Sunday 11 September 2011

Bila Berada Di U...Semuannya Tentang Satu Kedewasan...

Semua mesti berangan nak jadi macam nie....
 Salam semua..apa khabar...semoga korang semua baik aje..haha..alhamdullilah pendaftaran aku sebagai student,dah pun sah..malah aku dah jati student U tue pun...anyway malas nak membebel panjang2..jom kita cerita sedikit pasal dunia U nie...first time aku mendaftar sebagai student,aku tengok muka sedih,bangga,cuak dan segala bagai jenis muka lagi waktu.Semuanya datang dengan muka yang penuh satu tekad nak menuntut ilmu katanya...macam la aku tahu segala-galanya kan....ye la mana la aku tahu kot-kot dalam hati diorang tue simpan tekad nak ngorat budak-budak perempuan yang comel kat U tue ke..mana la tahu...betul tak ????.Mungkin ada yang rasa lega sebab terlepas daripada jelingan mak ayah kat rumah tue...ye kat U sapa nak kontrol..betul tak???.
DAH PASTI KE MASA DEPAN KORANG....
Semuanya sekarang atas kesedaran diri masing...kawalan masa semuanya atas diri korang ye tak...korang nak tidur dalam kelas waktu kuliah berjalan ke..ada siapa-siapa kisah...aku sure tak de pun yang kisah atau korang nak berbual-bual waktu lecturer sedang mengajar kat depan...semuanya terpulang pada diri korang..itu yang pasti...
Tapi pesanan aku pada korang semua yang sedang duduk di bangku pengajian nie..ingatlah pesanan mak ayah korang waktu dia hantar korang belajar kat U tue...kalau tak nak ingat pun tak apa...tapi bagi orang yang ambil PTPTN..ingatlah yang korang tue kena bayar balik pinjaman yang korang pinjam tue...kalau tak bayar balik masuk TV la korang...tak percaya..ingat tak iklan PTPTN waktu raya baru-baru nie...best gila iklan raya..first-first intro memang syok...tapi rupa-rupanya iklan PTPTN ..lawak-lawak..korang percaya tak betapa kreatifnya PTPTN buat iklan...untuk mengingatkan supaya student yang buat pinjaman tue bayar balik pinjaman yang diberikan.
Korang yang pakai,korang la bayar...
Anyway korang fikir-fikir la baik...apa yang kita buat waktu pengajian nie kita yang tanggung...masa depan kita sekarang terletak di tangan kita..nie bukan zaman sekolah dulu yang kalau korang tak study pun...cikgu-cikgu still akan suap korang dengan nota-nota yang diorang buat dulu..kalau tak pun,bagi tahu kat korang apa benda yang keluar dalam EXAM.
Bagi yang rasa diri dia nak bercouple or dah gatal nak try market kat U tue..boleh je,tak ada masalah pun tapi cuba korang fikir kalau berada di tempat mak ayah dia.. apa perasaan korang kalau dapat tahu yang anak korang bercouple time study.....nak-nak kalau anak-anak korang  tue ambil kos yang susah macam medik,dentistry,engineering ke..sanggupkah anda menjadi penghancur masa depan anak orang lain..so fikir-fikirlah masak,ambil kira segala faktor dulu sebelum buat keputusan.Aku cakap macam nie sebab ada dulu aku dengar cerita daripada kawan aku bahawa kawan dia pernah clash dengan dia punya couple..so nak dipendekkan cerita apabila dia dah clash...semua pelajaran jadi terabai sebabnya dia tak boleh nak terima hakikat bahawa dia punya couple tinggallkan dia...so kalau boleh jangan la buat orang macam nie kalau sekadar nak test market..anyway kalau aku tulis maca-macam pun tak jadi jugak sebabnya korang bukan nak baca sangat pun alasannya.."Aku dah besar panjang,pandai-pandai la nak bawak diri" betul tak?.
Kat U nanti,ada gak spesis pelesit yang suka kacau orang study..orang yang macam nie memang hipokrit sebabnya dia tak nak korang lebih pandai daripada dia..ada gak yang kuat study,ad gak yang suka ampu lecturer...ada gak yang suka buang masa..orang study,dia sibuk main game dan macam-macam lagi..so pandai la korang pilih kawan..jangan pilih kawan yang macam hantu sudah...orang kata,berkawan dengan penjual minyak wangi nanti badan berbau wangi,berkawan dengan penempa besi,nanti berbau besi".Pandai-pandai la bawa diri jangan salah pilih kawan..aku rasa macam,terlebih bagi nasihat la pulak..kalah mulut murai tak gitu.
Semangat yang macam nie memang penting...
P/S:Aku still ingat kata-kata mak ayah aku sewaktu dia hantar aku masuk universiti nie..kata-kata terakhir dia "belajar elok-elok,solat jangan lupa solat dan ingat susu pokok getah tue tak selama-lamanya akan mengalir".sebab dia cakap macam tue adalah kerana yuran pengajian aku kat universiti nie dia bayar pakai duit kebun getah kat kampung..tapi aku pelik la budak-budak sekarang,apa yang nasihat mak ayah bagi "masuk telinga kanan,keluar telinga kiri'.

2 comments:

  1. relex bro.. slamat dtang ke alam U.. ko jgan percaya sngat PTPTpu tu.. penipu besaq tu

    ReplyDelete

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...