Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Sunday, 15 September 2013

Selamat Hari Malaysia.

 

Esok pada hari isnin, kita akan menyambut hari Malaysia. Hari Malaysia ini biasanya disambut 16 september setiap tahun. tujuan sambutannya adalah untuk menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.Namun, kita semua tahu bahawa kemudiannya Singapura menarik diri daripada menyertai Malaysia.

bendera tu sangat cantik bila kena sinaran matahari tu....

Alhamdullilah, Malaysia dah genap 50 tahun merayakan Hari Malaysia. Bangga dengan kejayaan yang telah dikecapi Malaysia setakat ini. Pencapaiannya membuatkan aku bangga dilahirkan di Negara yang berdaulat ini. 

Satu soalan yang ada dalam otak ini, adakah generasi muda seperti aku masih ingat tentang Hari Malaysia ini..kalau tak ingat, harap-harapnya mereka sedar tentang kepentingan Hari Malaysia ini disambut pada suatu hari nanti.Jangan lah hanya tahu merayakannya dengan kibar bendera dan tahu cuti bila tiba 16 september tetapi tidak tahu kepentingan Hari Malaysia ini. Alangkah ruginya kan...

Tidak semua orang suka subjek sejarah, dan akan buka buku hanya untuk ambil tahu pasal tarikh ini dan apa yang pentingnya dan kaitannya dengan diri kita kan?. Tapi kalau la benda ini melibatkan negara dan tanah tumpah darah kita, sekurang-kurangnya ambil la kisah sedikit. Tidak banyak pun tidak mengapa tetapi yang penting kita tahu.

Anyway, tadi godek-godek youtube n tiba-tiba jumpa video dari halaman Nurul Izzah Anuar n rasa sangat patut dikongsi untuk semua orang tengok. Klip video yang simple tapi cukup bermakna n sangat sweet.

 

p/s: Selamat Hari Malaysia..semoga kita semua terus bersatu pada dalam negara yang berbilang bangsa ini. Till next time okay.

Thursday, 24 January 2013

Ego Racun Dalam Perhubungan.

Ego merupakan perasaan bangga diri terhadap kehebatan sendiri yang merangkumi dari segi harta, nama dan keturunan. Individu yang ego merupakan induvidu yang sukar untuk meminta maaf walaupun kadang-kadang silapnya itu datang daripada kesalahan diri sendiri. Perasaan ego ini merupakan racun di dalam perhubungan kerana ego yang tidak terkawal ini boleh merosakkan perhubungan persaudaraan yang telah terbina sekian lamanya. Saya juga merupakan individu yang kuat egonya pada suatu ketika dahulu. Orang ego ini kadang-kadang merasakan dirinya adalah yang terbaik dalam kalangan rakan-rakan ataupun dalam semua bidang pekerjaan.
Perasaan ego sukar untuk di hakis dan jika tidak dibanteras dengan cahaya keimanan dan ketakwaan kita khuatir perasaan ini akan menjauhkan masyarakat daripada kita kerana takut kemarahan kita memberi tempias kepada mereka. Saya merasa terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan blogger dan pembaca yang lain tentang buruknya sikap ego ini di dalam kehidupan seharian kita. Biarlah perkongsian yang saya lakarkan di sini dapat kita ambil iktibar dan teladan dalam kehidupan seharian. Umur kita semakin meningkat daripada saban tahun ke tahun, malah kehidupan kita pada hari ini akan membuatkan kita tertanya-tanya adakah amalan yang kita lakukan pada hari ini sudah cukup untuk di bawa ke kampung halaman yang abadi iaitu akhirat.

Pada semester dua yang lalu pihak UiTM telah menganjurkan satu program yang dinamakan Survival Mahasiswa yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Alhamdullilah sepanjang program itu berlangsung hampir mengalir air mataku ini kerana hujah-hujah yang diguna pakai oleh fasilitator itu banyak menunjukkan keagungan tuhan yang Maha besar. Antara point yang menyentuh hati ialah ada satu video yang menunjukkan permukaan bumi yang bulat dan ada manusia di atasnya. Kemudian permukaan bumi itu dijauhkan lagi dan kelihatanlah permukaan bumi yang dikelilingi oleh laut,gunung ganang dan sebagainnya. Kemudian dibesarkan lagi dan dibandingkan pula dengan planet-planet lain dan bumi juga turut dibandingkan dengan Matahari. Masyaallah,besar sungguh kekuasaanmu Ya Allah jika hendak dibandingkan dengan diriku yang kerdil ini, aku bermolog sendirian. Apa yang hendak tonjolkan di sini ialah kita sebagai manusia sangat kerdil di dalam alam semesta ini, kita umpama semut api yang kecil di atas muka bumi apatah lagi di sisi tuhan. Cuba lah anda tanya diri anda,adakah perasaan ego anda itu besar di sisi Tuhan?. Kenapa kita harus ego, sedangkan hidup kita ini terlampau singkat di atas muka bumi Allah ini.

Kadang-kadang saya bermonolog sendirian apabila mengenangkan sikap ego yang pernah saya lakukan. Perasaan menyesal itu mula menyelit bila menyedari kesalahan yang telah saya lakukan, ya!! perasaan ego memang seronok ketika kita sedang melakukannya tapi penyesalan yang datang selepas itu pasti membelit umpama ular. Sikap ego yang kita lakukan mungkin terjadi tanpa kita sedari tetapi seharusnya apabila kita menyedari kesalahan kita seelok-eloknya jadilah orang yang pertama meminta maaf.Jangan tunggu sehingga ianya menjadi barah dan sukar untuk disembuhkan, kerana ego yang kita lakukan pada hari ini mungkin akan menyebabkan kita menolak kebenaran pada suatu hari nanti. Cuba kita fikirkan pada suatu hari nanti kita semua akan mati dan tempat kembali kita adalah tanah...adakah pada hari itu,sikap ego mampu untuk menolong kita?.
Wallahu a'lam.
 

Wednesday, 23 January 2013

5 Langkah Mudah Untuk Bahagia.

Bahagiakah aku?. Cuba tanya soalan ini dekat diri sendiri, tutup mata cuba jawab soalan ini dengan sejujurnya. Jika jawapan yang lahir daripada mulut anda adalah tidak bahagia, marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita kembali punca hidup ini tidak bahagia. Pada penulisan kali ini saya ingin membincangkan cara-cara untuk kita hidup bahagia.Sejujurnya untuk bahagia kita perlu tahu punca kita tidak bahagia, namun isu tersebut insyaallah saya akan cuba kupas pada penulisan yang akan datang. Kebanyakan punca kita tidak hidup bahagia dengan kehidupan kita ialah berpunca daripada hati. Hati adalah kunci utama untuk kita bahagia, jika hati kita penuh dengan perkara-perkara yang melalaikan dan penuh dengan dosa, kita pasti akan merasa resah dan gelisah.
Kenapa saya berkata sedemikian, hal ini adalah berkait rapat dengan sabdaan Rasullulah sendiri yang mana saya cuba sebutkan semula dan jika saya tersalah diharap para pembaca dapat membetulkan saya "Dalam diri anak adam terdapat seketul daging yang mana jika daging itu baik,maka baiklah keseluruhan jasadnya dan seketul daging itu adalah hati".

1) Solat di awal waktu tanpa melengah-lengahkannya. Solat adalah penenang jiwa bahkan ubat yang terbaik bagi segala kekusutan hidup. Ya memang tidak dinafikan solat adalah ubat yang paling mujarab dalam memberi ketenangan kepada kehidupan kita. Kenapa saya berkata demikian,hal ini kerana apabila kita menunaikan solat kita secara tidak langsung berkomunikasi dengan Allah secara LIVE tanpa ada apa-apa hijab di antara kita dengannya. Setiap patah perkataan yang kita ucapkan di dalam solat kita adalah doa sebenarnya. Jika ada yang berkata solat yang pernah dilakukan tidak mampu untuk memberi kebahagiaan dan ketenangan di dalam hidup, cuba muhasabah solat kita adakah solat kita itu telah mencapai piawain yang ditetapkan. Maksud saya di sini sempurna rukunnya dan tertib perlakuan solatnya. Saya akui kelemahan saya sebagai insan kadang-kadang menyebabkan saya lambat dalam mengerjakan solat, namun marilah kita sama-sama memperbaiki urusan agama dalam kehidupan seharian kita ini.
2) Banyakkan berdoa kepada Allah dan bukannya menceritakan masalah itu kepada manusia. Kadang-kadang apabila kita menghadapi masalah kita seringkali menjadikan teman rapat kita tempat untuk meluahkan masalah dan tempat untuk meminta pandangan. Namun, kita harus ingat kebergantungan yang utama adalah kepada Allah dan bukannya makhluk. Ya, teman kita mampu mendengar semua luahan dan keluh kesah jiwa kita tetapi adakah teman kita mampu menyelesaikan semua masalah kita. Jika tidak meluahkan masalah itu kepada teman rapat pasti twitter dan facebook menjadi tempat kita untuk meluahkan perasaan bukan?. Ketahuilah rakan-rakan bahawa semua itu bersifat sementara,apalah gunanya jika kita meluahkan perasaan di twitter dan facebook jika ada penyesalan yang datang bertandang di kemudian hari. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. DIA sentiasa punya waktu 24 jam untuk dirimu,jika kita mengadukan masalah kepada manusia kadang-kadang mereka pun tidak mempunyai waktu untuk kita.kenapa harus mencari yang lain?.
3) Banyakkan membaca Al-quran dalam kehidupan seharian. Al-quran adalah kitab suci yang telah ditinggallkan oleh Rasullulah kepada umatnya iaitu kita.Namun jarang sekali kita hendak membelek dan mebaca lembaran surat-surat cinta firman Allah itu. Cuba kita muhasabah diri kita,berapa kali kita membaca lembaran ayat cinta itu dalam kehidupan seharian?. Adakah 2 kali,3 kali atau kita tidak mengusiknya langsung. Al-quran adalah penawar segala penyakit,yang mampu mengubati segala penyakit hati manusia. Cuba kita baca Al-quran dan hayati bait-bait kata yang terkandung dalam Al-quran itu ,saya pasti jiwa kita akan menjadi tenang dan lebih bahagia selepas membacanya.

4) Banyakkan zikir dan selawat ke atas Rasullulah dalam kehidupan seharian. Zikir dan selawat adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan orang-orang yang beriman. Hal ini bersesuain dengan firman Allah dalam kitab sucinya Al-quran yang menyebut "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati pasti akan menjadi tenang". Hidup kita ini dilalaikan dengan pelbagai hiburan yang mengasyikkan sehingga kita kadang-kadang lupa untuk mengingati Allah.Malah akibat pengaruh daripada arus kemodenan menyebabkan kita memilih muzik ketika kita menghadapi masalah.Muzik rancak menjadi peneman setia ketika menghadapi masalah.Namun tahukah kita,bahawa semua itu tidak mampu menyelesaikan masalah itu dan hanya mampu memberi kelegaan untuk tempoh yang sementara.Alangkah indahnya jika kita menghadapi masalah dan yang bermain-main di bibir kita ketika itu adalah kalimah zikir ataupun selawat, saya percaya semua masalah yang bermain di fikiran ketika  itu pasti menjauh.Malah saya pernah melakukan semua itu, dah Alhamdullilah hasilnya mampu memberi ketenangan kepada jiwa saya malah menjadikan saya fokus dalam kerja saya selepas itu.


5) Banyakkan Senyuman dan lakukan perkara yang perkara yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Jika kita inginkan kebahagiaan,berilah kebahagiaan kepada orang lain kerana " orang yang bahagia adalah orang yang membahagiakan orang lain ". Prinsip ini harus dipegang oleh kita yang mahukan kebahagiaan.Janganlah kita menjadi orang yang tidak membahagiakan di mana apabila orang lain bertemu kita,maka orang itu tidak menjadi bahagia. Senyuman juga memainkan peranan,ukirkan lah senyuman di pipi kita walaupun kadang-kadang itu adalah berat untuk dilakukan kerana senyuman itu mampu mengubah hati orang lain yang berduka lara menjadi bahagia. Berilah manfaat dalam kehidupan seharian kita,kerana kita sebagai seorang muslim dituntut untuk berkerjasama dalam perkara yang memberi kebaikan.

Wallahu a'lam.

Sunday, 15 July 2012

Rasullulah S.A.W Pencinta Alam Sekitar

Kebersihan sudah sinonim dengan ajaran islam itu sendiri, malah Rasullulah juga pernah menyebut kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Disini, jelas menunjukkan bahawa kebersihan adalah tanda keteguhan iman seseorang. Orang yang tidak mempedulikan kebersihan maka imannya kurang sempurna. Pada penulisan kali ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk mebincangkan soal kebersihan  yang semakin remeh dipandang oleh masyarakat dan juga saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan bahawa kebersihan adalah suatu tanggungjawab yang perlu diambil berat oleh kita semua. Tidak wajar bagi seseorang individu mengambil mudah isu ini apatah lagi jika individu itu membawa label sebagai seorang penganut agama Islam.Kebelakangan ini, saya semakin sedar bahawa isu kebersihan ini perlu diketengahkan agar masyarakat sedar kerana ini adalah tuntutan agama kita iaitu Islam.

Jika pada masa dulu saya adalah seorang yang mudah membuang sampah merata-rata,kini saya sudah sedar bahawa perbuatan ini adalah tidak elok untuk dilakukan.Mungkin pada masa itu saya jahil tentang perkara ini, tetapi semenjak saya memperoleh kesedaran ini saya sudah tidak lagi membuang sampah merata-rata kerana itu adalah perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab dan secara tidak langsung mencerminkan tindakan orang yang tidak berpendidikan. Tetapi jika kita lihat sekarang, ramai di antara kita walaupun berpendidikan tinggi tetapi masih mengamalkan perbuatan sebegini lantas membuatkan diri saya tertanya-tanya di manakah letaknya nilai ilmu yang diperolehi itu?. Jika tidak diguna pakai dalam kehidupan,mengapa kita perlu belajar tinggi hanya untuk memperoleh sekeping ijazah.Bukan untuk mengutuk, tapi lihatlah jika kita pergi ke pasaraya pasti kita akan dibekalkan dengan plastik jika kita membeli barang, walaupun plastik itu kadang-kadang hanya mengandungi satu barang.Saya kesal dengan sikap sebegini kerana barang-barang dibekalkan dengan plastik itu sebenarnya mampu di bawa oleh kita tanpa menggunakan plastik langsung.Saya memperbesarkan soal ini kerana plastik yang dibekalkan itu pada akhirnya pasti akan berakhir di dalam tong sampah.Malah kita, mengetahui bahawa untuk melupuskan satu plastik saja sudah mengambil jutaan tahun dan ini pada saya merupakan pembaziran.Pasti ada yang bertanya,kenapa tidak risau tentang penebangan hutan yang semakin berleluasa dan sebagainya, bukan saya tidak mempedulikan semua itu tapi bukankah bagus jika kita mulakan dari bawah dahulu, jangan terlampau memandang isu yang besar sehingga kita terlepas pandang isu yang kecil kerana daripada isu yang kecil inilah akan menjadi isu besar.

Nabi Muhammad merupakan seorang pencinta alam, walaupun baginda sibuk dengan tugasan beliau dalam menyebarkan agama islam namun,baginda tidak melupakan tentang alam sekitar.Kita kadang-kadang sibuk untuk mencontohi sunnah rasullulah s.a.w dalam kehidupan seharian tetapi berapa ramai yang mencontohi baginda dalam isu kebersihan.Malah saya lihat, isu ini kian dipandang sepi oleh umat islam sendiri dan jika dibandingkan dengan orang bukan islam saya lihat mereka lebih mendahului umat islam dalam isu ini.Pernah abu hurairah bertanya kepada Rasullulah s.a.w tentang kebersihan jalan dan baginda menjawab yang bermaksud:
"Bersihkan jalan kaum muslimin daripada kotoran dan sampah."(riwayat Muslim)

Malah dalam sabda baginda yang lain yang mencerminkan bahawa baginda seorang yang mengambil berat tentang soal kebersihan ialah,
"Senyumanmu ketika bertemu dengan saudaramu adalah sedekah,mencegah daripada kemungkaran dan mengajak kepada makruf(kebaikan) juga adalah sedekah.Menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga ialah sedekah.Memimpin orang yang lemah pandangannya ialah sedekah,begitu juga perbuatan menyingkirkan batu duri dan tulang di jalanan ialah sedekah dan memberikan air kepada saudaramu juga ialah sedekah."(riwayat al Tirmizi)
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi,

"Sesiapa yang menebang pohon sidrah (bidara),maka Allah akan memasukkan kepalanya ke dalam neraka."

Berdasarkan hadis yang di riwayatkan tadi jelaslah bahawa Rasullulah s.a.w sangat mementingkan kebersihan malah baginda juga melarang menebang pokok sesuka hati kerana pokok adalah tempat berteduh bagi manusia dan binatang dan ini telah juga jelas dipraktikan oleh para sahabat-sahabat baginda yang mana ketika mereka pergi berperang mereka dilarang membunuh binatang sesuka hati dan menebang pokok tanpa sebab yang kukuh,bukankah mulia sungguh ajaran islam sehingga perkara yang sebegini kecil turut diambil perhatian.kawan-kawan ketahuilah kita menumpang di bumi Allah dan ini sudah menjadi tanggungjawab kita semua.Bukankah kita Khalifah yang Allah telah ciptakan untuk mentadbir bumi?. Tepuk dada, tanya iman.
P/s:Tengah cuti,sekarang so idea untuk menulis mencurah-curah datang :) 
 

Friday, 13 July 2012

Redha dengan Ketentuan ilahi.





Redha secara umumnya adalah sifat lapang hati ketika menerima ketentuan daripada Allah dengan bersangka baik terhadap segala aturan-NYA sekalipun bertentangan dengan kehendak dan keinginan.

Hati saya tiba-tiba merasa terpanggil untuk berkongsi tajuk ini dengan pembaca blog saya.Kadang-kadang hidup kita penuh dengan masalah. Saya juga pernah menghadapi masalah tidak redha dengan dengan takdir Allah ini. Seingat saya perkara ini berlaku sewaktu saya masih menuntut di Asasi sains Uitm Puncak Alam dahulu, sewaktu saya masih lagi di semester pertama saya mengambil mudah tentang subjek matematik ataupun lebih dikenali sebagai calculus.Subjek ini saya biarkan sahaja apatah lagi untuk mentelaah buku yang berkaitan dengannya kerana saya tahu saya hanya perlu mendapat markah yang cemerlang dalam subjek fizik,biologi dan kimia kerana berdasar pemahaman saya GCPA hanya akan dikira berdasarkan 3 subjek terbaik sahaja dan pada kiraan saya ketika itu memadailah jika saya memberikan penekanan kepada subjek biologi,kimia dan fizik sahaja.Namun, malang tidak berbau, rupa-rupanya dalam pengiraan GCPA subjek matematik adalah subjek yang wajib dimasukkan dalam pengiraan GCPA dan 2 lagi subjek akan diambil berdasarkan subjek terbaik yang lain. Hati saya kecewa sewaktu keputusan akhir semester di keluarkan,saya hanya mampu memerolehi 3.33 sahaja dan target saya waktu itu jika saya ingin memohon bidang farmasi sewaktu saya ingin melanjutkan ijazah nanti,sekurang-kurangnya semester pertama ini saya harus memperolehi 3.6 dan ke atas kerana bidang yang saya inginkan ini tinggi persaingannya. Sewaktu keputusan itu dikeluarkan saya berada di rumah,hati saya memberontak dengan keputusan itu,saya tidak percaya dengan hasil penat lelah saya hanya ini yang saya mampu dapat.Saya mula menangis dan hampir seminnggu kesedihan itu berlarutan,mana mungkin saya dapat menerima kenyataan ini dan ditambah pula dengan kawan2 saya yang lain semuannya memperoleh keputusan yang lebih cemerlang jika hendak dibandingkan dengan diri saya. Akhirnya saya mula menyalahkan takdir, dan soalah di hati bertubi-tubi bertanyakan kenapa Allah tidak memberikan apa yang saya inginkan,namun mujurlah dengan adanya sokongan keluarga saya akhirnya saya dapat menerima takdir tersebut,walaupun dengan hati yang berat.


Apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak berjalan seperti yang kita harapkan, lantas kita bertanya kepada diri kita dimanakah silapnya?. Namun, apabila kita mencari silapnya tidak juga ditemui puncanya kerana kita merasakan perancangan kita itu cukup sempurna namun kita terlupa bahawa ada perancang yang lebih besar daripada kita iaitu Allah. Ingatlah apabila kita ditimpa masalah ataupun apa yang kita harapkan itu tidak berjalan seperti yang kita impikan, jangan mudah mengeluh ataupun bersedih hati kerana kita tidak tahu apa yang Allah telah rancangkan untuk kita dan percayalah kalau kita rasakan masalah kita itu besar maka pujuklah hati kita bahawa suatu ketika masalah kita ini akan hilang dan sinar kebahagiaan pasti akan muncul walaupun kita tidak mengetahui waktunya.



Disini saya ingin berkongsikan satu kisah yang saya pernah dengari daripada sebuah stesen radio iaitu IKIM kisah yang sungguh menarik sehinggakan saya terduduk seketika sewaktu mendengar kisah ini, Pada masa dahulu ada seorang ulama' yang dalam perjalanan pulang menuju ke rumahnnya dan sebelum itu dia singgah ke pasar untuk membeli sebiji buah tembikai. Pabila sampai di rumah ulama' tersebut memberikan buah tersebut kepada isterinya supaya buah tembikai itu di potong. Apabila isterinya memakan buah tembikai itu, isterinya menjerit dan mengomel sendirian di dapur kerana buah tembikai itu masam dan tidak sedap. Suara isterinya itu cukup kuat sehingga dapat didengari oleh ulama' tersebut lantas dia bertanya kepada isterinya,
"Wahai isteriku, kamu memarahi siapa atas kemasaman buah tembikai itu?. Aku pasti bahawa petani yang menanam buah tembikai itu pasti menjaga dan menbajai buah itu dengan baik dan kalau kamu memarahi penjual yang menjual buah ini, aku juga pasti bahawa penjual itu pasti mahu buah yang dijual itu dalam keadaan yang terbaik namun aku khuatir jika yang kau marahkan itu tidak lain dan tidak bukan Allah yang menciptakan buah tembikai ini. "


Iktibar daripada kisah ini ialah kadang-kadang bila kita tidak boleh menerima sesuatu perkara yang terjadi pada diri kita,kita ini mudah menyalahkan takdir seolah-olah segala yang berlaku tidak boleh lari daripada perancangan kita. Ingatlah kita ini adalah makhluk dan hamba kepada-NYA oleh itu Allah mempunyai kuasa yang mutlak untuk menguji kita dan layakkah kita mempertikaikan takdir yang telah ditetapkan Allah. Bukankah Allah telah memperingatkan kita dalam firmannya :

 "Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih amalnya. Dan dia Maha perkasa, Maha pengampun."           (Surah Al Mulk 67:2)
 mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan mereka kekal di dalamnya. Allah meredhai mereka, dan "Balasann mereka juga reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian daripada-Nya. Balasan yang demikian itu adalah untuk orang yang takut (melanggar perintah) Tuhan-Nya." (Surah Al Bayyinah 98:8)


Dan Rasullah juga mengingatkan kita dalam hadisnya yang berbunyi,
"Salah satu kebahagiaan anak Adam ialah redanya atas perkara yang ditentukan oleh Allah kepadanya. Dan salah satu kesengsaraan anak Adam adalah apabila di meninggalkan istikharah  kepada Allah dan tidak reda  terhadap perkara yang ditakdirkan kepadanya." (Riwayat al Tirmizi)
Ingatlah sewaktu kita berdepan dengan musibah ataupun perjalanan kehidupan ini tidak berjalan seperti yang kita rancangkan, renung-renungkan lah bahawa Allah tidak pernah berjanji bahawa kehidupan di dunia ini akan sentiasa senang namun Allah berjanji bahawa dia akan sentiasa berada di samping hamba-hamba yang sentiasa mengingati-Nya.

 

Tuesday, 21 February 2012

Quote yang Best & bermakna untuk Aku #1

Kali nie aku nak post quote yang aku print screen dan aku sinpam dalam laptop aku..tapi sayangnya aku still nak simpan quote nie lagi..tapi memandangkan benda nie menyemakkan pemandangan laptop aku, so aku decide untuk publish benda nie kat blog.Kadang-kadang aku tertanya-tanya dekat diri aku sendiri kalau aku publish pic2 nie boleh ke readers aku still terima aku sebabnya aku tak nak la terlampau extereme kan..TAPI sebab dah puas fikir dan memandangkan blog ini adalah hak mutlak aku, so aku decide untuk publish juga benda nie.
So korang semua enjoy la ye dengar explanation aku ye...
Tak semua benda yang kita harapkan akn tercapai..
Gambar kat atas nie selalu terjadi kat kita..kita selalu berharap hidup kita sentiasa indah tapi kadang-kadang tak semua tu berlaku macam yang kita nak..baru-baru nie aku mula memahami hakikat bahawa ujian dan dugaan ini adalah lumrah kehidupan..walaupun apa yang kita harapkan tidak kesampain tapi kita harus redha denga ketentuan ALLAH..bukanlah dengan memahami maksud di sebalik kata-kata nie kita tak boleh nak meletakkan harapan yang tinggi terhadap apa yang kita usahakan, cuma ingat apabila kita tak dapat apa yang kita harapkan jangan cepat sangat melatah sampai lupakan tuhan.


Mungkin ada yang mengatakan "Senang la kau cakap,sebab benda nie tak kena kat batang hidung kau kan?." tapi kita kena ingat semua orang pernah melalui kesusahan tu cuma tahap kesusahan kita tu je yang berbeza dan macam mana penerimaan kita terhadap masalah kita tu. Kalau hati tu tak dapat nak dipujuk juga pejam mata dan korang tanya diri korang balik..

"Siapakah aku untuk melawan takdir ini,sedangkan Nabi Muhammad S.AW pun diuji?."


Kalau korang dapat jawab persoalan ini maka teruskanlah tapi ingat korang sebenarnya sedang mempersoalkan kredebiliti pencipta alam ini.
renung-renugkan..
Pasal quote nie pula, aku selalu nampak kalau Facebook tu friends 3-4 ribu..mungkin bukan semua orang la macam tu tapi metaforanya begitu la..kawan tue beratus-ratus n kadang-kadang aku tertanya-tanya korang pernah ke chat dengan individu tu. To be honest, aku sendiri even kawan yang ada 4 ratus nie pun tak terlayan, entah la korang macam mana..tapi kalau ada yang mampu layan semua kawan-kawan dia dalam FB/twitter or yang sewaktu dengannya aku memang tabik hormat la.


Aku sendiri secara jujurnya, ada orang yang ADD aku kat laman sosial tue aku tak approve, alasannya simple bukan aku nie manusia yang sombong, takbur tapi aku tidak percaya kepada perhubungan alam maya yang tidak bertentang mata nie..kalau kita nak berkawan bagi aku, aku perlu berjumpa dengan orang tue dulu..bertegur sapa dengan dia tengok perangainya macam mana sebab prinsip aku kalau kita tengok mata dia,secara tak langsung kita boleh baca personaliti dia macam mana.Ingat lagi satu pepatah nie dan aku tak mahu hidup aku dikelilingi kawan-kawan macam nie..

       "Kawan ketawa beribu-ribu,tapi kawan untuk menangis tiada siapa yang sudi"
Selalu terjadi kat diri aku..
Last but not least, benda macam nie selalu terjadi kat kita kan..tak payah nak bohong semua orang pernah mengalaminya macam aku bila aku buat salah dan orang mengungkit-ungkit pasal benda itu...waktu tu aku rasa nak pijak-pijak je orang tue tapi memikirkan kewarasan akal nie terus batal niat tu.Tapi bila kita betul tak de la orang nak ingat pula kan.

Tapi benda nie sebenarnya mengajar kita bahawa tiada orang yang tak pernah buat salah dalam dunia ni bak kata orang-orang yang banyak makan garam..
                              "Bumi yang mana,tak pernah ditimpa hujan"


P/S: Kalau nak aku buat lagi quote2 macam nie tolong bagi sokonga sikit dengan bagi komen kat bawah nie supaya aku bertambah rajin untuk menulis..okay.

Sunday, 27 November 2011

Aku Dan Hijrah...


Assalamualaikum para sahabat2 dan folower yang hensem n ayu sekalian..

Hari nie bermula 1 Muharam 1433 H, di sini ingin aku utarakan satu persoalan...adakah korang semua sudah mempunyai azam ataupun tekad di dalam hati apakah matlamat yang korang semua nak capai dalam tahun baru 1433 H ini..bagi aku azam aku tahun ini ialah untuk mendapat anugerah dekan dalam bidang yang aku ambil sekarang iatu bidang engineering nie la...apatah lagi final exam just around the corner, mood untuk keluar berjalan-jalan pun semakin malap...tidak lagi berkobar-kobar seperti dulu...


Okey kita tutup dulu cerita tentang aku..apakah pernancangan korang semua..dah ada perancangan ke untuk tahun ini...aku juga nak ajak korang muhasabah diri kita..cuba korang fikir la muda-mudi macam kita yang berusia 19 tahun nie...adakah kita dah banyak amalan kebaikan..semalam aku pergi ke MASJID NEGERI SELANGOR untuk menyambut sambutan maalhijrah ini, kebanyakan yang pergi untuk sambutan maalhijrah tahun ini kebanyakannya golongan veteran dan habis tidak pun budak2...kemana golongan remaja seperti kita ini menghilang ????.Adakah golongan remaja seperti kita tahu bahawa semalam adalah sambutan tahun baru Maalhijrah..ataupun kita berpura-pura tidak ambil peduli dan menghabiskan masa dengan melepak di Mcd dan pusat membeli belah yang ada di ibu kota....

Golongan remaja kita sekarang lebih sinonim dengan karakter yang terkenal seperti brad pitt, angelina jolie dan artis-artis barat yang lain...adakah kita kenal dengan tokoh-tokoh islam seperti abu ubaidah al-jarrah, solahhuddin al-ayubi dan tokoh-tokoh yang lain..tapi aku berani jamin dan mendabik dada yang kita lebih mengenali artis-artis barat daripada tokoh-tokoh islam itu sendiri...
Mungkin aku nie tidak layak untuk menegur korang semua kerana aku pun sedar diri aku pun masih ada kekurangan dan lubang-lubang kosong yang tidak aku mampu tampung tetapi Rasullah S.A.W sendiri bersabda dalam hadis baginda..

sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah dengan tangan,bila ia tidak mampu, maka ubahlah dengan lisan, dan kalau ia tidak mampu maka ubahlah kemungkaran itu dengan hati, maka yang demikianlah adalah selemah-lemah iman"   (Riwayat Muslim)

Oleh itu, kita sebagai remaja hendak lah muhasabah diri kita ke arah yang lebih baik..moga-moga Allah memberkati niat murni kita....
P/S: Macam-macam perancangan yang kita akan cuba untuk buat tahun baru nie, tapi kadang2 kita hanya mampu merancang tetapi Allah yg menentukannya..


Thursday, 18 August 2011

Di Sebalik Tabir Hidup Seorang Hamba....

Belajar untuk Berubah....
Ok siapa yang baca post aku sebelum nie mesti tahu...pasal INI KISAHKU yang telah dipaparkan di media termuka negara kita..kalau yang tak tahu tu..sorry lah tak dapat nak tolong...Kali ini kisahku membawakan kisah seorang artis yang bernama CATRIONA ROSS.Jangan kata korang kata tak kenal CATRIONA ROSS nie,nampak sangat la tak ikut perkembangan semasa....


Ok kali ini aku nak review je la..based on video yang aku tengok pasal catriona ross nie..aku memang suka tengok video pasal benda-benda macam nie bukanlah bermakna aku suka dengar pasal keburukan dan keaiban orang lain..cumanya video macam nie mengajar kita untuk insaf dalam mejalani kehidupan...ye la kadang-kadang kita nie banyak buat salah..nobody perfect ok guys & gurls...
Dulu suka tengok lakonan dia dalam minah dari scotland...
Catriona Ross nie lahir dekat kota Bharu,Kelantan..well dia berasal dari kampung la kiranya..so untuk dia tak dicap sebagai kolot ke apa..catriona cakap dia tak pakai baju kurung...n semua macam tue la..catriona juga sanggup pergi ke club untuk nampak sebagai metropolitan walaupun dia tak minum minuman keras la...
Mudah-mudahan...usahanya diberkati...
Dia juga cakap kalau kawan-kawan dia organize party ke..dia la orang yang pertama akan yes..dan dia juga mengaku dulu dia pakai hair extension selama setahun..n kalau emak dia tanya kenapa pakai hair extension dia akan cakap "nie sintetik je la emak" tapi hakikatnya catriona tahu bahawa dia tak boleh solat kalau dia pakai hair extension nie..

Catriona Ross mula sedar apabila dia kemalangan pada tahun 2007...dia kemalangan n then doktor sahkan dia berkemungkinan tak boleh berjalan lagi...kalau boleh pun kemungkinan dia tempang or terpaksa guna alat bantuan..tapi Alhamdullilah tuhan masih dengar doa Catriona Ross nie..alhamdullilah tuhan makbulkan doa dia dan Catriona Ross boleh berjalan balik..anyway penat la menulis review nie..aku sertakan video sekali dan kalau rajin tengok-tengoklah...mungkin ada yang di luar sana berminat untuk berubah macam Catriona Ross nie..mudah-mudahan..


Well guys & girls kita semua nie mampu ke nak jadi hamba Allah yang baik???.kalau korang tanya aku...insyaallah kita semua mampu tapi itu semua bergantung kepada kita bak kata pepatah "HENDAK SERIBU DAYA,TAK HENDAK SERIBU DALIH".Tapi dalam proses kita nak menjadi baik tu ada juga salah dan silap yang kita akan buat..well nobody perfect,ingat perubahan tue bukan sekelip mata..it takes time,my friends..kalau kawan-kawan kita tu nak berubah jangan kutuk...bagi support..ingat kita nie bukan lahir daripada perut mak kita terus baik...kita pun belum tentu lagi masuk syurga.


P/S: Korang semua tengok lah..Allah still ingat akan hamba-hambanya walaupun kadang-kadang kita nie je yang lupakan dia..bukannya mudah nak berubah nie..kata kat mulut memang la senang,tapi kalau nak melaksanakan tu memang payah..

Wednesday, 17 August 2011

Bukannya Mudah Hidayah Allah Bertandang di hati....

Terharu dengar cerita dia..betul-betul ikhlas....
Ok kali nie guy & gurls..aku nak cerita sikit pasal hidayah....aku baru tengok INI KISAH KU dekat tv3..tapi dah lama dah la benda tue...WARDINA SAFFIYAH aku rasa korang mesti dah familiar dengan si pengacara tv3..wardina nie cerita la dekat ini kisahku macam mana dia dapat hidayah yang ALLAH berikan kepada dia...well apa yang aku tengok wardina pada hari ini tak lah sama dengan wardina pada masa yang dulu.
Berkat doa seorang ibu..akhirnya berubah jua..makbulnya doa ibu....
Wardina nie merupakan seorang yang agak bebas la dulu..walaupun ayah dan emaknya merupakan orang yang kuat pegangan agamanya..wardina juga mengaku dia dulu agak sosial...wardina juga mengaku yang dia sanggup keluar rumah malam sampaikan mak dia menangis..and dia sanggup cakap " I DONT NEED YOU, I AM A MODEL AND I CAN FIND MY OWN MONEY " apa-apa pun tue semua kisah yang lalu..aku tengok hari nie wardina dah berubah alhamdullilah...well point yang aku nak cakap ialah Allah Maha berkuasa dalam memberi hidayah nie...contohnya korang pujuklah seseorang yang bukan muslim tue masuk islam tapi kalau Allah tak nak beri hidayah kepada dia..mustahil dia nak masuk islam..


The point is aku bukan nak tunjuk alim...aku tak nak dengar..orang kata aku tunjuk alim ke apa...tapi aku cuma nak cakap..aku bangga dengan WARDINA SAFFIYAH hinggakan aku rasa sebak bercampur sedih pun ada..kenapa korang nak tahu tak kenapa????....sebabnya bukan senang nak dapat hidayah yang Allah bagi nie...bukannya mudah and even kalau Allah nak palingkan hati kau pun...bukannya susah,semuanya boleh sahaja terjadi dalam sekelip mata...ingatlah Allah itu Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu...anyway korang tengok la sendiri yek...aku dah provide kat bawah nie..salam ramadhan untuk semua...


P/S: Aku rasa bersyukur sangat sebab aku masih lagi dapat hidup untuk lalui bulan ramadhan nie...bukannya senang nak merasa bulan ramadhan nie..ada yang terlebih awal pergi meninggalkan kita..malah nak habis bulan ramadhan pun tak sempat..kemalangan sana sini..apa-apa pun kita semua patut bersyukur....

Monday, 15 August 2011

Uniform Putih.....

Apa kabar semua,sori la aku sekarang terlampau menyepi..bukannya aku tak nak aktif dalam penulisan blog nie cumannya masa yang terhad menjadikan aku malas untuk menulis..tambahan pula,(ayat skema) aku kena kerja shif malam pulak untuk minggu nie..letih doe..masuk pukul 7 malam habis shif pukul 7 pagi...so apa kena mengena dengan entri aku kali nie..meh sini aku nak cerita...
Seriously aku memang tak cukup tidur sekarang!!!!

Well aku sure korang semua pernah melalui zaman persekolahan..betul tak????jangan nak kata korang tak pernah pergi sekolah.....yang tak pergi sekolah tue either korang malas or korang lari ikut pakwe/makwe kot..ye lah demi cinta,lautan api pun sanggup  direnangi....masing-masing mesti ada pengalaman manis zaman persekolahan..whatever it is,aku tak ambil port..nie bukan trip walking down to the memory lane..ni sesi aku nak bercerita guys..so sorry la kalau aku a bit sarcastic tentang benda nie...

Nak bercinta tu boleh...tapi jangan la hanyut dalam cinta yang fana ini..ingat cinta tue buta.

Ok masa kita sekolah dulu,kita ada satu uniform yang kita selalu pakai tiap-tiap hari..korang tahu tak benda apa?????..of course la baju sekolah..mak aku selalu pesan ko belajar la kat sekolah tue elok-elok,nie la baju yang ko pakai and the ko akan tentukan kau akan pakai baju uniform apa pulak pada masa depan..sama ada baju banduan yang macam zebra tue or baju yang macam doktor tue...or baju korporat ala-ala bussinessman tue,semuanya korang corakkan sejak korang berada di zaman sekolah...
Baju yang kita semuai pakai sebelum tukar ke baju....u alls lah decided.
Mesti korang ingat aku nie macam-macam kan..for sure aku rasa korang tengah kutuk aku..maybe korang kata "kau dah abis idea ke????,sampaikan benda nie pun kau nak jadikan isu"..sorry guys idea aku melambak-lambak lagi cuma aku tak de masa nak tulis aje...aku rasa terpanggil sebab aku rasa ramai budak-budak sekolah kat luar sana dah tak ambil kisah pasal dia punya pembelajaran.pergi sekolah cuma nak penuhkan kan kuota kehadiran aje,abiskan duit mak bapak,jumpa bf/gf untuk cakap "saya sayang awak"..then lepas tue balik..dalam kelas membuta bagai nak pengsan,time cikgu ajar bising dalam kelas..muka seposen aje bila cikgu mengajar...
Bagus,buat la benda macam nie tabiat...sure korang dapat 10 A++...

Woi, korang nie memang dah tak sedar diri ke??? ilmu tu penting la korang tahu tak..tersangat penting..kenapa aku cakap macam nie..ok aku nak cerita,lepas aku habis SPM aku kerja tahu tak...kalau anak datuk,tak kerja pun tak apa..ye la tue la the first time aku cari duit sendiri dalam hidup aku..waktu tue aku baru sedar,macam mana susahnya cari duit,gaji pula tak seberapa...aku dapat la dalam RM 600 ringgit..kalau Rm 600 ringgit tue bawak kat kedai,macam bawak 0.60 je,sekejap aje dah abis...

Duit macam nie bawak gie kedai,sekejap je dah habis...
Dah la aku kena marah dengan manager kalau aku buat silap..macam-macam lagi la..tapi aku bangga sebab aku pujuk diri aku.."sabar-sabar,ko bukan nak kerja lama pun kat sini...jap lagi ko dapat tawaran daripada UPU..apa lagi, angkat kaki la"aku sangat besyukur sebab lepas tu aku dapat tawaran sambung study kat UiTM..tapi point aku kat sini,ialah aku nak cakap kalau korang tak ada ilmu,kat tangan..korang senang-senang aje kena tindas..means bos korang nak marah pun boleh,sebabnya ko orang bawahan.... dia lagi la suka sebab dia boleh arah ko wat itu ini.
Aku kalau kena marah...macam nie la jadinya...
Kadang-kadang aku kesian gak,aku tengok ramai lelaki kat luar sana..hensem-hensem,muka boleh tahan la...tapi ilmu tak ade,malam-malam keluar lepak ngan member..kalau nak dibandingkan nisbah lelaki kat U di Malaysia nie,aku sure tak ramai,kalau ramai pun tue hah.spesies mat soft-soft nie..kalau nak ramai lagi pergi tengok kat pusat serenti..tue confirm ramai..n the kalau nak kahwin,duit nak cari kat mana???korang tak fikir ke kaum lelaki???.
Lelaki zaman sekarang....
Ilmu tu sangat penting,so please la korang y masih lagi duduk kat bangku sekolah tue..tolong lah belajar betul-betul..nak dapat biasiswa sekarang pun sakit tahu tak???..even korang dapat 9A macam aku nie pun belum tentu lagi (higlight diri sikit)..biarlah susah sekarang tapi masa depan tak merana...korang tidurlah pukul 4 pagi ke semata-mata untuk baca buku tue tak pa..janji pengorbanan tue berbaloi..
Kumpul la A+ tu banyak..sampai study pun tak tidur malam...
Sekarang aku sedar kenapa mak aku suka bising-bising kalau aku malas belajar,sebabnya untuk kebaikan aku jugak bukannya orang lain..macam aku cakap kat u alls sebelum nie kalau u alls tak ada kaitan dengan individu tersebut dari segi pertalian darah ke or so whatever..jangan harap dia nak nasihat ko,tengok-tengok tu boleh la...tegur tue HARAM la jawabnya...so korang fikirlah nak berubah ke tidak...nasihat aku,belajar lah betul-betul..hidup nie sekali aje,muda pun sekali aje...nanti kalau korang dah besar,nnti kalau jumpa ko punya kawan-kawan kau kat luar..diorang semua kerja hebat-hebat..n the waktu ko kerja biasa-biasa la pulak,aku sure kau malu nak jumpa diorang semua...malas la nak membebel panjang,ok la aku cabut dulu..

SALAM SAYANG DARIPADA AKU UNTUK KORANG SEMUA..HEHE

P/S:Aku baru aje lepas buka blog TERFAKTAB..n then aku baca la entry yang bertajuk "belajar mana penting?kahwin penting"..entry tue pasal seorang perempuan yang telefon kakak zara..perempuan tue bercerita la yang dia tak nak sambung belajar sebab dia nak kawin dengan dia punya bf..aku rasa perempuan tue tak de akal la..ye la belajar la dulu,kawin tu kemudian pun boleh..nak-nak dia punya bf tinggallkan dia,dah tak pasal-pasal..zaman sekarang semua nak pakai duit u all tahu ke tak???? "no money,no talk".

 


Friday, 5 August 2011

Bila Cinta Mula Mengetuk Pintu Hati Dara & Teruna....

Salam kepada semua readers-readers sekalian..hari nie aku nak bercakap pasal cinta..tak kisah la cinta monyet ke apa???janji topik dia cinta gak kan...aku sebenarnya dah lama nak luahkan pasal benda nie tapi cuma tak ada medium pengantaraan je...so bila ada medium pengantaraan seperti blog aku faymes nie (gejala SS)..mesti la rebut chance...

Okay-okay no more bebelan lagi..let just go straight to the point...aku tengok sekarang banyak remaja-remaja sekarang suka bercouple..tue tak termasuk aku ye...aku nie still single-mingle..still avaible tau..ye la bercouple tue tak salah...tapi mampu ke korang semua kawal diri..tapi kebanyakannya yang aku jumpa sekarang nie tak pandai kawal diri...tue la masalahnya..
Aku nampak kebanyakannya pegang2 tangan la..cium sana sini..korang nak tunjuk sangat ke kat orang awam yang perhubungan korang tue sweet,manis,happy couple & etc..sory aku tak ambil kisah pun...meluat lagi ada la...ye la kebanyakan yang bercouple nie kebanyakannya akan terjerumus ke kancah perzinaan..korang suka ke dapat anak luar nikah????.last-last pulak tue korang punya pakwe tinggallkan korang...n then penderitaan korang tue korang tanggung sendiri..

Aku nak cerita la..hari tue, aku gi kuala lumpur..berjalan-jalan makan angin la katakan.sambil menguruskan apa yang patut...biasa la,aku nie kan manusia gak kan...kita perlu gak release stress (pepatah mat saleh)...on the way balik ke tempat aku iaitu "HOME SWEET HOME" aku tunggu la ktm kat KL sentral...biasa la petang orang ramai sangat sampaikan tempat duduk pun tak ada... peak hours la katakan..

Aku nampak la sepasang couple kat tempat duduk tue..ya Allah kemain mesranya bercium-cium u..sampai tak kisah dah orang lain pandang..dah tak peduli dah dosa pahala..yang extraordinary nya yang bercium lebih tue adalah si perempuan tue,bukannya lelaki tue..lelaki tue relaks je..cool je ..perempuan tue pula aku tengok yang berlebih-lebih...memang expert ahh bab mencium perempuan tue..(nie hakikat yang aku nampak).
Dalam hati aku, aku berfikir sejenak.."woi perempuan yang ko bodoh sangat,kenapa yek??".ko cium lelaki tue kat tmpat awam cam nie ko nak wat kontroversi ke???..korang tahu tak yang lelaki-lelaki tue semuanya liars...bilanya dah dapat apa dia nak..taknya..dia nak melekat kat ko lagi..last-last ko juga kena tinggal,silap-silap ada anak 1 lagi...tue lagi parah,muka korang gak yang malu..Kalau sorang-sorang malu tak la gak kan,tapi muka parents kita tue nak letak kat mana????..fikir-fikirkanlah.

Tambah-tambah lak yang masih duduk kat u tue....korang tak kesian ke kat parents korang yang tanggung korang,bagi duit segala bagai..tue tak termasuk lagi moral support & etc..cuba korang semua pikir la..diaorang hantar ko kat suruh cari ilmu,supaya nanti bila korang dah keje..dapat gak ringankan beban adik-adik yang masih belajar..kalau korang adalah seorang insan yang bergelar  pelajar...ini checklist yang patut ada dalam kepala otak korang semua..
  • IJAZAH
  • KERJAYA
  • SUPPORT MAK AYAH
  • LAST SEKALI BARULAH KAHWIN....
Kalau tak nie la akibatnya....anyway kalau aku cakap pun,kalau u alls tak berubah sama je kan..so tepuk dada,tanyalah iman..

P/S:Bosan tengok couple yang cuba tunjukkan kemesraan macam nie,nak tunjuk bahagia,tapi tak kena pada caranya.

Tuesday, 12 July 2011

Tempayan Yang Retak

Pada zaman dahulu,tinggal seorang lelaki yang menyara hidupnya dengan berkhidmat dengan sebuah keluarga bangsawan...
Setiap hari,lelaki itu akan berulang alik ke sungai untuk mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar 2 buah tempayan.Malangnya salah sebuah daripada tempayan itu retak.Kesannya air di dalam tempayan itu semakin berkurangan hinggakan apabila lelaki itu sampai di rumah bangsawan itu airnya sudah tinggal hampir separuh...
Demikianlah perkara itu berterusan sehingga setahun lebih.suatu hari tempayan itu mengadukan rasa hatinya kepada lelaki itu...
"Maafkan saya  kerana selama setahun ini saya tidak mampu menjalankan tugas saya dengan baik,saya rasa sedih sangat"kata tempayan itu kepada lelaki itu.
"kenapa kamu berkata begitu? kenapa kamu sedih?"tanya lelaki itu
"aku sedih kerana aku hanya mampu mengangkat separuh sahaja air disebabkan keadaan fizikal aku yang tidak sempurna ini."
"kamu jangan sedih wahai tempayan,dalam perjalan balik ke rumah nanti,cuba kamu perhatikan di sebelah jalan kanan kamu".
Lelaki itu mengangkat air seperti biasa dari sungai menuju kerumah tuannya.Di sepanjang jalan balik ke rumah bangsawan itu,terdapat banyak bunga2 yang cantik dan pasti memikat hati sesiapa yang memandang.Namun keindahan bunga-bungaan tersebut tidak mampu menenangkan hati sang tempayan...
"kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan,bunga2 segar dan indah mekar di sepanjang jalan tadi ?" soal lelaki itu.
"ya aku nampak,tapi keindahan bunga-bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih di hatiku,"jawab tempayan yang retak itu.
"kamu tahu wahai tempayan sejak kamu mula retak sedikit ,aku mula menanam pokok2 bunga ini.kamu tahu siapa yang menyiram pokok-pokok bunga ini setiap hari?"
"tentulah kamu" jawab tempayan itu.
"Tidak,kamulah yang menyiramnya.air yang meleleh itu keluar itulah yang menyiram bunga-bunga itu selama ini.kemudian aku akan petik bunga-bunga itu dan aku berikan kepada isteriku untuk di hias di rumah bangsawan itu, ingat walaupun kamu tempayan yang retak tetapi kamu tetap ada sumbangannya".
Barulah tempayan yang retak itu berasa ceria kembali dan tidak gundah lagi walaupun ia sebuah tempayan yang retak.

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...