Monday 9 July 2012

TenTang Kawan

Kawan kesetiaannya tidak mampu dibeli.
Kawan adalah insan yang paling rapat dengan kita selepas ibu bapa. Juga seorang individu ataupun kumpulan yang sering bersama-sama dengan kita dikala susah ataupun senang. Insan yang senang untuk kita berbicara daripada bermacam-macam aspek-aspek seperti bola bagi lelaki dan fesyen  bagi perempuan dan berbagai-bagai lagi tapi itu bukanlah persoalan yang utama pada kali ini. Hal ini adalah kerana kawan adalah satu keperluan untuk setiap individu yang bergelar manusia. Manusia perlu bersosial dan juga perlu didengar dan dengan adanya hubungan yang bergelar “ Kawan” maka manusia bebas untuk meluahkan segala yang terpendam di lubuk hati.
'' Tekun dan rajin" itulah moto kami.
 
Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai apa maknanya berkawan dalam kehidupan ini, kerana dengan berkawanlah aku dapat merasai salah satu nikmat dalam kehidupan. Tak payah merenung jauh, walaupun kadang-kadang kawan itu menyakitkan hati kita dengan perangainya yang gila-gila, tapi percayalah yang gila-gila itulah yang akan kita imbas kembali sewaktu kita tua nanti ataupun waktu kita duduk berseorangan dalam bilik sebelum tidur. Kawan memainkan peranan yang begitu besar dalam kehidupan, walaupun bukanlah semuanya yang indah-indah belaka tapi pesanan LUKMAN AL-HAKIM kepada  anaknya yang tercinta masih terpahat di lubuk ingatan,

“Wahai anak ku, jika kamu ingin mengetahui siapa sahabat mu yang sejati,ujilah ia dengan membuatnya marah dan jika ia mampu bersabar dengan kerenahmu, maka ketahuilah bahawa ia lah sahabat sejati”.

Dalam memilih kawan, Islam telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu kita ikuti dalam memilih sahabat antaranya ialah sahabat kita itu hendaklah seseorang yang mampu membimbing kita kearah jalan yang benar. Misalnya adakah sahabat kita itu seorang yang mengambil berat tentang solatnya, ataupun adakah sahabat kita ambil mudah tentang solatnya. Inilah kriteria yang perlu diambil kira dalam memilih sahabat namun, kadang-kadang kita tersalah membuat pilihan dengan salah memilih kawan TETAPI  jika kita mampu untuk menarik sahabat kita itu kearah jalan yang benar maka bantulah sahabat kita itu dengan harapan dia akan berubah.
"Bersatu teguh, bercerai roboh"
Aku juga bersyukur kerana dengan sikapku yang tidak seberapa “Perfect” ini masih ada kawan-kawan yang sudi untuk mendampingi aku membantu aku tatkala aku menghadapi kesukaran dan ingatlah walaupun kawan kita itu banyak kekurangan daripada segi rupa,sikap dan sebagainya  namun jangan kita biarkan “keburukan seseorang itu mengaburi kebaikan yang pernah dihulurkan mereka kepada kita”.  Sepanjang aku berada di sekolah kehidupan ini, banyak pengalaman yang pernah aku lalui namun aku percaya dengan apa yang kita lalui ini akan menjadikan kita seseorang yang lebih matang dalam kehidupan dan percayalah apa yang kita lalui pada hari ini apabila dikenang kembali suatu hari nanti akan melakarkan senyuman di pipi kita. Disini, aku selitkan gambar aku dan rakan ketika membuat persiapan FINAL EXAM UiTM baru-baru ini untuk tatapan semua.
P/S: we as human, can never stands alone..but sometimes we need to be alone in order to reflect ourself. Is that true?. Think about it.

0 comments:

Post a Comment

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...