Sunday 4 December 2011

Zina, Maksiat Yang Dilaknat Allah....

Agak2 layak tak aku pakai macam nie....

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian, semoga sihatnya.Okey Hari nie hari sabtu kan..so of course la ari sabtu adalah hari untuk bersuka ria tetapi tidak bagi diriku ini…Sebagai salah seorang pelajar UiTM yang berdedikasi hari sabtu merupakan hari kokurikulum untuk fakulti aku iaitu fakulti kejuruteraan dan aku merupakan pelajar KESATRIA NEGARA ataupun lebih dikenali (Knight Of Honour). Nama Knight Of Honour ini aku yang reka sendiri tidak ada paksaan daripada mana2 pihak sama ada yang masih hidup ataupun mati ye…So nak dipendekkan cerita hari ini pelajar kesatria Negara akan belajar  silibus kerohanian seperti yang diuar-uarkan oleh Encik Hazimin penyeralas Kesatria yang paling disayangi oleh semua.

Tempatnya adalah di Dataran  Mawar iaitu di kolej pelajar perempuan la pelajar UiTM mesti familiar dengan tempat nie kan sebabnya hari Khamis akan ada pasar malam kat sini ,betul tak???. So pagi2 lagi aku dah bangun la untuk dengar ceramah yang telah diberitahu tajuknya iatu “ Zina Maksiat Paling Keji Dilaknat ALLAH S.W.T”, tapi yang sadisnya even aku aku bangun pagi pun aku still sampai lambat kat tempat tue sebabnya aku terlepas Bas rapid Kl yang pertama yang akan bergerak kedalam UiTM seawal 7.30 pagi tue.


Okey, macam mana pun Alhamdullilah sampai juga aku akhirnya kat Dataran Mawar tue la..tapi malangnya kerana Dewan kat Mawar tue dah dipenuhi dengan pelajar Kesatria yang masuk awal..komander kesatria tue suruh diriku ini duduk di luar bersama-sama pelatih-pelatih yang lain..tiba-tiba entah mana datangnya keberanian aku, aku pun buat alasan nak ke tandas tapi tujuan utama aku adalah untuk masuk ke Dewan Mawar tu nak dengar ceramah…ye la dah tujuan diri aku datang nak dengar ceramah bukannya nak duduk bawah khemah kat luar dewan tue..so rugi la masa yang terbuang begitu saja kan…kata pepatah “masa itu kan emas” so tak baik la kalau disia-siakan.


Alhamdullilah dapat juga cari satu spot untuk aku melepaskan lelah dan penat sambil mendengar ceramah yang disampaikan tentang Zina nie..Okey mari aku ceritakan tentang ceramah yang aku dengar nie,


Zina  daripada segi bahasa : Berlaku apabila 2 orang bukan suami isteri melakukan hubungan seks yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri. Tapi ustaz tu kat menambah dekat sini zina akan berlaku dalam keadaan rela-merelai tidak sesekali akan berlaku jika hanya salah seorang sahaja yang setuju. Program kesatria habis awal sebenarnya lebih kurang pukul 11.00 pagi dah habis…tapi aku stay sebab program ceramah nie abis pukul 1.00 petang. Dek kerana program nie aku rasakan bermanfaat untuk diri aku, aku pilih untuk stay even ramai kawan2 aku balik awal.

Sambung Balik ye….dalam ceramah tue tadi aku baru sedar satu hakikat bahawa undang-undang yang diperuntukkan untuk kesalahan seperti ini adalah seperti berikut


Mana-mana orang lelaki/perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang yang bukan isteri/suaminya yang sah adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan  selama tidak melebihi tempoh tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana kombinasi hukuman itu.


Tapi timbul satu persoalan di benak fikiran aku, dalam kertas kerja yang diedarkan oleh para pelajar yang bertindak sebagai pembantu untuk program itu, aku terbaca satu firman ALLAH s.w.t dalam surah An-Nur’ (2) yang mengatakan bahawa hukum sebenar bagi orang berzina ini adalah sebanyak 100 sebatan, tapi yang diperuntukkan dalam undang-undang syarie adalah hanya sebanyak 6 kali sebatan maksima…maka hati kecilku bertanya adakah pelaku ini akan terlepas daripada hukuman Allah di akhirat kelak ?? sedangkan di dunia pelaku tersebut telah menerima 6 kali sebatan ye la kan..kalau mencuri potong tangan kat akhirat nanti dah tak kena hukuman Allah..kalau macam zina nie dah kena sebatan 6 kali kat dunia nie akhirat nnti still akan dapat lagi ke hukuman daripada Allah..Aku pun jumpa ustaz tu untuk bertanya..ustaz tu jawab, “Kena kat dunia baru 6 kali sebatan,tapi masih lagi berhutang dengan Allah sebanyak 96 kali sebatan kalau pelaku itu masih tidak bertaubat..hukuman di akhirat lagi berat azabnya”.


Ustaz  tue juga bercerita bahawa dia pernah mengendalikan sebuah kes yang di mana seorang isteri yang baru berusia 19 tahun beranak satu datang berjumpa dengannya untuk menuntut cerai atas alas an bahawa dia sudah tidak lagi bersefahaman dengan suaminya, ye la nak tuntut cerai kalau bagi alas an macam tue korang ingat boleh pakai ke alasan yang macam tue, nak cerai bukannya senang kan..setelah ustaz itu memaksa alasan kenapa dia hendak bercerai baru lah dia menceritakan cerita yang sebenarnya bahawa dia nampak sendiri suami dia berzina dengan ibunya…hampir seluruh dewan tadi terkejut..ye la siapa sangka kan..Masyaallah. Tapi itulah hakikat sebenarnya, walaupun kita hidup dalam zaman teknologi yang canggih tapi akhlak kita semakin menjadi seperti binatang walhal diri kita bergelar seorang manusia.

P/S: Seperti biasa la…kalau program keagamaan macam nie tempat duduk dalam dewan tadi dimonopoli oleh kaum hawa…nie yang membuatkan aku sebagai seorang lelaki malu dengan diorang nie…mana la kaum aku sendiri menghilang???.
                

0 comments:

Post a Comment

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...