Tuesday 21 February 2012

Susah Rasanya Nak Luahkan Sayang...

Kasihnya Ibu kat Kita..

Hmm..sudah lama rasanya aku tak menaip kat depan laptop nie, tiba-tiba ada perasaan nak menulis pulak ..ye la cuti semester kali nie aku rasakan kurang produktif untuk diri aku sebabnya pertama aku tak kerja,so income pun tak masuk dan kedua aku banyak habiskan masa tengok cerita-cerita korea..so tue la banyak masa habis kat situ.Aku selalu mulakan post aku dengan gambar-gambar (tue pun kalau korang perasan).Okey tajuk kali nie berkisarkan tentang lelaki yang susah nak luahkan rasa sayangnya kepada sesiapa saja yang dia sayang dan orangnya tak lain dan tak bukan adalah AKU.


Sebenarnya aku nie seorang yang amat susah untuk meluahkan rasa sayang aku kepada seseorang even kepada adik-beradik aku pun tapi deep in my heart, i know that i will always love that person. Bukan la aku nak kata diri aku nie hipokrit ke apa, tapi nie memang sifat semulajadi aku...tak tahu la, tapi untuk cakap perkataan tue amat lah susah untuk aku ungkapkan hatta kepada IBU aku sendiri...


Kadang-kadang aku jealous juga tengok kawan-kawan aku ungkapkan rasa sayang kepada ibu diorang bila mereka call...ye la bagi diorang benda tue perkara biasa tapi bagi aku hanya ALLAH yang tahu..tapi dekat sini bukan bermakna aku tak tahu tanggungjawab aku sebagai seorang anak ataupun abang kepada adik-beradik aku..cuma maafkan la aku sebab aku tidak mampu untuk meungkapkan rasa sayang kepada adik dan emak.


Tanda aku sayangkan adik-beradik aku ialah aku beli buku latihan untuk adik-adik aku pakai duit aku sendiri..ye la aku tak nak diorang susah macam aku dulu, beli buku latihan ataupun buku rujukan pakai duit sekolah yang emak dan ayah bagi..sanggup ikat perut semata-mata untuk beli rujukan, ye la nak berjaya perlukan pengorbanan..so aku tak nak adik aku lalui apa yang rasa dulu..tapi entah la korang faham ataupun tidak maksud yang aku cuba sampaikan melalui kasih sayang yang aku tak lafazkan tue.

Baru-baru nie aku pergi kursus TRANSFORMASI MAHASISWA KE-2 yang bertempat UiTM DUNGUN,TERENGGANU.  Ada satu slot tentang pasal sayangi keluarga, dalam slot nie para peserta dikehendaki untuk menutup mata menggunakan sehelai kain dan kami yang akan dipisah-pisahkan dan dikehendaki mencari balik ahli kumpulan yang lain dengan menggunakan bunyi binatang yang telah diberikan kepada kumpulan kami. At the end of the game, kita orang secara sukarela dijemput ke hadapan untuk berkongsi moral of the game yang kita orang main nie la. Aku tengok ada peserta yang ke depan bercerita pengalaman mereka yang telah mereka lalui dalam kehidupan ini.


Ada yang tak de AYAH langsung, so dia tak sempat langsung tengok muka ayah dia sejak kecil lagi..ade yang keluarganya melalui perceraian entahla aku pun tak tahu macam mana nak sampaikan tapi yang aku tahu air mata aku sebagai seorang lelaki tue gugur jua,walaupun aku dah sedaya upaya cuba untuk tahan tak bagi jatuh ke pipi. Aku sebenarnya nak juga berkongsi pengalaman tue kat depan peserta-peserta lain tapi aku malu sebab aku nie jenis yang susah nak ungkapkan rasa sayang aku. Tak pa la, aku luahkan kat sini..
Aku like statement nie sebab kebenaran yang terkandung di sebaliknya..

Aku bersyukur sebab aku masih ada kedua-dua parents aku lagi, tapi satu je yang aku nak cerita ialah aku sangat kagum dengan mak aku sebab dia mampu menjaga mak iatu nenek aku dengan elok dan penuh kasih sayang.kadang-kadang terdetik kat hati aku,mampukah aku sebagai seorang anak menjaga mak aku sendiri dengan penuh kasih sayang..ye la mak aku tue,kalau nenek aku teringin nak makan apa yang dia mengidam... cepat-cepat dia akan buatkan, mak aku cakap pernah cakap dengan aku..walaupun kadang-kadang mak nie pernah bergaduh dengan nenek tapi mak masih ingat..tanpa nenek siapalah mak pada hari nie.Kata-kata nie cukup menikam hati aku..mak aku sendiri cakap kat aku.Kalau AYAH aku pula..dia tahu aku suka makan apa..so dia selalu akan belikan untuk aku n dia akan cakap kat adik-beradik yang lain " apa yang anak kita nak makan kita belikan, tapi entahlah anak-anak kita nanti ingat tak kat kita bila kita dah tua".


Aku kadang terfikir mampukah aku jadi anak yang baik macam mak aku dan mampukah aku untuk menjaga mereka bila mereka dah tua. Aku bukan lah jenis yang pandai untuk memberi nasihat kepada kawan-kawan tapi ingat ibu-bapa kita semakin meningkat usia, kita semakin meningkat dewasa..kita mahu atau tidak kita kena mula memikirkan dah daripada sekarang tanggungjawab kita sebagai seorang anak...mungkin ada diantara kita mengatakan "la itu semua lambat lagi la,buat apa-apa la nak pening-peningkan kepala fikirkan benda tue semua" tapi itu semua terpulang la kepada individu tapi ingat ibu-bapa kita tak pernah pula mempersoalkan dekat kita dahulu waktu masih dalam buaian " kenapa la kau menangis tengah-tengah malam ini,susah orang nak tidur la."

P/S: Tengah confused nak beli apa la untuk mak aku nie,maklumlah birthday dia pun dah dekat.Any suggestion guys?.


0 comments:

Post a Comment

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...