Showing posts with label UiTM Degree Life. Show all posts
Showing posts with label UiTM Degree Life. Show all posts

Tuesday, 17 September 2013

Jalan-Jalan di Setia City Mall..


Semalam sempat berjalan dengan kawan-kawan ke Setia City Mall dekat dengan Bandar Setia Alam sana. Mula-mulanya semua bersetuju untuk menaiki bas yang disediakan oleh pihak pengurusan Setia City Mall. Bas yang disediakan oleh pihak pengurusan Setia City Mall itu kebiasaannya akan melalui seksyen 2 dan akan singgah sebentar untuk mengambil penumpang-penumpang kat situ. Kalau tak nak naik bas yang disediakan oleh Setia City Mall pun tak pa, naik je la bas U90 yang disediakan oleh rapidkl.Cumanya kena bayar tambang RM 2. Kalau anda jenis yang mahir tentang selok belok jalan, maka anda amatlah digalakkan melalui jalan ini

Hari itu, memang la pada mulanya plan nak naik bas yang disediakan oleh setia city mall tapi nak dipendekkan cerita, aku kena tinggal dengan bas tersebut walhal kawan-kawan lain semua dah naik. Nak tak nak terpaksa menunggu bas U90 tu sampai. Setengah jam menunggu, baru la boleh naik bas tu. Sepanjang perjalanan, banyak membisu dek kerana tak tahu nak buat apa dalam bas tu. Kebetulan pula hari tu jatuh pada 16 september, maka ramai la budak-budak yang baru nak balik ke UiTM Puncak Alam kerana esoknya kuliah akan bermula. All the way, nak pergi setia city mall tu pula terpaksa berhimpit-himpit dengan budak yang akan balik ke kolej. Fuhh, memang padat la sampaikan dah tak sabar nak sampaikan dalam dalam hati tu penuh dengan doa minta cepat-cepat sampai ke tempat yang nak dituju. Ramai sangat perempuan dalam bas tu, sampaikan tak tahu nak letak muka kat mana.

Sampai je dekat sana, mula start call geng-geng yang dah sampai awal tadi tanya diorang kat mana. Nasib baik diaorang ada berdekatan kawasan situ juga. Fuhh, lega rasanya kalau tak satu kerja pula nak cari diaorang semua. Akhirnya ambil keputusan untuk jumpa dekat MPH memandangkan aku pun tak familiar dengan tempat tu dan MPH je board dia lebih besar daripada yang lain.

Bila dah jumpa geng yang tadi, kitaorang sempat la berlegar-legar dalam kedai buku MPH tu dan hasil daripada penerokaan kat dalam tu sempat la beli 2 buah buku iaitu "WTF, 23 HARTANAH SEBELUM BERUMUR 30" karya Faizul Ridzuan dan "MAGIS" karya Ramlee Awang Murshid. Kedua-dua buah buku ni memang rancang nak beli pun.

Dah selesai shopping sakan, kitaorang pun decide nak pergi makan sebabnya perut pun dah berbunyi minta diisi. Makan kat foodcourt je tapi bila fikir balik makanan kat situ pun okay juga rasanya. Tak sempat nak snap gambar makanan time tu sebabnya dah lapar sangat. Tapi yang surprisenya hari tu adalah diorang dah beli kek untuk sambut birthday aku yang dah lepas...terharu gila. Walaupun tak seberapa, tapi gembira sebab ada orang ingat birthday aku.


Lepas siap makan, sempat juga teman diorang shopping untuk kali kedua dan snap gambar waktu dekat sana.Lepas tu pergi solat asar sekejap sebelum bertolak balik ke Shah Alam.

 


 

 

Thursday, 24 January 2013

Ego Racun Dalam Perhubungan.

Ego merupakan perasaan bangga diri terhadap kehebatan sendiri yang merangkumi dari segi harta, nama dan keturunan. Individu yang ego merupakan induvidu yang sukar untuk meminta maaf walaupun kadang-kadang silapnya itu datang daripada kesalahan diri sendiri. Perasaan ego ini merupakan racun di dalam perhubungan kerana ego yang tidak terkawal ini boleh merosakkan perhubungan persaudaraan yang telah terbina sekian lamanya. Saya juga merupakan individu yang kuat egonya pada suatu ketika dahulu. Orang ego ini kadang-kadang merasakan dirinya adalah yang terbaik dalam kalangan rakan-rakan ataupun dalam semua bidang pekerjaan.
Perasaan ego sukar untuk di hakis dan jika tidak dibanteras dengan cahaya keimanan dan ketakwaan kita khuatir perasaan ini akan menjauhkan masyarakat daripada kita kerana takut kemarahan kita memberi tempias kepada mereka. Saya merasa terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan blogger dan pembaca yang lain tentang buruknya sikap ego ini di dalam kehidupan seharian kita. Biarlah perkongsian yang saya lakarkan di sini dapat kita ambil iktibar dan teladan dalam kehidupan seharian. Umur kita semakin meningkat daripada saban tahun ke tahun, malah kehidupan kita pada hari ini akan membuatkan kita tertanya-tanya adakah amalan yang kita lakukan pada hari ini sudah cukup untuk di bawa ke kampung halaman yang abadi iaitu akhirat.

Pada semester dua yang lalu pihak UiTM telah menganjurkan satu program yang dinamakan Survival Mahasiswa yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Alhamdullilah sepanjang program itu berlangsung hampir mengalir air mataku ini kerana hujah-hujah yang diguna pakai oleh fasilitator itu banyak menunjukkan keagungan tuhan yang Maha besar. Antara point yang menyentuh hati ialah ada satu video yang menunjukkan permukaan bumi yang bulat dan ada manusia di atasnya. Kemudian permukaan bumi itu dijauhkan lagi dan kelihatanlah permukaan bumi yang dikelilingi oleh laut,gunung ganang dan sebagainnya. Kemudian dibesarkan lagi dan dibandingkan pula dengan planet-planet lain dan bumi juga turut dibandingkan dengan Matahari. Masyaallah,besar sungguh kekuasaanmu Ya Allah jika hendak dibandingkan dengan diriku yang kerdil ini, aku bermolog sendirian. Apa yang hendak tonjolkan di sini ialah kita sebagai manusia sangat kerdil di dalam alam semesta ini, kita umpama semut api yang kecil di atas muka bumi apatah lagi di sisi tuhan. Cuba lah anda tanya diri anda,adakah perasaan ego anda itu besar di sisi Tuhan?. Kenapa kita harus ego, sedangkan hidup kita ini terlampau singkat di atas muka bumi Allah ini.

Kadang-kadang saya bermonolog sendirian apabila mengenangkan sikap ego yang pernah saya lakukan. Perasaan menyesal itu mula menyelit bila menyedari kesalahan yang telah saya lakukan, ya!! perasaan ego memang seronok ketika kita sedang melakukannya tapi penyesalan yang datang selepas itu pasti membelit umpama ular. Sikap ego yang kita lakukan mungkin terjadi tanpa kita sedari tetapi seharusnya apabila kita menyedari kesalahan kita seelok-eloknya jadilah orang yang pertama meminta maaf.Jangan tunggu sehingga ianya menjadi barah dan sukar untuk disembuhkan, kerana ego yang kita lakukan pada hari ini mungkin akan menyebabkan kita menolak kebenaran pada suatu hari nanti. Cuba kita fikirkan pada suatu hari nanti kita semua akan mati dan tempat kembali kita adalah tanah...adakah pada hari itu,sikap ego mampu untuk menolong kita?.
Wallahu a'lam.
 

Tuesday, 22 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013..

Alhamdullilah sedar tak sedar kita sudah pun memasuki tahun 2103. Lama sudah aku abaikan blog ini,tak berkesempatan nak menjengoknya maklumlah ditambah pula dengan kesibukan pengajian dengan jadual kuliah yang padat. Semester 3 pada tahun lepas sangat mencabar buat diri aku.Senggang masa di antara setiap jadual peperiksaan yang sedikit membuatkan aku stress.Masa seminggu yang diperuntukkan oleh pihak Universiti UiTM membuatkan aku menghabiskan kebanyakan masaku di perpustakaan dan boleh dikatakan itulah rumah keduaku.Tapi aku tidak mampu bertahan lama di pepustakaan untuk mengulangkaji.Sesudah subjek DYNAMIC & VIBRATION aku pasrah.Mungkin kerana aku tidak mampu untuk menjawab soalan peperiksaan tersebut dan aku hanya mampu menulis segala formula yang bermain di mindaku.Perpustakaan tidak lagi menjadi rumah keduaku kerana apabila ramai para pelajar beransur pulang suhu di dalam perpustakaan semakin sejuk dan semakin mengcengkam tulang-belulangku ini sebaik sahaja jam melangkah pukul 4.00 pagi.


Minggu ke-2 selepas subjek Dynamic, Perpustakan bukan lagi pilihan yang tepat untuk belajar.Fobia dengan kesejukan yang melampau aku beralih ke fakulti dan belajar bersama-sama rakan-rakanku yang lain.Hanya 3 hari sahaja masa yang kami ada sebelum peperiksaan yang seterusnya bermula.Subjek yang seterusnya adalah ELECTRICAL POWER AND MACHINES in short subjek elektrik la,subjek ini la yang menduga aku dan rakan-rakanku yang lain.Maklumlah kami mempunyai masalah dengan pensyarah yang mengajar kami bagi subjek ini.Kami terpaksa bertukar pensyarah untuk subjek ini dan ini adalah pensyarah yang kedua yang kami ada.Nasib menyebelahi kami apabila pensyarah ini memahami kami sebagai pelajarnya.Maknanya adalah mutual trust diantara satu sama lain tu.Berhempas pulas aku untuk menguasai subjek ini dalam tempoh 3 hari.Aku sangkakan subjek ini boleh dikuasai dalam masa yang singkat tapi sangkaan aku meleset.Wait,wait,wait...aku tidaklah sekadar membaca untuk subjek tu saja wei,latihan final pun aku buat but you see knowledge isn't something you can master in a few days.It has to be nurtured slowly before you can master it well. Soalan peperiksaan akhir untuk subjek tu nak kata susah pun tak de la susah tapi as I said before knowledge isn't something you can master in a few days and dalam exam tu I know when i make mistake jawapan akhir dia mesti akan larilah punya.


Tinggal lagi dua kertas sebelum cuti semester bermula,Kebanyakan rakan-rakan aku pun dah tak sabar nak bercuti tapi kitaorang berada dalam saat yang getir dalam hidup kami.Nak tahu kenapa,pada 13 JANUARI ada satu kertas peperiksaan akhir dan 14 JANUARI pun ada satu kertas peperiksaan.Perkara yang menjadikan kami tidak tentu hala ialah kesuntukan masa,masa merupakan satu aset yang tidak kami miliki ketika itu.Masa adalah musuh kami dan ketika itu satu sahaja yang bermain dalam fikiranku seandainya masa mampu dihentikan,sudah tentu akulah orang yang pertama menjerit kesukaan.Tapi itu adalah satu perkara yang mustahil bukan.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengulangkaji subjek yang mana peperiksaannya paling dekat sekali iatu CALCULUS senang cerita matematik.Banyak formula yang perlu dingat dan kalau tak ingat segala rumus-rumus tu jangan bermimpi lah nak jawab soalan tu dengan senang hati. Perkara yang aku takuti itu berlaku kat aku.Dalam soalan yang terakhir aku tak ingat formula matematik itu.Punya Selawat banyak kali pun idea still tak datang-datang juga.Akhirnya aku ambil keputusan untuk pasrah.Well orang kata inilah akibatnya kalau belajar last-last minute and that is what happen to me you see.

Paper matematik tu habis pukul 5.15 petang.Sebaik sahaja habis paper tu,aku terus bergegas balik ke rumah untuk solat asar dan seterusnya kembali semula ke fakulti untuk sambung belajar untuk peperiksaan yang seterusnya.Makan aku beli je benda yang aku nampak ada kat kedai.Tak sempat pun nak rehatkan otak sangat terus sambung belajar untuk subjek yang seterusnya iaitu STRENGTH OF MATERIAL.Well kali ni aku siap beli Redbull untuk tak bagi mengantuk.This is first time aku minum redbull,sebelum ni aku tak pernah sentuh pun redbull pandang pun tak nak.Biasanya aku prefer Nescafe but bila minum nescafe confirm aku akan dehydration and the worst part is aku akan ada Ulser dekat aku punya mulut, dan untuk mengatasi tu aku terpaksa minum air dalam kuantiti yang banyak.Tak sanggup nak kena ulser that why aku pilih untuk minum redbull.That quite an explanation over there and i hope you still tune in with me.



Belajar punya pasal,sedar tak sedar dah masuk pukul 4.00 pagi exam esok pukul 2.15 petang.Hajat hati mula-mula nak stay up sampai ke pagi tapi waktu tu, otak aku dah tak boleh nak process maklumat dah sebab terlalu penat sangat.Mata pun dah mengantuk sangat,waktu ramai orang dah tak ada group study yang lain pun ramai dah beransur balik.Nak dipendekkan cerita akhirnya aku cakap kat diri aku seandainya aku kena repeat subjek ni pun aku tak kisah,sebab waktu tu memang dah pasrah,banyak lagi topik tak sempat nak baca dan faham sepenuhnya.Mata dah kuyu dan akhirnya aku ambil keputusan balik ke rumah dan dapatkan tidur sebelum sambung belajar balik esok.


Pukul 7.00 pagi,nasib baiklah housemate kejutkan kalau tak memang hangus la subuh waktu tu.Terus cepat-cepat bangun dan solat sebelum bergerak ke fakulti.Aku selalu pergi fakulti awal-awal sebab aku malas nak berebut parking motor dengan orang lain maklumlah bukan kita sorang je yang exam kan.Orang lain pun sama."Sikit je lagi aku kuatkan hati,lepas ini kita akan merdeka" aku bermonolog sendirian.Lepas cakap macam tu hati pun dah rasa okay dan sambung belajar macam biasa, niat nak repeat-repeat tu dah buang jauh-jauh dan rasa bersemangat tu datang balik.Perasaan gementar tu masih ada dan waktu tu aku just belek-belek je mana yang aku rasa tak baca semalam.But well,dalam exam petang tu,aku gadaikan soalan 15 markah macam tu je sebabnya aku tahu nak buat soalan tu macam mana.Langsung tak ingat tapi hati still rasa lega sebab soalan lain boleh buat.

Kesimpulannya,aku tak nak berharap apa-apa untuk semester ini.All that i can hope is i will pass with flying colours but kalau dapat keputusan yang lain daripada tu.aku still akan redha sebab usaha dah usaha.Itu semua kita serahkan pada tuhan.Aku cuma berharap dengan peningkatan usia aku ini aku mampu menjadi manusia yang bertambah amalnya dan bukannya manusia yang semakin penuh dengan kejahilan.


 ASSALAMUALAIKUM.


Tuesday, 10 July 2012

First year done!!!! yeah..

who is this person?. makes me wonder..
Alhamdullilah bersyukur sangat-sangat, sebab pejam celik-pejam celik dah habis pun semester pertama dekat Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai budak mekanikal dan aku harap result aku untuk semester nie okay dan mudah-mudahan diri aku lulus dengan cemerlang n same goes to my  friends.Hope u guys enjoy your holiday dan jangan lupa amal ibadat waktu ramadhan nanti.

Answer booklet untuk paper final..just for fun
preparing 4 the upcoming exam...
friends that always by my side....

Monday, 9 July 2012

TenTang Kawan

Kawan kesetiaannya tidak mampu dibeli.
Kawan adalah insan yang paling rapat dengan kita selepas ibu bapa. Juga seorang individu ataupun kumpulan yang sering bersama-sama dengan kita dikala susah ataupun senang. Insan yang senang untuk kita berbicara daripada bermacam-macam aspek-aspek seperti bola bagi lelaki dan fesyen  bagi perempuan dan berbagai-bagai lagi tapi itu bukanlah persoalan yang utama pada kali ini. Hal ini adalah kerana kawan adalah satu keperluan untuk setiap individu yang bergelar manusia. Manusia perlu bersosial dan juga perlu didengar dan dengan adanya hubungan yang bergelar “ Kawan” maka manusia bebas untuk meluahkan segala yang terpendam di lubuk hati.
'' Tekun dan rajin" itulah moto kami.
 
Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai apa maknanya berkawan dalam kehidupan ini, kerana dengan berkawanlah aku dapat merasai salah satu nikmat dalam kehidupan. Tak payah merenung jauh, walaupun kadang-kadang kawan itu menyakitkan hati kita dengan perangainya yang gila-gila, tapi percayalah yang gila-gila itulah yang akan kita imbas kembali sewaktu kita tua nanti ataupun waktu kita duduk berseorangan dalam bilik sebelum tidur. Kawan memainkan peranan yang begitu besar dalam kehidupan, walaupun bukanlah semuanya yang indah-indah belaka tapi pesanan LUKMAN AL-HAKIM kepada  anaknya yang tercinta masih terpahat di lubuk ingatan,

“Wahai anak ku, jika kamu ingin mengetahui siapa sahabat mu yang sejati,ujilah ia dengan membuatnya marah dan jika ia mampu bersabar dengan kerenahmu, maka ketahuilah bahawa ia lah sahabat sejati”.

Dalam memilih kawan, Islam telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu kita ikuti dalam memilih sahabat antaranya ialah sahabat kita itu hendaklah seseorang yang mampu membimbing kita kearah jalan yang benar. Misalnya adakah sahabat kita itu seorang yang mengambil berat tentang solatnya, ataupun adakah sahabat kita ambil mudah tentang solatnya. Inilah kriteria yang perlu diambil kira dalam memilih sahabat namun, kadang-kadang kita tersalah membuat pilihan dengan salah memilih kawan TETAPI  jika kita mampu untuk menarik sahabat kita itu kearah jalan yang benar maka bantulah sahabat kita itu dengan harapan dia akan berubah.
"Bersatu teguh, bercerai roboh"
Aku juga bersyukur kerana dengan sikapku yang tidak seberapa “Perfect” ini masih ada kawan-kawan yang sudi untuk mendampingi aku membantu aku tatkala aku menghadapi kesukaran dan ingatlah walaupun kawan kita itu banyak kekurangan daripada segi rupa,sikap dan sebagainya  namun jangan kita biarkan “keburukan seseorang itu mengaburi kebaikan yang pernah dihulurkan mereka kepada kita”.  Sepanjang aku berada di sekolah kehidupan ini, banyak pengalaman yang pernah aku lalui namun aku percaya dengan apa yang kita lalui ini akan menjadikan kita seseorang yang lebih matang dalam kehidupan dan percayalah apa yang kita lalui pada hari ini apabila dikenang kembali suatu hari nanti akan melakarkan senyuman di pipi kita. Disini, aku selitkan gambar aku dan rakan ketika membuat persiapan FINAL EXAM UiTM baru-baru ini untuk tatapan semua.
P/S: we as human, can never stands alone..but sometimes we need to be alone in order to reflect ourself. Is that true?. Think about it.

Friday, 30 March 2012

Hectic Life Kat U !!

Can i rest like this??.
Guys n girls minggu nie,betul2 aku rasa tertekan sangat, untuk pengetahuan semua semester nie aku kena jadi pengarah program untuk satu event kat fakulti aku...so bermula la tugas aku yang kerdil nie..tanpa ada apa2 pengetahuan tentang cara2 untuk menguruskan program,terpaksa la aku bertanyakan senior-senior yang dah pengalaman macam nak buat kertas kerja & kena telefon agensi berkenaan untuk bertanyakan soalan-soalan yang patut ditanya bagi memudahkan urusan untuk menaip kertas kerja itu.


Tapi minggu nie memang hectic n penat sebab aku berulang-alik naik bus nak masuk dalam kampus,Aku selalu datang awal ke kampus, bajet aku nak menelaah dulu sebelum masuk ke kelas kat perpustakaan tapi sampai je kat library..ada je la urusan pasal kertas kerja tu aku kena setelkan..study semua entah ke mana. Kena lak subjek yang aku nk belajar pagi tu sebelum masuk ke kelas ada quiz mengejut yang lecturer aku buat...apa lagi kelam-kabut la,masuk kelas terus duduk belakang (selalu aku la yang duk depan) sebab tak baca n duk belakang boleh la aku tanya2 orang ( even hati kata benda nie tak betul) tapi terpaksa.
Seronok jadi macam patrick nie enjoy je, tak payah nak fikir apa2
Tangan terketar-ketar menyudahkan quiz yang lecturer tu bagi. Petang tu pula aku ada kokurikulum yang aku kena attend (wajib tuk sem 1,2 n 3) memandangkan aku semester 2 so aku kena la pergi..Aku ambil kokurikulum PENGUCAPAN AWAM iatu bahasa mudahnya Public Speaking Bahasa Melayu. Sampai sana, lecturer untuk subjek tu dah bagi tajuk untuk setiap individu bagi ucapan kat depan nanti N aku dapat tajuk "HALA TUJU BOLA SEPAK MALAYSIA". Aku rasa frust sangat,even aku lelaki aku dah la tak tahu sangat pasal bola sepak Malaysia nie...ye la aku bukan peminat tegar bola sepak...hati aku menjerit nak mintak tukar tajuk tapi apakan daya rasa malu aku menebal sangat, maklumlah kelas aku tu dah perempuan ramai mesti diorang ingat pelik kalau aku lelaki mintak tukar tajuk..Apa lagi aku rasa dunia nie dah gelap sangat  dan ini menjadikan aku pendiam untuk sepanjang hari tue.

Minggu ini aku rasakan panjang dan tersangat letih kerana pelbagai assignment yang perlu disiapakan dan tugas aku semakin bertambah dan masa rehat sudah menjadi sedikit. Itu la yang membuatkan jiwa aku memberontak..aku selalu balik pukul 6 atau 7 petang, budak medik yang dekat ngan fakulti aku pun pukul 5.00 petang dah balik,aku nie belum lagi nk jadi engineer pukul 7 baru sampai kat kolej..That is not fair,okay.
Anyway kalau aku merungut sangat pun tak bagus sebenarnya sebab tak bagus untuk aku sebagai seorang lelaki (perempuan mana nak lelaki yang kuat merungut) tapi aku sangat tertekan, inilah caranya aku nak kurangkan bebanan jiwa nie.Kalau korang baca nie n it seem very annoying aku minta maaf sebabnya aku kena jujur dengan diri aku,bahawa i am not perfect dan lagipun inikan satu cara yang bagus nak releasekan stress. Hmm lupa nak mention, lepas solat jumaat tadi aku baru je hantar proposal tu dekat timbalan dekan nk suruh dia sain,fuhh lega sangat n Alhamdullilah syukur.


P/S: Anyway minggu nie aku kena study jugak even aku dapat anugerah dekan sem lepas,sem nie tak boleh rilek sangat..nanti aku merana waktu dekat nk exam nanti.

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...