Wednesday 5 October 2011

Solat Subuh Satu Tanda Kebesaran Ilahi....


seronoknya dapat tengok bintang-bintang...
Sudah lama aku menyepi betul tak??? ye la mana tak menyepi kalau jadual padat sangat, minggu lepas ingat nak update-update la blog kalau ada masa tapi keadaan tak mengizinkan..cuba la korang bayangkan sabtu dengan ahad terlibat dengan aktiviti yang pihak fakulti buat...tak habis lagi lepas itu berkejar-kejar dengan assignment yang kena hantar pada hari isnin, tapi at the end kena reject sebab assignment itu tak ikut kehendak pensyarah...memang minggu lepas amat memenatkan..aku bukan nak bercerita panjang lebar sangat pasal kehidupan aku dekat universiti nie...korang pun aku rasa memang pernah melalui perkara macam nie, so kalau aku cerita pun sah-sah mengantuk punya la.Balik semula kepada tajuk di atas.....
Syaitan amat suka kalau kita macam nie...
Solat subuh ini merupakan di antara solat fardhu yang wajib kita kerjakan betul tak??? so kalau tak buat kira berdosa la kan...tapi aku bukan nak bercerita tentang dosa pahala nie,tapi kelebihan yang terkandung dalam solat subuh nie....mari aku list kan kelebihan solat subuh nie:

  • Masa SPM dulu kita ada belajar tanda-tanda orang munafik betul tak???.jom aku mention balik pertama apabila berjanji dia mungkir janji.kedua apabila bergaduh dia melampaui batas ketiga apabila diberi amanah dia pecah amanah.kita hanya belajar tiga sahaja tanda-tanda munafik kan...tapi kita lupa bahawa ada yang keempat iaitu mengikut sabdaan Rasullulah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-bukhari dan Muslim "sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat subuh dan solat isyak.Sekirannya mereka mengehtahui apa yang terkandung dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya walaupun dalam keadaan merangkak".
  • Para sahabat pada zaman dahulu menjadikan solat subuh sebagai kayu pengukur bagi keteguhan agama seseorang, apabila salah seorang di kalangan mereka tidak hadir solat subuh maka mereka akan berprasangka buruk kepadanya.
  • Berlainan dengan solat-solat fardhu yang lain dimana bacaan solatnya adalah digalakkan dipendekkan oleh Rasullulah S.A.W tetapi bacaan di dalam solat subuh adalah digalakkan untuk dipanjangkan.

  • Solat subuh adalah solat yang disaksikan oleh para malaikat.Ini berdasarkan surah al-isra' 17:78

  • Sesiapa yang solat subuh berbahagialah dirinya kerana Rasullulah telah berjanji bahawa Allah akan melindungi dirinya.Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Rasullulah S.A.W "sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka ia berada dalam jaminan ALLAH. Maka jangan cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh, ALLAH akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam Neraka."(Riwayat Muslim)

Sebenarnya banyak lagi kelebihan solat subuh yang kadang kita terlepas pandang.Aku tulis benda-benda yang macam nie bukan untuk dapat pujian ke apa,malah aku nak nasihatkan diri aku dan korang semua.Kalau nak kata aku buat semua benda nie sebab nak dapat pujian, korang semua muka aku pun tak kenal..nama pun korang tau Mr Angguk Geleng je kan..so kalau ada la..suara-suara katak nak mengata aku nie bajet baik, aku tak kisah pun sebab yang penting aku share apa yang aku tahu.

By the way ramai di antara kita nie kadang terlepas solat subuh..puncanya sebab malam online kat facebook tu sampai pukul 2-3 pagi..last-last solat subuh entah ke mana.Korang tahu tak para ulama' mengeji tindakan berjaga malam untuk perkara yang tidak berfaedah macam korang yang tengok movie sampai lewat malam.Aku dekat kolej nie perhatikan solat subuh berjemaah dekat surau nie sikit je, paling ramai pun 2 baris tu pun kadang-kadang tak sampai.
Aku nak tegur lebih-lebih kang, semuanya dah besar panjang kalau nak kahwin pun dah boleh. Perkara buruk dan baik tu pandai lah bezakan.Kat sini dah tak ada orang nak tolong tunjukkan, ye la silap-silap kalau salah tegur dah bermasam muka..tak nak la bergaduh-gaduh nie.Ok aku pun malas nak membebel panjang...undur diri dulu ye.
P/S: Pelik dengan sikap orang zaman sekarang bangun awal bukan nak solat subuh dulu tapi sibuk pergi online dekat facebook tu dulu..yang wajib ditinggalkan, last-last solat subuh pun terlepas masa pun terbazir.Aku ingat nak selalu nak update blog tapi tengok la macam mana..

2 comments:

  1. xrmai y bgun tuk solat subuh...
    alhamdulillah,sy msh lg trus tuk bgun solat subuh w'pun rs ngantuk sgt2...
    sbb bla xbgun solat subuh,sy akn rs bsalah n tkot sgt2...

    thanks tuk info 2...

    done follow...~

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sebab sudi membaca karya tak seberapa ini..alhamdullilah dan bersyukurlah sebab saudari masih dapat menjaga solat subuh itu...so semoga usaha itu dapat diteruskan..insyaallah.

    ReplyDelete

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...