Thursday 19 January 2012

POLIGAMI MANIS DI MULUT,PAHIT DI HATI.

Cinta itu indah...kata orang, betul ke???.



Poligami  adalah sesuatu yang diharuskan dalam ISLAM.Ini suatu ketetapan yang tidak dapat dinafikan. Ayat-ayat al- quran tentang keharusannya dan hadis-hadis Rasullulah S.A.W tentang kewajipan berlaku adil, pembahagian giliran dan sebagainya dalam berpoligami menunjukkan betapa pengaturan syariat dalam hal ini telah diperincikan.

FAKTOR YANG MENGHARUSKAN POLIGAMI
  • ISTERI TIDAK MAMPU MELAHIRKAN ZURIAT

Isteri yang tidak mampu melahirkan zuriat merupaka hambatan terhadap lelaki yang inginkan zuriat untuk membahagiakan keluarganya di dunia dan akhirat.Apabila isteri pertama mandul, maka suami mempunyai pilihan untuk berkahwin dengan isteri kedua yang akan melahirkan anak-anak yang diharapkan menjadi anak soleh dan mendoakannya kelak. Dalam keadaan ini perpoligami adalah lebih utama dan lebih baik daripada pencerain. Tindakan ini lebih diredhai ALLAH s.a.w berbanding terlibat dengan zina dan lain-lain penyimpangan seks.
  •  ISTERI MENDERITA SAKIT BERAT & BERTERUSAN

Bagaimana kalau jika ada isteri pertama sudah lemah sama ada disebabkan oleh sakit berat atau ditimpa kemalangan? Atau isteri tidak berupaya legi menjalankan tanggungajawabnya sebagai isteri atas sebab-sebab kelemahan fizikal atau ganguan mental dan emosi.

Berlandaskan hukum, isteri tersebut berhak untuk terus berada di bawah tanggungan suaminya di samping seorang wanita lain yang mampu menjalankan tugas seorang isteri dengan sempurna.Ketika ini poligami dilihat sebagai suatu yang relevan untuk menyelesaikan masalah.
  • SUAMI TERPAKSA SERING BERMUSAFIR

Terdapat kes apabila suami  perlu luar daerah atau luar Negara atas urusan pekerjaan dan tidak dapat membawa isterinya bersama-sama pada setiap. Sekiranya perpisahan yang begitu lama menyebabkan suami tidak mampu menahan nafsunya dengan pelbagai cabaran di perantaun, maka ketika itu diharuskan berpoligami sekiranya dia mampu memberikan nafkah lahir dan batin.
  •  POPULASI WANITA MELEBIHI LELAKI.

Apabila populasi wanita lebih besat daripada lelaki, maka masyarakat mempunyai tiga pilihan :

1) Membiarkan sebahagian wanita dihalang daripada berkahwin sehingga mati.
2) Menyuburkan budaya memiliki perempuan simpanan dan aktiviti pelacuran ataupun perzinaan.
3) Membenarkan lelaki berpoligami.

Sebagai muslim (sama ada lelaki atau wanita), kita tidak akan reda jika ada saudara seislam kita yang terpaksa membujang sehingga ke akhir hayat ataupun ada yang akan terlibat dengan zina.Jika keadaan itu berlaku, mesti ada dalam kalangan wanita-wanita islam yang rela berkongsi suami. Ketika inilah poligami menjadi suatu rahmat demi menjaga maslahat umat
  • APABILA SUAMI MEMPUNYAI KEINGINAN & KEMAMPUAN SEKSUAL YANG TINGGI.

Dari segi biologi dan fisiologi pula, ada sebahagian kecil lelaki yang mempunya kadar sensitiviti seksual yang tinggi . Walaupun jumlah mereka tidak ramai, tetapi islam mempunyai jalan penyelesain terhadap permasalahan ini.Pendirian yang menyamakan lelaki ini antara lelaki lain, menurut Syeikh Sayyid Sabiq adalah sesuatu yang tersasar daripada keadilan. Beliau menulis dalam bukunya Fiqh Al-Sunnah “ Bukankah kita mengharuskan kepada orang yang mempunyai selera yang kuat makan dengan kadar yang banyak? Dan sebaliknya kita tidak mengharuskanya kepada orang miskin dan lemah.Jadi persoalan poligami adalah sama.

Namun harus diingat, kesemua sebab diatas bukanlah satu justifikasi untuk memilih poligami sebagai satu-satunya jalan penyelesaian tetapi hanya satu pilihan yang boleh diambil sebagai suatu penyelesaian.

HUKUM BERPOLIGAMI

Hukum berpoligami asalnya harus dan dibolehkan berdasarkan firman ALLAH  S.A.W dalam surah al-Nisa’ 4:3. Tetapi hukum ini boleh berubah menjadi sunat, makruh atau haram bergandung kepada individu, keadaan dan suasana yang dihadapi.
  • SUNAT

Hukum ini terpakai apabila suami memerlukan tambahan isteri.Misalnya, kerana dia tidak cukup hanya dengan hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedang dia memerlukan anak.Pada masa yang sama dia mampu berlaku adil.Hukum poligami ketika itu adalah sunat.Poligami dalam situasi ini akan member manfaat kepada keluarga tersebut.
  • MAKHRUH

Sekiranya poligami itu bukan kerana  keperluan atau mendesak, tetapi hanya untuk mencari keseronokan semata-mata dan si lelaki sendiri dalam keadaan syak (50% yakin , 50% ragu-ragu) akan kemampuannya untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya. Hukum poligami ketika itu adalah makruh.Dikhuatiri apa yang membimbangkan akan membawa kepada kemudharatan. Ini berdasarkan hadis Rasullulah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al- Bukhari “ tinggallkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.”.
  • HARAM

Jika seseorang lelaki ingin berpoligami tetapi yakin sepenuhnya tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya ( boleh jadi kerana kemiskinan.kesihatan fizikal yang tidak mengizinkan atau mempunyai tabiat yang buruk), maka hukum poligami ketika itu adalah HARAM. Ia akan membawa mudarat kepada dirinya dan orang lain. Hal ini adalah berdasarkan firman ALLAH S.A.W dalam surah An-Nisa’ 4:3. Rasullulah juga telah bersabda, mafhumnya “ tidak kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.” (Riwayat Al- Baihaqi)
          
P/S: Pesanan aku,..aku saja tulis artikel nie...ye la isu nie jadi hangat selepas ombak rindu hari tue kan..so renung-renungkan..
 
   

0 comments:

Post a Comment

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...