Thursday 15 September 2011

Dilema Seorang Lelaki....

Terlampau dilema....macam mengada-ngada la pulak..kan.
wah...alhamdullilah esok cuti hari Malaysia,perayaan ini juga akan disambut dengan hari kemerdekaan..kebelakangan aku rasa diri aku nie asyik mengeluh aje...walaupun luaran aku try nak cover mantain cool dengan buat muka kerang busuk...senyum bila orang tegur,cuba jadi plastik untuk beberapa ketika...tapi kadang-kadang apa yang aku buat itu tidak menjadi juga...kerana at the end of the day...aku akan keseorangan dalam bilik mengenang permulaan hari..dan aku rasa macam something is missing dalam diri aku..
Bukan maksud aku tulis ini untuk buat readers rasa macam sesi kaunseling la pula..tapi ini la hakikatnya,setiap orang mesti ada rasa DOWN walaupun untuk seketika...punca aku rasa DOWN untuk beberapa hari ini ialah..aku rasa sedih sebab ramai kawan-kawan aku berada dalam bidang kedoktoran,pergigian,farmasi dan dalam bidang sains gunaan...okay jom aku explain kan....
Pharmacist..cita-cita yang tidak kesampain...
Sebenarnya aku nie merupakan budak SAINS dulu and of course la budak sains belajar subjek-subjek macam biologi,kimia,fizik dan math..itu sudah semestinya..and of course la aku memang minat bidang sains nie...tapi bila keputusan UPU baru-baru ini diumumkan,aku dapat la tawaran untuk sambung ijazah dalam bidang kejuruteraan..and which is aku tak pernah terfikir pun dalam hidup aku...ye la bila orang tanya kau nak jadi apa bila dah besar nanti....jawapan nak menjadi seorang jurutera itu memang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran aku.
Profesion kerjaya terbaru...seorang engineer..
Aku pun macam tak sangka je aku boleh diterima masuk dalam bidang pengajian ini...waktu itu kalau nak tolak pun macam-macam aku dah fikir.."ambil ipts confirm memang sampai tua la,bayar hutang" maklumlah ipts memang terkenal dengan yuran pengajiannya yang mahal.so setelah ditimbang,disukat,dicincang dan digoreng..aku pun menerima tawaran untuk sambung pengajian ini..walaupun hati dikala itu tidak berapa gembira,tapi aku gagahkan jua menerima tawaran itu.Waktu yang paling gembira sekali adalah mak dan ayah aku..aku pun tak tahu kenapa diorang gembira sangat sedangkan aku sendiri pun tak minat bidang yang ditawarkan ini.
Well of course la parents aku pujuk aku,diorang kata tak semua cita-cita yang kita impikan akan jadi kenyataan katanya...macam mak aku dia kata dulu dia nak jadi seorang guru tapi sekarang dia cuma mampu jadi pembantu makmal sekolah menengah sahaja.Hasil yang diperolehi daripada wang itulah digunakan untuk membesarkan aku katanya.Okay untuk mengelakkan daripada korang tertanya-tanya tentang cita-cita aku..cita-cita aku sebenarnya adalah untuk menjadi seorang  PHARMACIST...tapi apakan daya hajat tidak kesampain...
Bukanlah diri aku ini nak menolak tuah..ada kawan-kawan aku yang cakap aku ini seorang tidak bersyukur kalau nak dibandingkan dengan berpuluh-puluhan ribu rakyat Malaysia yang memohon untuk memasuki IPTA di negara ini...jauh sekali tidak besyukur tapi of course la..macam ko dah minat something tue gila-gila..dan kau tak dapat,apa perasaan kau???.Jangan nak jadi hipokrit,macam la juga korang bercinta..kalau dah minat orang tue..dan orang tue reject kau..mesti la sedih..betul tak.Well same goes here,aku pun sedih la juga mengenang nasib badan.Semua orang bila aku sebut bahawa aku dapat kejuruteraan semuanya macam bangga..but deep inside aku rasa macam tersangat la seksa...aku cuma risau,mampu ke diri aku nie bawa subjek KEJURUTERAAN nie untuk 4 tahun yang akan datang.
Makluman untuk korang semua fakulti kejuruteraan dan fakulti perubatan dekat universiti ini sangatlah dekat...dan kadang-kadang bila waktu solat zuhur tue,kita orang akan bertembung untuk menunaikan kewajipan yang fardhu nie..ye la waktu nie la aku terfikir "HOW I WISH I WAS IN THEIR PLACE"....ye la di situ la ramai kawan-kawan aku yang waktu asasi dulu satu kelas dengan aku dah bakal menjadi doktor...so macam ada rasa terkilan la sedikit..but anyway aku harap aku mampu teruskan kos kejuruteraan ini walaupun "RELA DALAM PAKSA".
P/S:Nasib baik ada blog,boleh la nak meluahkan perasaan,nak luahkan kan dekat orang..takut la orang salah anggap la pula...maklumlah lelaki,kalau perempuan bila luahkkan masalah je terus orang anggap cute gitu...nangis-nangis sikit dah terus dapat perhatian...kalau lelaki jangan harap la..orang tengok geli adalah...anyway hopefully bila dah luahkan nie aku dapat teruskan pengajian dengan jiwa yang tenang...tak de la rasa serabut sangat...hehe

3 comments:

  1. kalau kau tak kisah, masukla diploma farmasi dulu, lepasan dip farmasi pun byk kerja tau. hehe, cita2 aku pun nk jd pharmacist gak ;p

    ReplyDelete
  2. insyaAllah....mungkin ada hikmah di sebalik kejadian

    ReplyDelete

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...