biologi,kimia,fizik dan math..itu sudah semestinya..and of course la aku memang minat bidang sains nie...tapi bila keputusan UPU baru-baru ini diumumkan,aku dapat la tawaran untuk sambung ijazah dalam bidang kejuruteraan..and which is aku tak pernah terfikir pun dalam hidup aku...ye la bila orang tanya kau nak jadi apa bila dah besar nanti....jawapan nak menjadi seorang jurutera itu memang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran aku.
Profesion kerjaya terbaru...seorang engineer..
Aku pun macam tak sangka je aku boleh diterima masuk dalam bidang pengajian ini...waktu itu kalau nak tolak pun macam-macam aku dah fikir.."ambil ipts confirm memang sampai tua la,bayar hutang" maklumlah ipts memang terkenal dengan yuran pengajiannya yang mahal.so setelah ditimbang,disukat,dicincang dan digoreng..aku pun menerima tawaran untuk sambung pengajian ini..walaupun hati dikala itu tidak berapa gembira,tapi aku gagahkan jua menerima tawaran itu.Waktu yang paling gembira sekali adalah mak dan ayah aku..aku pun tak tahu kenapa diorang gembira sangat sedangkan aku sendiri pun tak minat bidang yang ditawarkan ini.
Well of course la parents aku pujuk aku,diorang kata tak semua cita-cita yang kita impikan akan jadi kenyataan katanya...macam mak aku dia kata dulu dia nak jadi seorang guru tapi sekarang dia cuma mampu jadi pembantu makmal sekolah menengah sahaja.Hasil yang diperolehi daripada wang itulah digunakan untuk membesarkan aku katanya.Okay untuk mengelakkan daripada korang tertanya-tanya tentang cita-cita aku..cita-cita aku sebenarnya adalah untuk menjadi seorang  PHARMACIST...tapi apakan daya hajat tidak kesampain...
Bukanlah diri aku ini nak menolak tuah..ada kawan-kawan aku yang cakap aku ini seorang tidak bersyukur kalau nak dibandingkan dengan berpuluh-puluhan ribu rakyat Malaysia yang memohon untuk memasuki IPTA di negara ini...jauh sekali tidak besyukur tapi of course la..macam ko dah minat something tue gila-gila..dan kau tak dapat,apa perasaan kau???.Jangan nak jadi hipokrit,macam la juga korang bercinta..kalau dah minat orang tue..dan orang tue reject kau..mesti la sedih..betul tak.Well same goes here,aku pun sedih la juga mengenang nasib badan.Semua orang bila aku sebut bahawa aku dapat kejuruteraan semuanya macam bangga..but deep inside aku rasa macam tersangat la seksa...aku cuma risau,mampu ke diri aku nie bawa subjek KEJURUTERAAN nie untuk 4 tahun yang akan datang.
Makluman untuk korang semua fakulti kejuruteraan dan fakulti perubatan dekat universiti ini sangatlah dekat...dan kadang-kadang bila waktu solat zuhur tue,kita orang akan bertembung untuk menunaikan kewajipan yang fardhu nie..ye la waktu nie la aku terfikir "HOW I WISH I WAS IN THEIR PLACE"....ye la di situ la ramai kawan-kawan aku yang waktu asasi dulu satu kelas dengan aku dah bakal menjadi doktor...so macam ada rasa terkilan la sedikit..but anyway aku harap aku mampu teruskan kos kejuruteraan ini walaupun "RELA DALAM PAKSA".
P/S:Nasib baik ada blog,boleh la nak meluahkan perasaan,nak luahkan kan dekat orang..takut la orang salah anggap la pula...maklumlah lelaki,kalau perempuan bila luahkkan masalah je terus orang anggap cute gitu...nangis-nangis sikit dah terus dapat perhatian...kalau lelaki jangan harap la..orang tengok geli adalah...anyway hopefully bila dah luahkan nie aku dapat teruskan pengajian dengan jiwa yang tenang...tak de la rasa serabut sangat...hehe

Sunday, 11 September 2011

Bila Berada Di U...Semuannya Tentang Satu Kedewasan...

Semua mesti berangan nak jadi macam nie....
 Salam semua..apa khabar...semoga korang semua baik aje..haha..alhamdullilah pendaftaran aku sebagai student,dah pun sah..malah aku dah jati student U tue pun...anyway malas nak membebel panjang2..jom kita cerita sedikit pasal dunia U nie...first time aku mendaftar sebagai student,aku tengok muka sedih,bangga,cuak dan segala bagai jenis muka lagi waktu.Semuanya datang dengan muka yang penuh satu tekad nak menuntut ilmu katanya...macam la aku tahu segala-galanya kan....ye la mana la aku tahu kot-kot dalam hati diorang tue simpan tekad nak ngorat budak-budak perempuan yang comel kat U tue ke..mana la tahu...betul tak ????.Mungkin ada yang rasa lega sebab terlepas daripada jelingan mak ayah kat rumah tue...ye kat U sapa nak kontrol..betul tak???.
DAH PASTI KE MASA DEPAN KORANG....
Semuanya sekarang atas kesedaran diri masing...kawalan masa semuanya atas diri korang ye tak...korang nak tidur dalam kelas waktu kuliah berjalan ke..ada siapa-siapa kisah...aku sure tak de pun yang kisah atau korang nak berbual-bual waktu lecturer sedang mengajar kat depan...semuanya terpulang pada diri korang..itu yang pasti...
Tapi pesanan aku pada korang semua yang sedang duduk di bangku pengajian nie..ingatlah pesanan mak ayah korang waktu dia hantar korang belajar kat U tue...kalau tak nak ingat pun tak apa...tapi bagi orang yang ambil PTPTN..ingatlah yang korang tue kena bayar balik pinjaman yang korang pinjam tue...kalau tak bayar balik masuk TV la korang...tak percaya..ingat tak iklan PTPTN waktu raya baru-baru nie...best gila iklan raya..first-first intro memang syok...tapi rupa-rupanya iklan PTPTN ..lawak-lawak..korang percaya tak betapa kreatifnya PTPTN buat iklan...untuk mengingatkan supaya student yang buat pinjaman tue bayar balik pinjaman yang diberikan.
Korang yang pakai,korang la bayar...
Anyway korang fikir-fikir la baik...apa yang kita buat waktu pengajian nie kita yang tanggung...masa depan kita sekarang terletak di tangan kita..nie bukan zaman sekolah dulu yang kalau korang tak study pun...cikgu-cikgu still akan suap korang dengan nota-nota yang diorang buat dulu..kalau tak pun,bagi tahu kat korang apa benda yang keluar dalam EXAM.
Bagi yang rasa diri dia nak bercouple or dah gatal nak try market kat U tue..boleh je,tak ada masalah pun tapi cuba korang fikir kalau berada di tempat mak ayah dia.. apa perasaan korang kalau dapat tahu yang anak korang bercouple time study.....nak-nak kalau anak-anak korang  tue ambil kos yang susah macam medik,dentistry,engineering ke..sanggupkah anda menjadi penghancur masa depan anak orang lain..so fikir-fikirlah masak,ambil kira segala faktor dulu sebelum buat keputusan.Aku cakap macam nie sebab ada dulu aku dengar cerita daripada kawan aku bahawa kawan dia pernah clash dengan dia punya couple..so nak dipendekkan cerita apabila dia dah clash...semua pelajaran jadi terabai sebabnya dia tak boleh nak terima hakikat bahawa dia punya couple tinggallkan dia...so kalau boleh jangan la buat orang macam nie kalau sekadar nak test market..anyway kalau aku tulis maca-macam pun tak jadi jugak sebabnya korang bukan nak baca sangat pun alasannya.."Aku dah besar panjang,pandai-pandai la nak bawak diri" betul tak?.
Kat U nanti,ada gak spesis pelesit yang suka kacau orang study..orang yang macam nie memang hipokrit sebabnya dia tak nak korang lebih pandai daripada dia..ada gak yang kuat study,ad gak yang suka ampu lecturer...ada gak yang suka buang masa..orang study,dia sibuk main game dan macam-macam lagi..so pandai la korang pilih kawan..jangan pilih kawan yang macam hantu sudah...orang kata,berkawan dengan penjual minyak wangi nanti badan berbau wangi,berkawan dengan penempa besi,nanti berbau besi".Pandai-pandai la bawa diri jangan salah pilih kawan..aku rasa macam,terlebih bagi nasihat la pulak..kalah mulut murai tak gitu.
Semangat yang macam nie memang penting...
P/S:Aku still ingat kata-kata mak ayah aku sewaktu dia hantar aku masuk universiti nie..kata-kata terakhir dia "belajar elok-elok,solat jangan lupa solat dan ingat susu pokok getah tue tak selama-lamanya akan mengalir".sebab dia cakap macam tue adalah kerana yuran pengajian aku kat universiti nie dia bayar pakai duit kebun getah kat kampung..tapi aku pelik la budak-budak sekarang,apa yang nasihat mak ayah bagi "masuk telinga kanan,keluar telinga kiri'.

Wednesday, 24 August 2011

Bersyukurnya Aku...

Baby pun reti nak bersyukur....
Alhamdullilah,hari ini genap la umur aku 19 tahun...birthday aku jatuh pada 25 OGOS tahun nie bersamaan 25 ramadhan...dulu aku ingat lagi malam nie..aku kena prank ngan kawan-kawan sekelas aku..aku kena baling tepung dengan telur lagi..bila aku balik bilik..puas aku nak cuci baju aku yang kena baling ngan telur..penat tangan aku bilas dengan air,waktu tue aku memang naif... mudah sangat percaya kata-kat orang,tapi pengalaman mendewasakan kita betul tak???..tapi aku bersyukur kerana walaupun aku nie tak sebaik mana..still ada orang yang ingat aku...malas aku nak membebel panjang tapi aku nak ucapkan terima kasih sangat kepada emak aku yang telah melahirkan aku,melayan kerenah aku,mendidik aku..mendengar segala masalah aku..
Kalau emak aku baca blog nie..memang aku nak cakap terima kasih sangat-sangat sebab sudi membesarkan aku yang banyak songeh nie..selalu tolong buatkan bekal aku untuk bawa ke tempat kerja pada bulan-bulan puasa...walaupun kadang-kadang aku nie tak habiskan makanan yang emak aku bungkuskan..terima kasih juga sebab sudi tolong dengar luahan hati aku..ingat lagi waktu nak masuk SBP (Sekolah Berasrama Penuh) aku menangis sekuat-kuat hati aku..n then aku memberontak nak larikan diri daripada rumah...terima kasih sebab sabar dengan telatah aku nie..walaupun aku kadang-kadang kurang ajar dengan mak aku...bila aku ingat balik aku rasa menyesal sangat...n then bila aku recall balik itu semua sebenarnya demi kebaikan aku juga....
Teringin kek macam nie....

Hari ini aku rasa happy sangat...mak aku masih ingat tentang birthday aku...walaupun aku tak mention kat siapa-siapa pun dalam family aku..korang ingat lelaki nie tak de soft spot ke..common semua lelaki ada,cumanya tak nak tunjuk je...ye la lelaki kan selalu dianggap kuat,pemimpin keluarga so kena la nampak tabah...tak boleh nak tunjuk dia punya kelemahan dia.
Credit to LUV ISLAM....
Terima kasih emak sebab tolong jaga aku waktu sakit...walaupun kadang aku ini meminta macam-macam dengan emak..korang semua ingatlah apa yang emak kita lakukan itu semua demi kebaikan kita...jangan jadi anak derhaka..aku tengok sekarang ramai anak-anak derhaka..bukan lah aku nak mengata diri aku nie bajet bagus ke apa...tapi based on aku punya observation ramai anak-anak pada masa kini suka hantar emak dengan ayah diorang ke rumah pusat jagaan orang-orang tua..apa-apa pun susah senang biarlah kita bersama..korang ingat tak..walaupun sesusah mana diorang,ada tak diorang tinggalkkan korang kat tepi jalan??? sebab tak mampu nak jaga korang...tak de kan..so fikir la sikit pasal tue...jangan terlampau lupa daratan sangat...hidup kita kat dunia nie tak lama..so berbuat baik la pada parents korang sementara ada chance nie..
Anyway,aku bersyukur juga kepada ALLAH sebab beri aku peluang untuk aku merasa hidup kat dunia nie..dapat kenal dengan kawan-kawan yang hebat-hebat yang ALLAH telah takdirkan..dapat memerhati kurniaannya,untuk beribadat kepadanya..dapat melihat pelbagai telatah manusia di dunia ini..walaupun kadang-kadang diri aku ini tidak sempurna..nobody perfect..but kita kena belajar la dari kesilapan kita...seperti pepatah mat saleh nie.."MISTAKE ARE NORMAL,BUT WHAT IS WEIRD IS WHEN NOBODY LEARN FROM THE MISTAKES"..sorry la kalau grammar aku tak betul ia la budak baru nak berjinak-jinak dengan dunia mat salleh...
Aku nak share satu je video dari seorang v-logging yang aku rasa famous sangat iaitu MAT LUTHFI90 siapa yang selalu tengok dia of course la kenal kot..anyway sit back n then enjoy the show..
P/S:Bersyukur la sapa-sapa yang masih ada emak tue..cuba tengok kat rumah anak-anak yatim..diorang lagi kesian sebab dah tak ada emak..kesian gile..nie yang emak masih ada tue,sanggup hantar emak diorang pergi ke rumah jagaan orang tua..korang tak malu ke??? emak korang anak sepuluh pun dia boleh jaga,korang !! ibu seorang pun tak boleh nak jaga..sedar diri sikit "syurga itu di bawah tapak kaki ibu ".

Friday, 12 August 2011

Facebook : Bila Semua Hendak Didedahkan

Ciptaan Mark Zuckenberg....
Ok ari nie aku nak bercerita pasal fb nie or also known as FACEBOOK.Tanya je sapa-sapa yang korang jumpa kat tepi jalan tue diaorang ada tak akaun facebook,kalau dia kata dia tak ada akaun facebook....sah-sah la orang yang korang jumpa tue ketinggalan zaman,entah-entah dia tinggal zaman batu kot...haha..just kidding guys...
Mostly semua orang ada akaun facebook conclusionnya..facebook pro & kontranya,tak la aku nak kata sapa yang ada akaun fb nie buat benda jahat la dan sebagainya..tetapi sedarkah kita banyak kesalahan yang telah kita lakukan dalam facebook nie....
Ada Pro & Kontranya...
Biasanya la,berdasarkan aku punya pemerhatian ramai orang kat luar sana yang mempunyai akaun facebook terutamanya the girls...suka sangat mempamerkan aurat dia dalam facebook walhal kat luar dia nie seorang yang bertudung litup,kalah ustazah-ustazah yang mengajar kat luar sana...bergambar tak ingat dunia...sampai lupa bahawa auratnya itu menjadi tontonan orang ramai..satu soalan aku nak tanya la kat the girls nie..andainya la korang ditakdirkan mati la.."SIAPA YANG AKAN TOLONG KORANG MENDELETEKAN GAMBAR-GAMBAR KORANG DALAM FACEBOOK TUE??".Cuba korang jawab,sapa nak tolong padamkan..tak da siapakan nak tolong padamkan...nie la masalahnya,even korang dah tak ada kat dunia nie..korang still dapat saham yang berterusan kat akhirat...
Relationship yang belum pasti noktahnya...credit to samee cards
Ok jap lagi,ada la suara-suara sumbang mengutuk aku nanti katanya aku nie bajet alim la..and aku tahu mesti ada suara sumbang kata "ko ingat orang yang tutup aurat tue baik la???"well bagi aku at least,dia ikut jugak suruhan Allah yang suruh dia tutup aurat tue...lagi satu korang suka sangat wat title in relationship with ...mamat itulah,mamat inilah,korang semua tak malu ke???macam tukar baju aku tengok...ye la,tak salah nak menunjukkan kasih sayang dalam hati tue..tapi korang tue dah ada ikatan yang sah ke dengan si dia???.Kalau tak ada,tak payah la nak memberitahu seluruh alam bahawa korang ada ikatan dengan mamat tue..same goes tu the boys here..
kegemaran ramai di facebook muka "duck face"
Lagi satu facebook nie juga menjadi medium untuk memfitnah orang lain lah,bergaduh la dan bermacam-macam lagi..sumpah seranah juga menjadi biasa kat dalam facebook nie..mana korang letakkan budi bahasa korang yang korang belajar selama ini...nak kata tak cukup..aku rasa tak mungkin sebabnya kat sekolah korang belajar pendidikan sivik and kat rumah emak ayah bagi didikan agama lagi....sedarlah anda itu dah dewasa,sudah pandai menilai baik dan buruk.Masyarakat zaman sekarang payah untuk menegur sikap anda sebabnya mereka lebih suka memerhati and kalau u alls bukan anak dia or saudara-mara dia...jawapannya jangan harap lah...so kalau orang nak bagi nasihat,bersyukurlah sebab masih ada yang sudi menegur sikap kita tue.
Credit to the blog: Titian Perjalanan...
Lagi satu,kalau tiba waktu solat and then time tue korang sibuk tengok facebook tue tolong lah berhenti sekejap,at least korang menghormati waktu solat..bukannya lama,lima minit pun cukuplah..ingat tue tandanya kita masih ada kesedaran dalam diri kita,walaupun kesedaran itu hanya sekelumit sahaja..facebook tue boleh tunggu,dia still ada sampai la dunia nie kiamat nanti...
Facebook nie ada juga kebaikannya,tipu sangatlah kalau aku kata tak ada...apa yang aku nak sampaikan ialah kita cuba gunakan teknologi yang dianugerahkan ini dengan sebaik-baiknya dan kita cuba untuk meminimakan segala kesan-kesan negatif dalam teknologi yang bergelar facebook..dah la aku malas nak membebel panjang,nanti u alls tak larat nak baca..kalau ikutkan hati banyak lagi aku nak tulis,tapi apakan daya tangan aku meminta aku berhenti menulis...
P/S: Ikutkan hati aku nak je menyindir sesetengah golongan manusia dalam entry kali nie,tapi tak payahla..sebab orang kata kalau nak beri nasihat..hati tue mesti ikhlas..and suddenly aku teringat satu babak drama antara orang gaji dengan majikan dia...orang gaji tue kata " saya ikhlas cik buat kerja-kerja kat rumah nie " and then majikan dia balas balik " Orang kalau ikhlas,dia takkan cakap dia tue ikhlas la "..sinis gak dia punya majikan rupanya.

Thursday, 11 August 2011

Sedarlah...Anda Itu Seorang Muslim

Majoriti rakyat malaysia di negara ini adalah merupakan penganut yang beragama islam...korang semua tahu tak pasal benda nie???..kalau tak tahu tak yah mengaku jadi anak Malaysia ye...So ari nie aku nak bercakap pasal Individu yang dipanggil muslim...kalau ikut pandangan aku..orang yang dipanggil Muslim ini adalah orang yang beragama Islam.
So kenapa aku nak timbulkan isu nie...sebabnya satu je,aku tengok ramai orang zaman sekarang tidak berpuasa...alahai korang tak percaya???tengok je tmpat aku kerja..customer-customer datang kat tempat aku kerja tuk beli makanan..yang peliknya lelaki....kalau perempuan acceptabble lagi la sebab diorang ada warranty ABC (ALLAH BERI CUTI) yang diberi khas hanya untuk kaum hawa sahaja...dah la beli air ngan roti waktu pagi-pagi..baru berapa jam kita semua berpuasa....waktu berbuka pun lambat lagi,nampak bebenor nak menipu... tue korang nak kata apa..kalau lelaki yang beli tue budak kecik...tak la gak..nie yang dah besar gajah macam pun ada lagi...berjannggut pulak tue...tak malu betul kat orang lain...
CREDIT TO : Kubakoya (blog yang tak berapa menjadi)
Kang kalau aku nak tegur kang mulalah keluar ayat-ayat dramatic untuk menyelamatkan diri..contohnya " abang gastrik la adik,sebab tue la abang tak boleh nak puasa ".Kalau betul gastrik tak pa la..nie tak,bohong je lebih..malu la sikit...kita nie kat orang lain,masyarakat dekat sekeliling kita ini memerhati gerak-geri kita..kalau tak nak malu dengan aku pun..malu la dengan ALLAH..ok fine,korang nak kata aku busybody...tolong lah i pun tak suka nak jaga tepi kain orang..tak nak pun sebenarnya, meluat lagi ada lah..
Tapi bila difikirkan balik..siapa lagi nak tegur kalau bukan kita...takkan la nak mengharap ustaz-ustaz nak tegur,masalahnya ustaz tue pun banyak juga kerja..so kewajipan tu jatuh la pada kita...aku tak nak..pada hari pembalasan nanti..AllAH tanya apa yang aku buat bila ko tengok orang tu tak puasa???.aku nak jawab apa???..aku tak nak kena bakar dalam neraka..tak pasal-pasal...kat dunia nie pun dah panas sampai pasang air-cond....kat neraka lagi la..
So ko tanya balik kat orang-orang yang tak puasa kat luar sana tue yang mengaku dia tue beragama Islam..dia tergolong dalam kategori mana rukhsah yang aku provide kan kat u alls kat bawah nie..meh sini korang tengok...
 Ok, so kalau korang tak tergolong dalam rukhsah nie...jangan la saja-saja mencari sebab untuk menguzurkan diri tak nak berpuasa...tue nampak la sangat pembohong besar..ingat PUASA itu tergolong dalam satu rukun islam yang telah tetapkan..nanti bala yang ALLAH turunkan,tak tertanggung nanti...ingat AllAH kalau nak balas ..dia balas CASH je..hutang tak main..u know
By the way..tak payah la...kalau tak puasa tue nak menampakkan diri anda puasa...manusia di sekeliling anda tu tahu hakikat diri anda..semuanya bukan budak-budak darjah satu lagi yang baru nak jolok buah cempedak di luar pagar,kalau salah tolong tunjukkan..semuanya pandai menilai..yang masih belum bertaubat lagi tue..silalah bertaubat,ingat ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyanyang...
P/S: Baru tengok ramadhan terakhir kot kat tv3..pelakon kat tv tu melakonkan babak yang menunjukkan dirinya tak berpuasa n then dia cakap "tak yah la nak puasa-puasa nie,hak siapa nak judge aku".Kalau aku pelakonnya of course aku jawab "hak ALLAH la,sudah semestinya bukan hak aku".

Sunday, 7 August 2011

Cantik Or Hensem..Tue Semua The First Requirement Ke????

Ok u alls..ari nie aku nak bercakap pasal topik kita yang satu nie pasal the beauty n the beast..u alls mesti pernah dengar pasal cerita nie kan...kalau u alls tak pernah dengar pasal cerita THE BEAUTY N THE BEAST nie...u alls sah la kolot..haha...
Beauty n the beast nie mengesahkan pasal seorang perempuan yang akhirnya jatuh cinta dengan makhluk yang dipanggil " the beast " dalam story nie..beast tue sebenarnya manusia tetapi telah disumpah ahli sihir menjadi the beast...aku bukan nak cerita pasal beauty n the beast nie kat korang semua..kalau nak tahu lebih lanjut..gi tanya la MR GOOGLE.Tujuan aku ialah nak cakap bahawa...si perempuan tu jatuh cinta kepada si beast kerana keikhlasan si beast tue..bukannya sebab kerana kehenseman makhluk tue..korang faham tak ????..
Tapi kat dunia realiti, kita nie lain..yang cantik dan hensem akan dipuja-puja  sehinggakan kalau boleh gambarnya sahaja nak penuh kat dalam bilik korang betul tak???..tak yah tengok jauh-jauh,tengok the girls je...kat dalam bilik n blog mesti penuh ngan gambar kumpulan k-pop kesukaan diorang..aku bukan anti benda-benda nie semua...aku kena keluarkan statement macam nie..kalau tak habis aku kena attack dengan girls-girls kat luar sana..tue yang aku gerun tue..
POSTER cam nie mesti banyak kat bilik korang kan????
Aku terpanggil nak buat entry cam nie sebab aku ada seorang kawan nie yang asyik merendah diri kerana wajahnya yang tak tampan dan macho macam lelaki-lelaki lain..katanya dirinya tak hensem lah & etc...tak larat nak tulis la..sorry..n then satu hari aku terbaca la status dia dalam facebook pasal status nie...apa lagi baru balik kerja kan..of course la aku penat...apa lagi aku lepaskan le segala kan segala yang ada kat dada..tue korang semua tak perlu tahu la...
Apa yang aku nak cakap kalau korang nak ada relationship dengan seseorang..tak kisah la teman tapi mesra ke,kawan ke..or so whatever...dia tue mesti ke cantik or hensem...korang rasa diri korang pun dah cantik or hensem sangat ke..sampai nak kelas-kelaskan orang ikut gred korang sendiri..oh pleaz la...aku meluat ngan orang macam nie...n even kalau korang hensem or cantik..u still dont have the right..dear babes...
Nie ke jejaka idaman u alls..so girls jawab la..
Ok let say..korang nie memang tersangat-sangat meletup sebab cantik/hensem sampai follower kat blog pun beribu-ribu...tapi kalau in the reality world..perangai u alls macam setan...please la..orang tak pandang pun..kalau aku ada anak yang bawa balik bakal menantu aku perangai macam tue..langkah mayat aku dulu kalau dia nak nikah dengan pujaan hati dia yang perangai entah hape-hape tue...
Kalau korang nak aku jadi alim sikit...Allah sendiri mention dalam Al-Quran..bahawa sebaik-baik insan di dalam kalangan kamu adalah orang yang paling bertaqwa..n ingat kalau muka korang hensem/cantik..if u tak ada taqwa..jangan berangan nak menjejak bumi syurga ciptaan Allah ok...
Satu lagi kepada  semua para jelitawan di luar sana dan kepada para model-model lelaki...yang hensem yang menang anugerah "berjaya mencairkan hati wanita" kerana mukanya yang jambu..please la munasabah diri dulu sebelum u alls tentukan siapa yang layak kawan ngan korang semua ke tak????..u alls sendiri tue pun belum tentu jejak kaki dalam syurga tau..
Adakah ini pilihan hati si jejaka????
Kalau korang pulak merupakan orang yang tak hensem or tak cantik..please la bersyukur dengan apa yang korang ade...kalau korang tak bersyukur dengan apa yang korang ada means..korang dah kufur dengan nikmat Allah..tak yah la u alls nak buat suntikan botok ke ape..sampai nak senyum susah...haha..korang adalah sebaik-sebaik kejadian...
P/S:Bosan ngan orang tak pernah bersyukur dengan apa yang dia dapat..sedangkan ada orang lain lagi yang kekurangan macam orang-orang yang bisu tue..kesian dia tak de suara..nie pulak just kerana isu cam nie..so u alls tepuk dada tanya iman ok????.

Saturday, 6 August 2011

Pabila Barang Menjadi Mahal....

hai..u alls,apa kabar???sihat tak u all sekalian..kali nak cerita pasal masalah global yang kita selalu pening nak selesaikan..aku sound macam mak nyah la pulak la kan...tak la..aku suka perkataan u alls tue sebab nampak la sikit faymes..tapi kekopularan aku tak mampu nak menang anugerah ke award ape-apa macam celebriti-celebriti kat holywood..ops sori aku nie asyik puji diri sendiri aje..
Korang perasaan tak kebelakangan nie harga barang-barang menjadi naik bagai nak gila..even aku pun sebelum nak membeli sesuatu,aku berfikir dua-tiga ribu kali korang tau tak..ye la mana taknya..kalau barang tue tak ada kepentingan kepada diri aku jangan harap,aku nak beli..sikit pun tak nak..tambah-tambah lagi sekarang nie,bulan ramadhan..apa lagi korang tengok aje juadah..berbuka puasa yang korang beli tue..mahal tak harganya..para peniaga nie la time dia nak kaut untung segunung bukit..tapi rasa sorry la,nak bertanding ngan restoran lima bintang pun tak lepas..
Dah la ramuannya sikit..kalau mahal tapi tak kedekut ramuan tak pe la gak,nie tak...rasa tak sedap ramuan pula kurang..contohnya korang beli murtabak..tapi isi murtabak tu sikit (ayam or daging) dia la dalam..tu..tapi ada gak yang malangnya makanan yang korang beli tu sebenarnya dah basi..kalau aku terkena macam nie..alamatnya esok aku bawak makanan tu kat bazar ramadhan aku baling aje atas muka penjual tue..tapi sebenarnya bersabar aje sebab nie kan bulan puasa...nasib baik fuhh...
Aku bukannya mengkhususkan kepada bulan ramadhan tapi bulan-bulan yang lain sepanjang tahun...ye la cuba korang pegang barang kat kedai mana-mana mesti la korang nak pk sama ada nak beli pun ataupun tidak or korang KIV (keep in view) dulu sebab korang nak bandingkan harga kat kedai-kedai lain..betul tak???.
Lain la kalau korang nie jutawan..tapi mostlynya tak la kan..kalau dah jutawan tue..tak de la korang nak gantung iklan NUFFNANG kat blog-blog korang semua nak suruh klik..sama la cam aku gak kan...nak cari duit lebih,betul tak????.Jangan kata korang letak iklan nuffnang tue sekadar buat penyeri muka kat blog korang semua..tue siyesly aku tak percaya..korang tahu tak sebab apa ramai lelaki sekarang tak suka nak kawin even korang pujuk rayu sekali pun???...sebabnya harga barang mahal lah wei...bila harga barang mahal..of course la..hantaran perkahwinan u alls tu meningkat..especially the girls... mak bapak korang mesti letak hantaran tinggi punyalah..even korang sekadar kerja biasa-biasa nie cam aku..RM 10,00000..tu ada la gak..betul tak???.
Nie la yang sering bermain-main kat fikiran aku.....ye la nak kawin..duit mesti la banyak..kalau tak,jadi bujang terlajak la kau...sebab tue la aku study bagai gila nak mati kat u nie..memikirkan semua bills yang perlu dibayar even aku sendiri pun belum kawin..nak tgk contoh kat tempat kerja aku nie pun..harga barang pun tak stabil..contohnya NINI nie dulu RM 1.4 sekarang Rm 1.5 u alls..nie aje barang yang aku ingat..banyak lagi kat barang kat kedai aku nie..tak sampai sebulan,aje kejap agi harga barang dia akan naik la...kadang-kadang aku pun terkejut sebab tak perasaan,sampai salah bagi harga kat customer u....
Tue la sebab tu la parents korang suruh korang-korang belajar rajin-rajin..sebabnya dia nak ajar korang ajar bernafas dalam dunia yang serba serbi mahal nie...korang pulak tadah tangan mintak duit parents..malu la sikit..even aku nie pun kerja nak cari sesuap nasi...anyway korang pk la sendiri cara nak survive dalam dunia yang mahal nie..n bila korang kerja macam aku..baru la korang tahu bagaimana duit RM 50 kat tangan korang pegang tue,bila bawa ke kedai untuk bershopping menjadi RM 0.50.
 P/S: Aku gi kedai beli barang ari tue sebab mak aku suruh belikan..n then aku tgk barang mahal sangat,terkejut la jugak kan..n then aku tanya la kenapa barang nie mahal sangat kat acik yang jaga kedai tue....jawapan dia kos barang meningkat adik oi...

Cerekarama oh cerekarama...

issh baru je aku lepas tengok cerekerama kat tv 3 nie...stress jiwa,mana taknya banyak sangat air mata...sampai aku pun dah kering air mata,nak menangis lagi..hehe sorry ye,drama macam tue tak de nya aku nak menangis air mata darah...bahkan aku nak gelak lagi ada la..ye la..cuba korang tengok at the end story dia..anak dia acik ngan si datin zaiton tue,mati bersama-sama..hahaha..tue la cerita orang melayu..tak kisah la korang nak kata..tapi part sedih tue ada la gak..agak zalim juga bapak zaiton tue ye..sanggup dia jual anak dia semata-mata nak dapatkan duit untk berjudi..stop at that part...nanti korang semua tak faham kat mana aku melalut..tapi tengok la..komen yang aku dapat kat muka buku nie..berlambak gila,sampaikan the other khairul pun bertanya pndangan peminatnya..
Ada peminat dia komen,bosan tengok cerekerama sebab banyak sangat iklan..aku pun tergolong dalang kategori yang sama..ye lah nak habiskan cerita tu je..iklan entah berapa juta kali pun aku tak tahu la...anyway sah cerita drama melayu nie memang sadis la...ye la,banyak sangat air mata...
Kalau sinetron indon pulak,tak habis-habis dengan perebutan harta-harta..ngan pakatan sesama rakan konsi untuk membolot harta si kaya..sampaikan episod sesebuah cerita meleret-leret sampai beratus-ratu..sapa la nak tengok...cuba la penerbit drama tue fikir..kita nie ada banyak masa ke nak menonton cerita tu aje depan tv...dia ingat kita nie tak ada kerja nak buat selain mencangak depan tv...lain la kalau kita nie semua jutawan...yang tunggu duit masuk je..
Cuba la para-para penerbit di luar sana wat cerita ala-ala drama korea yang walaupun episod dia sikit,para penonton puas hati nak tengok...tak semestinya pelakon drama tue hensem,janji ada bakat...macam pelakon drama JUVANA tue..semuanya berbakat n para penonton puas hati nak tengok....so beat the record drama korea la,para-para pengarah drama n filem kat luar sana..kasi la Malaysia gah sikit..kat luar sana..
P/S:yang penting bagi diri aku bukan kuantiti episod ke apa..tapi kualiti tu yang penting serta kepuasan peminat...ingat tue..bear in your mind.

Friday, 5 August 2011

Alahai Batman...

Here The stories Goes....
CONCLUSION....hehe

Thursday, 4 August 2011

Aku Bersalah ke ????

First of all, aku nak minta maaf kepada reader aku..kerana aku dapat komen dari pembaca blog aku mengatakan bahawa blog aku nie sakit mata nak baca...ye la blog aku nie tulisan aku nie terlampau colourful sangat..ala2 kanak-kanak ribena tak cukup umur..jom tengok komen reader yang tulus dan ikhlas gitu....
 Okay guys & girls aku dah minta maaf, so janji no more colour-colour dah...tapi maybe ada la sikit ko tapi tak banyak...so jangan la korang marah kat okay...promise everyone..nak marah pun suka hati la...itu hak asasi manusia kan????..jap agi kalau larang..tak pasal - pasal masuk jail, alamatnya aku raya kat lokap la..tak nak aku beraya kat lokap..kesian kat parents & tunang2 aku terutamanya girls - girls sekalian tak dapat jumpa aku waktu raya..nie.Budak lagi la kesian tak dapat duit raya yang aku nak kasi nanti...banyak tahu aku nak kasi..hajatnya RM 1.1 bilion gitu..haha jangan harap RM 1 ringgit cukup..kalau tunang aku RM 1.1 bilion tue ada chance la...
No more talking2 lah..penat la..dah la bulan puasa??? aku terlebih-lebih cakap nie makruh puasa aku...lagi satu sekarang nie aku sakit tekak..bulan puasa nie cuaca kat tempat aku nie tak menentu la..tambah- tambah lak..aku minum air berais waktu aku berbuka..mana tak dapat penyakit sakit tekaknya..nak menyanyi dalam bilik air pun tak larat , yang keluar pun suara serak je..ala - ala Ella si penyanyi rock tue...paling koman pun hampir la sama suara aku dengan suara si Ramli Sarip tue..nie muka si Ramli Sarip dan si Ella tue
Bye - bye guys n girls aku dah penat menulis, berejam-jam aku nak wat satu entry je..kalah minah-minah kat luar tue yang duduk kat depan cermin semata-mata untuk bermekap je..

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...