Wednesday 24 August 2011

Bersyukurnya Aku...

Baby pun reti nak bersyukur....
Alhamdullilah,hari ini genap la umur aku 19 tahun...birthday aku jatuh pada 25 OGOS tahun nie bersamaan 25 ramadhan...dulu aku ingat lagi malam nie..aku kena prank ngan kawan-kawan sekelas aku..aku kena baling tepung dengan telur lagi..bila aku balik bilik..puas aku nak cuci baju aku yang kena baling ngan telur..penat tangan aku bilas dengan air,waktu tue aku memang naif... mudah sangat percaya kata-kat orang,tapi pengalaman mendewasakan kita betul tak???..tapi aku bersyukur kerana walaupun aku nie tak sebaik mana..still ada orang yang ingat aku...malas aku nak membebel panjang tapi aku nak ucapkan terima kasih sangat kepada emak aku yang telah melahirkan aku,melayan kerenah aku,mendidik aku..mendengar segala masalah aku..
Kalau emak aku baca blog nie..memang aku nak cakap terima kasih sangat-sangat sebab sudi membesarkan aku yang banyak songeh nie..selalu tolong buatkan bekal aku untuk bawa ke tempat kerja pada bulan-bulan puasa...walaupun kadang-kadang aku nie tak habiskan makanan yang emak aku bungkuskan..terima kasih juga sebab sudi tolong dengar luahan hati aku..ingat lagi waktu nak masuk SBP (Sekolah Berasrama Penuh) aku menangis sekuat-kuat hati aku..n then aku memberontak nak larikan diri daripada rumah...terima kasih sebab sabar dengan telatah aku nie..walaupun aku kadang-kadang kurang ajar dengan mak aku...bila aku ingat balik aku rasa menyesal sangat...n then bila aku recall balik itu semua sebenarnya demi kebaikan aku juga....
Teringin kek macam nie....

Hari ini aku rasa happy sangat...mak aku masih ingat tentang birthday aku...walaupun aku tak mention kat siapa-siapa pun dalam family aku..korang ingat lelaki nie tak de soft spot ke..common semua lelaki ada,cumanya tak nak tunjuk je...ye la lelaki kan selalu dianggap kuat,pemimpin keluarga so kena la nampak tabah...tak boleh nak tunjuk dia punya kelemahan dia.
Credit to LUV ISLAM....
Terima kasih emak sebab tolong jaga aku waktu sakit...walaupun kadang aku ini meminta macam-macam dengan emak..korang semua ingatlah apa yang emak kita lakukan itu semua demi kebaikan kita...jangan jadi anak derhaka..aku tengok sekarang ramai anak-anak derhaka..bukan lah aku nak mengata diri aku nie bajet bagus ke apa...tapi based on aku punya observation ramai anak-anak pada masa kini suka hantar emak dengan ayah diorang ke rumah pusat jagaan orang-orang tua..apa-apa pun susah senang biarlah kita bersama..korang ingat tak..walaupun sesusah mana diorang,ada tak diorang tinggalkkan korang kat tepi jalan??? sebab tak mampu nak jaga korang...tak de kan..so fikir la sikit pasal tue...jangan terlampau lupa daratan sangat...hidup kita kat dunia nie tak lama..so berbuat baik la pada parents korang sementara ada chance nie..
Anyway,aku bersyukur juga kepada ALLAH sebab beri aku peluang untuk aku merasa hidup kat dunia nie..dapat kenal dengan kawan-kawan yang hebat-hebat yang ALLAH telah takdirkan..dapat memerhati kurniaannya,untuk beribadat kepadanya..dapat melihat pelbagai telatah manusia di dunia ini..walaupun kadang-kadang diri aku ini tidak sempurna..nobody perfect..but kita kena belajar la dari kesilapan kita...seperti pepatah mat saleh nie.."MISTAKE ARE NORMAL,BUT WHAT IS WEIRD IS WHEN NOBODY LEARN FROM THE MISTAKES"..sorry la kalau grammar aku tak betul ia la budak baru nak berjinak-jinak dengan dunia mat salleh...
Aku nak share satu je video dari seorang v-logging yang aku rasa famous sangat iaitu MAT LUTHFI90 siapa yang selalu tengok dia of course la kenal kot..anyway sit back n then enjoy the show..
P/S:Bersyukur la sapa-sapa yang masih ada emak tue..cuba tengok kat rumah anak-anak yatim..diorang lagi kesian sebab dah tak ada emak..kesian gile..nie yang emak masih ada tue,sanggup hantar emak diorang pergi ke rumah jagaan orang tua..korang tak malu ke??? emak korang anak sepuluh pun dia boleh jaga,korang !! ibu seorang pun tak boleh nak jaga..sedar diri sikit "syurga itu di bawah tapak kaki ibu ".

Monday 22 August 2011

Bila Otak Kita Terlampau Kreatif.....

Korang semua mesti nak tengok gambar dia je kan...tipah tertipu la kau...hehe
SITUASI 1....

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang.

segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.


Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia. Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.
Impian semua jejaka-jejaka Malaysia....
Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah.Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:- 1)TUDUNG SAJI 2)TUDUNG PERIUK 3)TUDUNG TERMOS 4)TUDUNG CAT dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian...hehe
Nie la tudungnya...
Nie semua aku copy and paste daripada facebook..kreatif juga rakyat Malaysia nie...bab-bab macam nie cepat aje otak diorang..meh kita tengok komen-komen diorang...

Marah betul diorang dengan guraun sebegini rupa....
SITUASI 2....
Seronok aku baca...hehe pecah perut oi...
FEEDBACK PARA PEMBACA....
Suka sangat-sangat...
P/S: Aku tergelak sampai nak pecah perut..kawan-kawan ku..apa-apa pun creator benda-benda nie memang genius...superb la...chaiyok,hasilkan la benda macam-macam nie lagi..anyway korang semua memang berbakat...tabik spring aku bagi..




Friday 19 August 2011

Luahan Hati Seorang Lelaki Kepada Bakal Isterinya....


DEAR  SAYANG…SI JANTUNG  HATI KU…
Alhamdullilah kita telah sah bergelar suami isteri….bukannya mudah untuk abang melafazkan akad nikah tadi..wah habis lemah longlai tubuh abang..gugup jantung dibuatnya,mana  taknya banyak benar mata yang memandang..malu kucing abang jadinya…wang hantaran pun sudah abang selesaikan..abang tak kisah pun berapa harga yang bapak mertua abang letak,janji ayang sudah menjadi milik abang..abang tahu yang duit hantaran tu sebenarnya ujian bapak mertua ayang untuk melihat komitmen abang dalam memperisterikan ayang….well abang tak kisah pun Cuma nasib baik wang hantaran ayang tu tak semahal wang hantaran kahwin sesetengah artis kat MALAYSIA nie..kalau tak naya abang..mahu sampai ke anak cucu la abang bayar hutang nie…kesian kat abang.Abang sure ayang tak nak tengok abang menderita bayar hutang kan..thank you ayang..love u so much.

Well..oleh kerana kita sudah sah menjadi suami isteri..abang Cuma ada beberapa permintaan aje untuk ayang..harap-harap ayang sudi tunaikan,bukannya apa saying nie semua untuk kebaikan kita bersama betul tak sayang ???.Permintaan pertama abang ialah abang harap ayang ialah seorang yang rajin ke dapur untuk memasak…bukannya apa abang nie sebenarnya alah terhadap makanan yang dimasak di kedai sebab kebersihan makanan di kedai tu tak terjamin kesuciannya..lagi pun masa abang muda remaja dulu..emak abang selalu masak makanan dekat rumah..jarang sangat kami sekeluarga makan dekat luar..kalau makan pun itu pun jika ada majlis keramaian sahaja…lagi satu ayang,kita dapat berjimat jika kita makan di rumah..abang harap ayang pun peka dengan isu semasa zaman sekarang..ye la harga barang semakin meningkat dari semasa ke semasa..abang juga takut dengan perangai emak abang,dia memang anti dengan perempuan yang malas bergerak ke dapur nie…katanya dia pun bekerja juga tapi still ada masa untuk memasak untuk suaminya..dia juga ada pesan kat abang yang kalau anak kita nanti makan makanan yang kita sendiri masakkan..insyaallah anak kita nanti mudah untuk mendengar kata kita katanya…abang takut nak menjawab kata-kata emak..malas abang nak menjadi anak derhaka..harap-harap ayang faham la dengan kehendak abang dan emak abang nie…

Kedua..abang harap ayang still boleh bekerja macam dulu lagi..tak macam sesetengah isteri orang lain yang lepas dia kahwin je mesti nak jadi suri rumah..well abang tak nak macam tu..memang la tanggunngjawab abang untuk beri nafkah kepada ayang…tentang nafkah tu sayang jangan risau,abang sedar akan tanggungjawab abang..tapi abang nak juga sayang kerja…ye la langit tak selalunya cerah ayang..mana la tahu,jika ditakdirkan abang pergi dahulu meninggalkan sayang..di manakah tempat sayang dengan anak-anak nak bergantung harap???.Abang tak mahu sayang  meminta-minta dengan orang lain..at least kalau ayang bekerja,bila abang pergi meninggalkan sayang pun hati abang akan rasa tenang sangat..lagi satu,mana la tahu kot-kot abang ada hati nak pasang satu lagi n then waktu tue..ayang tak setuju dengan keputusan abang dan mahu berpisah dengan cara baik,at least sayang dah ada pendapatan tetap dah..tak payah la ayang nak fikir mana lagi tempat ayang nak cari duit kan…abang juga harap ayang sedar bahawa produk kecantikan yang ayang pakai tiap-tiap bulan tu bukan lah murah..satu produk dah beratus-ratus ringgit..mana abang nak cari duit yang banyak macam tu..lain la kalau abang nie lahir dalam “silver spoon “ macam sesetengah anak mat saleh tu..abang banyak lagi bil-bil yang abang nak kena bayar…harap-harap ayang sudi dengan permintaan abang nie.

Ketiga,abang harap ayang nie seorang yang baik akhlaknya dan seorang yang taat akan perintah ALLAH..ye la orang kata the true colours seseorang itu hanya akan Nampak selepas dia berkahwin..masa bercinta semuanya indah-indah belaka kalah fantasi si CINDERELLA tu…abang harap ayang bukanlah yang tergolong dalam golongan itu..abang tak mahu isteri abang seorang yang hipokrit,berlindung di sebalik topeng ciptaannya sendiri..nanti ayang yang akan sengsara nanti..well abang harap ayang nie seorang rajin solat dan menutup aurat..bukannya apa emak abang dulu selalu berpesan bahawa orang bersolat nie insyaallah akhlaknya akan terjaga  dan insyallah ALLAH akan lindung dia daripada segala kemungkaran dan kemaksiatan…ayang pun tahu kan yang abang selalu balik lewat outstation sana sini..so pada ayang la abang harapkan untuk didik anak-anak kita dengan ilmu agama…sebenarnya abang dah penat menulis warkah ini buat tatapan ayang…insyaallah nanti abang akan sambung balik di lain waktu…
YANG TULUS DAN IKHLAS ABANG PUJAAN HATIMU.
P/S: Insyaallah kalau aku rajin aku akan sambung balik...anyway best tak surat cinta aku untuk aku punya future wife????.

Thursday 18 August 2011

Di Sebalik Tabir Hidup Seorang Hamba....

Belajar untuk Berubah....
Ok siapa yang baca post aku sebelum nie mesti tahu...pasal INI KISAHKU yang telah dipaparkan di media termuka negara kita..kalau yang tak tahu tu..sorry lah tak dapat nak tolong...Kali ini kisahku membawakan kisah seorang artis yang bernama CATRIONA ROSS.Jangan kata korang kata tak kenal CATRIONA ROSS nie,nampak sangat la tak ikut perkembangan semasa....


Ok kali ini aku nak review je la..based on video yang aku tengok pasal catriona ross nie..aku memang suka tengok video pasal benda-benda macam nie bukanlah bermakna aku suka dengar pasal keburukan dan keaiban orang lain..cumanya video macam nie mengajar kita untuk insaf dalam mejalani kehidupan...ye la kadang-kadang kita nie banyak buat salah..nobody perfect ok guys & gurls...
Dulu suka tengok lakonan dia dalam minah dari scotland...
Catriona Ross nie lahir dekat kota Bharu,Kelantan..well dia berasal dari kampung la kiranya..so untuk dia tak dicap sebagai kolot ke apa..catriona cakap dia tak pakai baju kurung...n semua macam tue la..catriona juga sanggup pergi ke club untuk nampak sebagai metropolitan walaupun dia tak minum minuman keras la...
Mudah-mudahan...usahanya diberkati...
Dia juga cakap kalau kawan-kawan dia organize party ke..dia la orang yang pertama akan yes..dan dia juga mengaku dulu dia pakai hair extension selama setahun..n kalau emak dia tanya kenapa pakai hair extension dia akan cakap "nie sintetik je la emak" tapi hakikatnya catriona tahu bahawa dia tak boleh solat kalau dia pakai hair extension nie..

Catriona Ross mula sedar apabila dia kemalangan pada tahun 2007...dia kemalangan n then doktor sahkan dia berkemungkinan tak boleh berjalan lagi...kalau boleh pun kemungkinan dia tempang or terpaksa guna alat bantuan..tapi Alhamdullilah tuhan masih dengar doa Catriona Ross nie..alhamdullilah tuhan makbulkan doa dia dan Catriona Ross boleh berjalan balik..anyway penat la menulis review nie..aku sertakan video sekali dan kalau rajin tengok-tengoklah...mungkin ada yang di luar sana berminat untuk berubah macam Catriona Ross nie..mudah-mudahan..


Well guys & girls kita semua nie mampu ke nak jadi hamba Allah yang baik???.kalau korang tanya aku...insyaallah kita semua mampu tapi itu semua bergantung kepada kita bak kata pepatah "HENDAK SERIBU DAYA,TAK HENDAK SERIBU DALIH".Tapi dalam proses kita nak menjadi baik tu ada juga salah dan silap yang kita akan buat..well nobody perfect,ingat perubahan tue bukan sekelip mata..it takes time,my friends..kalau kawan-kawan kita tu nak berubah jangan kutuk...bagi support..ingat kita nie bukan lahir daripada perut mak kita terus baik...kita pun belum tentu lagi masuk syurga.


P/S: Korang semua tengok lah..Allah still ingat akan hamba-hambanya walaupun kadang-kadang kita nie je yang lupakan dia..bukannya mudah nak berubah nie..kata kat mulut memang la senang,tapi kalau nak melaksanakan tu memang payah..

Menjelang Hari Raya....Ingatkah Kita Pada Yang Susah????

Jangan terlampau exsited nak beraya..ingat juga pada yang susah.....
Apa khabar Semua???..aku rasa bulan puasa makin tiba ke penghujungnya,so aku harap kita semua telah melakukan segala amalan-amalan ibadah yang secukupnya untuk dibawa bekalan ke akhirat nanti...dalam keghairahan nak menyambut hari raya nie...jangan pula bulan puasa yang still belum habis lagi ye....kejar la pahala tue,selagi korang semua masih mampu..tak de paksaan dalam beribadat nie ye..kawan-kawan,kecuali yang fardhu..tue memang wajib kena buat la...
Siapa makan cili.dialah terasa pedas....
So tujuan aku buat entri nie bukanlah untuk membebel....tapi untuk mengajak korang semua munasabah diri sikit..aku buat entry nie semuanya based on aku punya pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat kita..bukanlah nak tunjuk baik jika aku mengutuk or menyindir sesetengah pihak..tapi well "siapa makan cili,dialah terasa pedas".
CIMB BANK untuk tukar duit....
Semalam aku,pergi la bershopping untuk persiapan hari raya nie,tujuan aku shopping bukanlah untuk bermegah-megahdi hari raya nie..tapi banyak tujuannya..ye la bulan september nie,aku pun bakal untuk melanjutkan pelajaran...so kiranya aku membeli-belah pun untuk persiapan kemasukan ke universiti la...n then perjalanan aku diteruskan lagi ke CIMB BANK untuk menukar duit sempena hari raya nie...
Tangan di atas,lebih baik daripada tangan di bawah.
Maklumlah aku dah bekerja,terasa la juga untuk memberi nie..kalau difikirkan balik selama nie,asyik aku je menerima dari orang lain..so apa salahnya kalau aku sumbangkan sikit duit yang aku dapat nie kepada budak-budak lain pula...ye la "tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah".kat bank tue aku tengok ramai orang nak menukar duit..sambil tue mata aku melilau la..memerhati sikap sesetengah manusia nie...ada yang tukar duit tu sampai  RM 400 mungkin la dia banyak saudara-mara kot..tue semua tak perlu la aku ambil tahu..ada juga yang kurang sabar..sebab ramai sangat orang,even aku kena tunggu sampai setengah jam juga la...
Nak kena beratur jugaklah untuk duit pun...
Tapi Alhamdullilah selesai juga urusan aku tue....punya la masyarakat kita nie bersemangat untuk sambut HARI RAYA nie walaupun ada sesetengah golongan yang tidak berpuasa pada bulan ramadhan nie...kalau nak tahu baca entry aku yang bertajuk "SEDARLAH...ANDA ITU SEORANG MUSLIM".Itu semua aku rasa dah jadi kebiasaan masyarakat kita kot...entah la..puasa nie memerlukan kejujuran,kalau nak tipu pun boleh je...tapi dengan Allah tak boleh la kot sebab dia perhatikan kita 24/7...hehe.


Hari nie pagi-pagi buta lagi aku dah terpacak depan flat skrin TV nie...aku tengok MHI tadi...dia buat la tinjaun tentang persiapan hari raya masyarakat kita...ada yang kata diorang guna sebulan gaji yang diorang dapat tue untuk perbelanjaan hari raya..ada yang kata diorang belanja ala kadar aje tahun nie sebab anak semua dah besar-besar....n then yang aku rasa ada seorang mak cik tue yang komen " tahun nie suami akak baru aje dapat kerja..akak tak fikir pun pasal raya nie..kalau fikir pun cuma untuk anak-anak akak je..tapi akak rasa bersyukur sebab akak still lagi dapat menikmati makanan yang terhidang depan mata....kalau dibandingkan dengan orang-orang kat SOMALIA tue,nak makan pun susah even makanan diorang pun kena curi " komen seorang akak tue la...
Rakyat somalia ikat perut tahu..kerana lapar punya pasal..kita ????
Aku komen kakak tue memang komen yang tak mementingkan diri la..dia still ingat pasal orang-orang yang lebih susah daripada dia...n then perbincangan tue bersambung la kat studio...ada seorang pemanggil tue telefon dia cerita la..dia nak raya pun susah bakai baju pun yang orang kasi...n then hari raya tue RAYA PERTAMA dia cakap..dia akan tinggallkan rumah sebab dia tak ada makanan nak hidangkan kat para tetamu..apatah lagi nak makan untuk diri sendiri..tue lagi la kesian aku dengar sampaikan suara dia teresak-esak kat corong telefon tu...
Shopping-shopping juga...beringat-ingat,bajet pun kena jaga....
Anyway...kadang-kadang ada sesetengah kita yang berbelanja sampai tak ingat dunia,kalau boleh satu kedai tu nak borong la....tak cukup kedai tu,kedai lain pula dia nak serbu..katanya raya nie setahun sekali je...mestilah kita berbelanja...nak juga nampak cantik waktu hari raya katanya..well tak salah nak berbelanja..tapi waktu berbelanja tu..ingat-ingatlah pada yang lebih susah daripada kita macam diorang nak survive hari raya nie...jangan cuma ikut nafsu je...orang kata "IKUT HATI MATI,IKUT RASA BINASA".Ok well aku berundur dulu...insyaallah nanti aku cerita lagi...

P/S: Mood still nak raya....tapi rasa sedih juga sebab ramadhan bakal berlalu pergi..so rebut la peluang untuk kumpul pahala sementara masih ada lagi peluang...jangan terlampau fikir untuk beraya je...so fikir-fikirkan lah...the choice is yours.

 

Wednesday 17 August 2011

Bukannya Mudah Hidayah Allah Bertandang di hati....

Terharu dengar cerita dia..betul-betul ikhlas....
Ok kali nie guy & gurls..aku nak cerita sikit pasal hidayah....aku baru tengok INI KISAH KU dekat tv3..tapi dah lama dah la benda tue...WARDINA SAFFIYAH aku rasa korang mesti dah familiar dengan si pengacara tv3..wardina nie cerita la dekat ini kisahku macam mana dia dapat hidayah yang ALLAH berikan kepada dia...well apa yang aku tengok wardina pada hari ini tak lah sama dengan wardina pada masa yang dulu.
Berkat doa seorang ibu..akhirnya berubah jua..makbulnya doa ibu....
Wardina nie merupakan seorang yang agak bebas la dulu..walaupun ayah dan emaknya merupakan orang yang kuat pegangan agamanya..wardina juga mengaku dia dulu agak sosial...wardina juga mengaku yang dia sanggup keluar rumah malam sampaikan mak dia menangis..and dia sanggup cakap " I DONT NEED YOU, I AM A MODEL AND I CAN FIND MY OWN MONEY " apa-apa pun tue semua kisah yang lalu..aku tengok hari nie wardina dah berubah alhamdullilah...well point yang aku nak cakap ialah Allah Maha berkuasa dalam memberi hidayah nie...contohnya korang pujuklah seseorang yang bukan muslim tue masuk islam tapi kalau Allah tak nak beri hidayah kepada dia..mustahil dia nak masuk islam..


The point is aku bukan nak tunjuk alim...aku tak nak dengar..orang kata aku tunjuk alim ke apa...tapi aku cuma nak cakap..aku bangga dengan WARDINA SAFFIYAH hinggakan aku rasa sebak bercampur sedih pun ada..kenapa korang nak tahu tak kenapa????....sebabnya bukan senang nak dapat hidayah yang Allah bagi nie...bukannya mudah and even kalau Allah nak palingkan hati kau pun...bukannya susah,semuanya boleh sahaja terjadi dalam sekelip mata...ingatlah Allah itu Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu...anyway korang tengok la sendiri yek...aku dah provide kat bawah nie..salam ramadhan untuk semua...


P/S: Aku rasa bersyukur sangat sebab aku masih lagi dapat hidup untuk lalui bulan ramadhan nie...bukannya senang nak merasa bulan ramadhan nie..ada yang terlebih awal pergi meninggalkan kita..malah nak habis bulan ramadhan pun tak sempat..kemalangan sana sini..apa-apa pun kita semua patut bersyukur....

Monday 15 August 2011

Uniform Putih.....

Apa kabar semua,sori la aku sekarang terlampau menyepi..bukannya aku tak nak aktif dalam penulisan blog nie cumannya masa yang terhad menjadikan aku malas untuk menulis..tambahan pula,(ayat skema) aku kena kerja shif malam pulak untuk minggu nie..letih doe..masuk pukul 7 malam habis shif pukul 7 pagi...so apa kena mengena dengan entri aku kali nie..meh sini aku nak cerita...
Seriously aku memang tak cukup tidur sekarang!!!!

Well aku sure korang semua pernah melalui zaman persekolahan..betul tak????jangan nak kata korang tak pernah pergi sekolah.....yang tak pergi sekolah tue either korang malas or korang lari ikut pakwe/makwe kot..ye lah demi cinta,lautan api pun sanggup  direnangi....masing-masing mesti ada pengalaman manis zaman persekolahan..whatever it is,aku tak ambil port..nie bukan trip walking down to the memory lane..ni sesi aku nak bercerita guys..so sorry la kalau aku a bit sarcastic tentang benda nie...

Nak bercinta tu boleh...tapi jangan la hanyut dalam cinta yang fana ini..ingat cinta tue buta.

Ok masa kita sekolah dulu,kita ada satu uniform yang kita selalu pakai tiap-tiap hari..korang tahu tak benda apa?????..of course la baju sekolah..mak aku selalu pesan ko belajar la kat sekolah tue elok-elok,nie la baju yang ko pakai and the ko akan tentukan kau akan pakai baju uniform apa pulak pada masa depan..sama ada baju banduan yang macam zebra tue or baju yang macam doktor tue...or baju korporat ala-ala bussinessman tue,semuanya korang corakkan sejak korang berada di zaman sekolah...
Baju yang kita semuai pakai sebelum tukar ke baju....u alls lah decided.
Mesti korang ingat aku nie macam-macam kan..for sure aku rasa korang tengah kutuk aku..maybe korang kata "kau dah abis idea ke????,sampaikan benda nie pun kau nak jadikan isu"..sorry guys idea aku melambak-lambak lagi cuma aku tak de masa nak tulis aje...aku rasa terpanggil sebab aku rasa ramai budak-budak sekolah kat luar sana dah tak ambil kisah pasal dia punya pembelajaran.pergi sekolah cuma nak penuhkan kan kuota kehadiran aje,abiskan duit mak bapak,jumpa bf/gf untuk cakap "saya sayang awak"..then lepas tue balik..dalam kelas membuta bagai nak pengsan,time cikgu ajar bising dalam kelas..muka seposen aje bila cikgu mengajar...
Bagus,buat la benda macam nie tabiat...sure korang dapat 10 A++...

Woi, korang nie memang dah tak sedar diri ke??? ilmu tu penting la korang tahu tak..tersangat penting..kenapa aku cakap macam nie..ok aku nak cerita,lepas aku habis SPM aku kerja tahu tak...kalau anak datuk,tak kerja pun tak apa..ye la tue la the first time aku cari duit sendiri dalam hidup aku..waktu tue aku baru sedar,macam mana susahnya cari duit,gaji pula tak seberapa...aku dapat la dalam RM 600 ringgit..kalau Rm 600 ringgit tue bawak kat kedai,macam bawak 0.60 je,sekejap aje dah abis...

Duit macam nie bawak gie kedai,sekejap je dah habis...
Dah la aku kena marah dengan manager kalau aku buat silap..macam-macam lagi la..tapi aku bangga sebab aku pujuk diri aku.."sabar-sabar,ko bukan nak kerja lama pun kat sini...jap lagi ko dapat tawaran daripada UPU..apa lagi, angkat kaki la"aku sangat besyukur sebab lepas tu aku dapat tawaran sambung study kat UiTM..tapi point aku kat sini,ialah aku nak cakap kalau korang tak ada ilmu,kat tangan..korang senang-senang aje kena tindas..means bos korang nak marah pun boleh,sebabnya ko orang bawahan.... dia lagi la suka sebab dia boleh arah ko wat itu ini.
Aku kalau kena marah...macam nie la jadinya...
Kadang-kadang aku kesian gak,aku tengok ramai lelaki kat luar sana..hensem-hensem,muka boleh tahan la...tapi ilmu tak ade,malam-malam keluar lepak ngan member..kalau nak dibandingkan nisbah lelaki kat U di Malaysia nie,aku sure tak ramai,kalau ramai pun tue hah.spesies mat soft-soft nie..kalau nak ramai lagi pergi tengok kat pusat serenti..tue confirm ramai..n the kalau nak kahwin,duit nak cari kat mana???korang tak fikir ke kaum lelaki???.
Lelaki zaman sekarang....
Ilmu tu sangat penting,so please la korang y masih lagi duduk kat bangku sekolah tue..tolong lah belajar betul-betul..nak dapat biasiswa sekarang pun sakit tahu tak???..even korang dapat 9A macam aku nie pun belum tentu lagi (higlight diri sikit)..biarlah susah sekarang tapi masa depan tak merana...korang tidurlah pukul 4 pagi ke semata-mata untuk baca buku tue tak pa..janji pengorbanan tue berbaloi..
Kumpul la A+ tu banyak..sampai study pun tak tidur malam...
Sekarang aku sedar kenapa mak aku suka bising-bising kalau aku malas belajar,sebabnya untuk kebaikan aku jugak bukannya orang lain..macam aku cakap kat u alls sebelum nie kalau u alls tak ada kaitan dengan individu tersebut dari segi pertalian darah ke or so whatever..jangan harap dia nak nasihat ko,tengok-tengok tu boleh la...tegur tue HARAM la jawabnya...so korang fikirlah nak berubah ke tidak...nasihat aku,belajar lah betul-betul..hidup nie sekali aje,muda pun sekali aje...nanti kalau korang dah besar,nnti kalau jumpa ko punya kawan-kawan kau kat luar..diorang semua kerja hebat-hebat..n the waktu ko kerja biasa-biasa la pulak,aku sure kau malu nak jumpa diorang semua...malas la nak membebel panjang,ok la aku cabut dulu..

SALAM SAYANG DARIPADA AKU UNTUK KORANG SEMUA..HEHE

P/S:Aku baru aje lepas buka blog TERFAKTAB..n then aku baca la entry yang bertajuk "belajar mana penting?kahwin penting"..entry tue pasal seorang perempuan yang telefon kakak zara..perempuan tue bercerita la yang dia tak nak sambung belajar sebab dia nak kawin dengan dia punya bf..aku rasa perempuan tue tak de akal la..ye la belajar la dulu,kawin tu kemudian pun boleh..nak-nak dia punya bf tinggallkan dia,dah tak pasal-pasal..zaman sekarang semua nak pakai duit u all tahu ke tak???? "no money,no talk".

 


Friday 12 August 2011

Facebook : Bila Semua Hendak Didedahkan

Ciptaan Mark Zuckenberg....
Ok ari nie aku nak bercerita pasal fb nie or also known as FACEBOOK.Tanya je sapa-sapa yang korang jumpa kat tepi jalan tue diaorang ada tak akaun facebook,kalau dia kata dia tak ada akaun facebook....sah-sah la orang yang korang jumpa tue ketinggalan zaman,entah-entah dia tinggal zaman batu kot...haha..just kidding guys...
Mostly semua orang ada akaun facebook conclusionnya..facebook pro & kontranya,tak la aku nak kata sapa yang ada akaun fb nie buat benda jahat la dan sebagainya..tetapi sedarkah kita banyak kesalahan yang telah kita lakukan dalam facebook nie....
Ada Pro & Kontranya...
Biasanya la,berdasarkan aku punya pemerhatian ramai orang kat luar sana yang mempunyai akaun facebook terutamanya the girls...suka sangat mempamerkan aurat dia dalam facebook walhal kat luar dia nie seorang yang bertudung litup,kalah ustazah-ustazah yang mengajar kat luar sana...bergambar tak ingat dunia...sampai lupa bahawa auratnya itu menjadi tontonan orang ramai..satu soalan aku nak tanya la kat the girls nie..andainya la korang ditakdirkan mati la.."SIAPA YANG AKAN TOLONG KORANG MENDELETEKAN GAMBAR-GAMBAR KORANG DALAM FACEBOOK TUE??".Cuba korang jawab,sapa nak tolong padamkan..tak da siapakan nak tolong padamkan...nie la masalahnya,even korang dah tak ada kat dunia nie..korang still dapat saham yang berterusan kat akhirat...
Relationship yang belum pasti noktahnya...credit to samee cards
Ok jap lagi,ada la suara-suara sumbang mengutuk aku nanti katanya aku nie bajet alim la..and aku tahu mesti ada suara sumbang kata "ko ingat orang yang tutup aurat tue baik la???"well bagi aku at least,dia ikut jugak suruhan Allah yang suruh dia tutup aurat tue...lagi satu korang suka sangat wat title in relationship with ...mamat itulah,mamat inilah,korang semua tak malu ke???macam tukar baju aku tengok...ye la,tak salah nak menunjukkan kasih sayang dalam hati tue..tapi korang tue dah ada ikatan yang sah ke dengan si dia???.Kalau tak ada,tak payah la nak memberitahu seluruh alam bahawa korang ada ikatan dengan mamat tue..same goes tu the boys here..
kegemaran ramai di facebook muka "duck face"
Lagi satu facebook nie juga menjadi medium untuk memfitnah orang lain lah,bergaduh la dan bermacam-macam lagi..sumpah seranah juga menjadi biasa kat dalam facebook nie..mana korang letakkan budi bahasa korang yang korang belajar selama ini...nak kata tak cukup..aku rasa tak mungkin sebabnya kat sekolah korang belajar pendidikan sivik and kat rumah emak ayah bagi didikan agama lagi....sedarlah anda itu dah dewasa,sudah pandai menilai baik dan buruk.Masyarakat zaman sekarang payah untuk menegur sikap anda sebabnya mereka lebih suka memerhati and kalau u alls bukan anak dia or saudara-mara dia...jawapannya jangan harap lah...so kalau orang nak bagi nasihat,bersyukurlah sebab masih ada yang sudi menegur sikap kita tue.
Credit to the blog: Titian Perjalanan...
Lagi satu,kalau tiba waktu solat and then time tue korang sibuk tengok facebook tue tolong lah berhenti sekejap,at least korang menghormati waktu solat..bukannya lama,lima minit pun cukuplah..ingat tue tandanya kita masih ada kesedaran dalam diri kita,walaupun kesedaran itu hanya sekelumit sahaja..facebook tue boleh tunggu,dia still ada sampai la dunia nie kiamat nanti...
Facebook nie ada juga kebaikannya,tipu sangatlah kalau aku kata tak ada...apa yang aku nak sampaikan ialah kita cuba gunakan teknologi yang dianugerahkan ini dengan sebaik-baiknya dan kita cuba untuk meminimakan segala kesan-kesan negatif dalam teknologi yang bergelar facebook..dah la aku malas nak membebel panjang,nanti u alls tak larat nak baca..kalau ikutkan hati banyak lagi aku nak tulis,tapi apakan daya tangan aku meminta aku berhenti menulis...
P/S: Ikutkan hati aku nak je menyindir sesetengah golongan manusia dalam entry kali nie,tapi tak payahla..sebab orang kata kalau nak beri nasihat..hati tue mesti ikhlas..and suddenly aku teringat satu babak drama antara orang gaji dengan majikan dia...orang gaji tue kata " saya ikhlas cik buat kerja-kerja kat rumah nie " and then majikan dia balas balik " Orang kalau ikhlas,dia takkan cakap dia tue ikhlas la "..sinis gak dia punya majikan rupanya.

Thursday 11 August 2011

Sahabat oh Sahabat..diluah mati emak,ditelan mati bapak...

Kucing pun reti nak wat kawan...korang?????
Setiap orang mesti ada sahabat ataupun besties yang dia rasa dia care sangat-sangat sampai dia anggap family..tak gitu,so ari nie aku nak bercakap pasal besties nie la...cara-cara macam mana nak jadi sahabat yang baik kepada kawan orang even diri aku nie pun kawan berapa kerat je...
TIP 1 
JANGAN TIKAM BELAKANG... 
NIE LA Contoh backstabber...
  • Nie the 1st rule dalam persahabatan..jangan sesekali korang tikam belakang sahabat korang..itu pantang,aku pernah gak kena tikam belakang ngan  kawan sendiri..aku pernah la cerita something yang aku classifykan sebagai the world biggest secret but at the end dia pergi sampaikan cerita tue kat orang lain..sampaikan aku agak malu la..ok fine,aku redha..salah aku gak..gi percaya dia..sapa suruh..but remember that last time i told u anything..
"sayonara backstabber"that will be my last word.
TIPS 2
BERTERUS TERANG.. 
PLEAS BE HONEST...
  • Ok yang nie,yang ke-2,korang kalau la tak puas hati ngan besties korang..sila lah..berterus terang..contohnya ketiak dia busuk ke or so whatever,terus terang jangan kata-kata belakang dia..nanti kalau dia dengar the truth tue dari pihak yang ketiga & bukannya dari mulut u alls..sila lah siap sedia nak berperang dingin dunia ketiga..tapi kalau u alls nak berterus terang pun gunalah perkataan yang elok-elok dan jaga lah air muka dia sekali..jangan la pulak depan-depan orang ramai ko cakap kuat-kuat contohnya "woi Amin ketiak ko busuk la.." tue dah tak jaga air muka dia,kalau boleh be a considerate person.
TIPS 3
ALERT DENGAN PERANGAI BESTIES KO
ALert-alert gak tapi pleaz be sensible...
  • Nie tolong la korang jaga sangat-sangat..tolong alert dengan perangai dia..contohnya dia pantang kalau ko baring atas katil dia even ko kawan rapat ngan dia selama-mana pun..ye la mana taknya dia steam katil dia 2-3 kali sehari sampai kesan konyot atas dia punya cadar pun ko tak nampak...so ini penting,kalau benda tue dia tak suka,jangan la buat,kalau nak buat pun buat kat katil sendir..benda nie usually terjadi kat U la biasanya or boarding school kat Malaysia nie..
TIPS 4
INGAT TARIKH BESDAY DIE..
  • Yang nie biasanya penting sangat-sangat kalau dia dapat kawan yang jenis touching-touching nie..besday tue wajib kena wish..aku rasa benda nie mostly kat girls kot...ye la kalau tak de ucapan wish "HAPPY BIRTHDAY TO U" kat facebook Mark Zuckenberg tue siap-siap lah u....ayat nie la yang keluar "ala u tak wish pun kat I,puas I tunggu sms dari u,tengok wall kat fb tapi tak de pun wish-wish dari u...takkan la u lupa" kejap lagi alamatnya merajuk seminggu la baru pulih....tambah-tambah ko tak beli hadiah..lagi la parah...
Kalau aku bagi hadiah alamatnya kotak kosong la korang dapat...
TIPS 5
BANTU SAHABAT TIKA DALAM KESUSAHAN..
Kalau kawan bad mood..tolong tenangkan perassan dia ok..

  • Bagi aku nie pun aku rasa penting gak la..ok kalau sahabat kita tue kesusahan tolong-tolonglah dia..ye la nama pun kawan..lain la kalau u all nie kera dalam hutan..tak ada kawan pun still boleh survive,tapi kita nie manusia..kalau tak mengharapkan kawan siapa lagi la nak kita harapkan..tapi kalau nak tolong tue jugak biarlah kena pada tempatnya..contohnya dia minta kau siapkkan assigment dia sebab dia ada event party kat luar..yang nie tak yah tolong pun tak apa..nie kalau u alls tolong,memang jenis lurus kayu lah u alls..memang aku tak tahu la apa aku nak cakap..ingat "buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali".
TIPS 5
JANGAN JADI GUNTING DALAM LIPATAN...
CREDIT to MR google...
  • Nie lagi satu aku nak ingatkan kat u alls..kalau korang ada kawan jenis yang suka sampai menyampai nie tolong la berhati-hati dalam percakapan u alls..kawan jenis nie depan korang mak ai..alim bebenar,belakang masyaallah kalah hantu setan semua..kawan jenis nie suka memutarbelitkan percakapan korang..lain korang cakap,lain pulak dia pergi sampaikan...so kalau nak bersahabat jangan la jadi minah kepoh..sikit-sikit nak cerita kat orang lain..tue memang lelah ngan perangai dia...biasanya nie kat the girls la...
P/S:Aku pantang kawan-kawan yang cuma cari aku untuk bisnes contohnya Multi Level Marketing (MLM) nie..aku nie dah la jenis tak ada duit..lain la kalau aku nie jutawan,berapa juta pun aku sanggup..kalau orang tolak cara baik dia still paksa...isshh (angguk2 geleng2 kepala)

Sedarlah...Anda Itu Seorang Muslim

Majoriti rakyat malaysia di negara ini adalah merupakan penganut yang beragama islam...korang semua tahu tak pasal benda nie???..kalau tak tahu tak yah mengaku jadi anak Malaysia ye...So ari nie aku nak bercakap pasal Individu yang dipanggil muslim...kalau ikut pandangan aku..orang yang dipanggil Muslim ini adalah orang yang beragama Islam.
So kenapa aku nak timbulkan isu nie...sebabnya satu je,aku tengok ramai orang zaman sekarang tidak berpuasa...alahai korang tak percaya???tengok je tmpat aku kerja..customer-customer datang kat tempat aku kerja tuk beli makanan..yang peliknya lelaki....kalau perempuan acceptabble lagi la sebab diorang ada warranty ABC (ALLAH BERI CUTI) yang diberi khas hanya untuk kaum hawa sahaja...dah la beli air ngan roti waktu pagi-pagi..baru berapa jam kita semua berpuasa....waktu berbuka pun lambat lagi,nampak bebenor nak menipu... tue korang nak kata apa..kalau lelaki yang beli tue budak kecik...tak la gak..nie yang dah besar gajah macam pun ada lagi...berjannggut pulak tue...tak malu betul kat orang lain...
CREDIT TO : Kubakoya (blog yang tak berapa menjadi)
Kang kalau aku nak tegur kang mulalah keluar ayat-ayat dramatic untuk menyelamatkan diri..contohnya " abang gastrik la adik,sebab tue la abang tak boleh nak puasa ".Kalau betul gastrik tak pa la..nie tak,bohong je lebih..malu la sikit...kita nie kat orang lain,masyarakat dekat sekeliling kita ini memerhati gerak-geri kita..kalau tak nak malu dengan aku pun..malu la dengan ALLAH..ok fine,korang nak kata aku busybody...tolong lah i pun tak suka nak jaga tepi kain orang..tak nak pun sebenarnya, meluat lagi ada lah..
Tapi bila difikirkan balik..siapa lagi nak tegur kalau bukan kita...takkan la nak mengharap ustaz-ustaz nak tegur,masalahnya ustaz tue pun banyak juga kerja..so kewajipan tu jatuh la pada kita...aku tak nak..pada hari pembalasan nanti..AllAH tanya apa yang aku buat bila ko tengok orang tu tak puasa???.aku nak jawab apa???..aku tak nak kena bakar dalam neraka..tak pasal-pasal...kat dunia nie pun dah panas sampai pasang air-cond....kat neraka lagi la..
So ko tanya balik kat orang-orang yang tak puasa kat luar sana tue yang mengaku dia tue beragama Islam..dia tergolong dalam kategori mana rukhsah yang aku provide kan kat u alls kat bawah nie..meh sini korang tengok...
 Ok, so kalau korang tak tergolong dalam rukhsah nie...jangan la saja-saja mencari sebab untuk menguzurkan diri tak nak berpuasa...tue nampak la sangat pembohong besar..ingat PUASA itu tergolong dalam satu rukun islam yang telah tetapkan..nanti bala yang ALLAH turunkan,tak tertanggung nanti...ingat AllAH kalau nak balas ..dia balas CASH je..hutang tak main..u know
By the way..tak payah la...kalau tak puasa tue nak menampakkan diri anda puasa...manusia di sekeliling anda tu tahu hakikat diri anda..semuanya bukan budak-budak darjah satu lagi yang baru nak jolok buah cempedak di luar pagar,kalau salah tolong tunjukkan..semuanya pandai menilai..yang masih belum bertaubat lagi tue..silalah bertaubat,ingat ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyanyang...
P/S: Baru tengok ramadhan terakhir kot kat tv3..pelakon kat tv tu melakonkan babak yang menunjukkan dirinya tak berpuasa n then dia cakap "tak yah la nak puasa-puasa nie,hak siapa nak judge aku".Kalau aku pelakonnya of course aku jawab "hak ALLAH la,sudah semestinya bukan hak aku".

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...