Sunday 4 September 2011

Bila Nilai Tradisi Tidak Dijunjung Tinggi....

TV yang aku gambarkan sebagai kotak....
Salam syawal aku ucapkan kepada para-para peminat semua....sayang u alls..sorry bajet artis sekejap..well bukannya apa..lama rasanya aku dah tak menjenguk blog aku nie..dah berkarat rasanya..hari tu cuti raya,kena la raya puas-puas nanti dah tak ada masa dah..so waktu raya tu la nak jumpa saudara-mara semua..ye la sekali dalam setahun..


Ok enough with bebelan aku..jom kita bergosip sekejap...korang mesti suka kan beraya dekat kampung korang..aku rasa tiap-tiap malam main mercun...kalau putus jari tak pasal-pasal..issh-ishh..okay bukan itu aku nak bincangkan..salah satu tradisi orang melayu ialah amalan ziarah menziarahi antara satu sama lain,aku sure korang semua tahu pasal nie kan..nak dipendekkan cerita bila aku balik raya hari tue..amalan ziarah menziarahi nie bukan satu lagi kebiasaan bahkan semakin dilupakan..ye la lepas balik raya terus bukak TV,ngadap kat depan kotak segi empat yang macam SPONGEBOB tue,nak menunggu cerita best yang ditayangkan kat dalam tue.


Ada tak TV tue macam spongebob..jawapan u alls ????
Aku bukan la anti dengan teknologi yang canggih-manggih nie..tetapi kalau tetamu datang..jangan la tercegat depan TV tue..layan la seelok-eloknya,bukan ke memuliakan tetamu itu salah satu tuntutan ISLAM...aku masih ingat lagi waktu sanak-saudara datang beraya kat rumah aku..kalau aku duduk dalam bilik ke,tak kisah la tidur ke apa..sure ayah aku akan marah..ye la sanak-saudara kita nie bukannya selalu datang ke rumah kita..aku tahun nie beraya sampai ke seberang sungai sebabnya rumah mak cik saudara ayah aku tue terletak di seberang sungai..dah la kena seberang sungai,naik lagi jeep untuk bawa kita orang satu family dalam kampung sebab jalan kat situ tak berapa nak elok..
Tak percaya aku cakap kena merentasi sungai....
Tangga jeti pun dah reput...seram pijak benda nie...

Anyway bukan nak merungut tapi nak menunjukkan bahawa kita waktu macam nie la nak merapatkan hubungan sillahturrahim..jangan sampai orang kata tangga rumah saudara pun dah tak kenal..mentang-mentang la duduk di bandar..tak sedap la telinga mendengarnya..aku pun kecewa dengan sikap masyarakat zaman sekarang..waktu raya nie bukannya nak merapatkan hubungan kekeluargaan tapi sibuk mengadap TV kat rumah and then cakap kat sanak-saudara or tetamu tak ada masa untuk menziarahi mereka...tu sadisnya masyarakat zaman kini...


Sambung balik cerita pasal family aku tadi..lepas sampai kat rumah mak cik saudara ayah aku tue..macam biasa la,bercerita tentang perkara yang berlaku dalam tahun nie..mak saudara ayah aku tu juga meluahkan rasa sedih sebab ramai lagi sanak-saudara yang masih belum menjejakkan kaki kat rumah dia..ye la kalau ada pun cuma nak mengundang ke majlis kahwin or kenduri-kendara.Aku cam biasa la membisu seribu-bahasa..lebih mendengar..memandangkan umur aku pun masih muda lagi..tak leh nak cakap lebih-lebih..(cover line)


Malas nak cerita panjang..adik-beradik aku punya la excited sampai kat sana..terus kejar ayam keliling rumah mak cik saudara aku tue..kat bandar mana korang nak jumpa ayam-ayam nie,kalau jumpa pun yang atas meja tue..yang siap dimasak..diorang lepas tue siap mandi sungai lagi punya la gembira memandangkan rumah mak cik aku nie berdekatan ngan hutan..
Suka hati adik-adik aku mandi sungai....
Punya la happy mak cik saudara ayah aku,,waktu kita orang nak balik dia siap bekalkan kita orang dengan pucuk paku dan jeruk petai..memandangkan makanan nie memang popular di pantai timur terutamatanya kat  KELANTAN nie...anyway aku rasa seronok sangat sebab udara kat kampung tu pun segar..n then tak la bising dengan bunyi kenderaan macam kat bandar nie..ok la tak yah membebel lagi takut korang malas nak baca apa yang aku tulis..orang zaman sekarang cepat letih katanya..
Bekalan untuk dibawa pulang....
P/S:Takziah untuk keluarga allayarham  NORAMFAIZUL MOHD NOR yang terkorban di Mogadishu,Somalia baru-baru nie..waktu dengar berita nie,waktu tu aku dan family aku baru je nak bertolak balik ke KL....semoga roh allayarham ditempatkkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin. 


1 comment:

  1. suasana kampung best dr bandar..
    ziarah sdara ni mmg ptut pun. jgn smpai sdara sndiri ta knl sda la nnt. kn?

    ReplyDelete

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...