Sunday 15 July 2012

Rasullulah S.A.W Pencinta Alam Sekitar

Kebersihan sudah sinonim dengan ajaran islam itu sendiri, malah Rasullulah juga pernah menyebut kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Disini, jelas menunjukkan bahawa kebersihan adalah tanda keteguhan iman seseorang. Orang yang tidak mempedulikan kebersihan maka imannya kurang sempurna. Pada penulisan kali ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk mebincangkan soal kebersihan  yang semakin remeh dipandang oleh masyarakat dan juga saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan bahawa kebersihan adalah suatu tanggungjawab yang perlu diambil berat oleh kita semua. Tidak wajar bagi seseorang individu mengambil mudah isu ini apatah lagi jika individu itu membawa label sebagai seorang penganut agama Islam.Kebelakangan ini, saya semakin sedar bahawa isu kebersihan ini perlu diketengahkan agar masyarakat sedar kerana ini adalah tuntutan agama kita iaitu Islam.

Jika pada masa dulu saya adalah seorang yang mudah membuang sampah merata-rata,kini saya sudah sedar bahawa perbuatan ini adalah tidak elok untuk dilakukan.Mungkin pada masa itu saya jahil tentang perkara ini, tetapi semenjak saya memperoleh kesedaran ini saya sudah tidak lagi membuang sampah merata-rata kerana itu adalah perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab dan secara tidak langsung mencerminkan tindakan orang yang tidak berpendidikan. Tetapi jika kita lihat sekarang, ramai di antara kita walaupun berpendidikan tinggi tetapi masih mengamalkan perbuatan sebegini lantas membuatkan diri saya tertanya-tanya di manakah letaknya nilai ilmu yang diperolehi itu?. Jika tidak diguna pakai dalam kehidupan,mengapa kita perlu belajar tinggi hanya untuk memperoleh sekeping ijazah.Bukan untuk mengutuk, tapi lihatlah jika kita pergi ke pasaraya pasti kita akan dibekalkan dengan plastik jika kita membeli barang, walaupun plastik itu kadang-kadang hanya mengandungi satu barang.Saya kesal dengan sikap sebegini kerana barang-barang dibekalkan dengan plastik itu sebenarnya mampu di bawa oleh kita tanpa menggunakan plastik langsung.Saya memperbesarkan soal ini kerana plastik yang dibekalkan itu pada akhirnya pasti akan berakhir di dalam tong sampah.Malah kita, mengetahui bahawa untuk melupuskan satu plastik saja sudah mengambil jutaan tahun dan ini pada saya merupakan pembaziran.Pasti ada yang bertanya,kenapa tidak risau tentang penebangan hutan yang semakin berleluasa dan sebagainya, bukan saya tidak mempedulikan semua itu tapi bukankah bagus jika kita mulakan dari bawah dahulu, jangan terlampau memandang isu yang besar sehingga kita terlepas pandang isu yang kecil kerana daripada isu yang kecil inilah akan menjadi isu besar.

Nabi Muhammad merupakan seorang pencinta alam, walaupun baginda sibuk dengan tugasan beliau dalam menyebarkan agama islam namun,baginda tidak melupakan tentang alam sekitar.Kita kadang-kadang sibuk untuk mencontohi sunnah rasullulah s.a.w dalam kehidupan seharian tetapi berapa ramai yang mencontohi baginda dalam isu kebersihan.Malah saya lihat, isu ini kian dipandang sepi oleh umat islam sendiri dan jika dibandingkan dengan orang bukan islam saya lihat mereka lebih mendahului umat islam dalam isu ini.Pernah abu hurairah bertanya kepada Rasullulah s.a.w tentang kebersihan jalan dan baginda menjawab yang bermaksud:
"Bersihkan jalan kaum muslimin daripada kotoran dan sampah."(riwayat Muslim)

Malah dalam sabda baginda yang lain yang mencerminkan bahawa baginda seorang yang mengambil berat tentang soal kebersihan ialah,
"Senyumanmu ketika bertemu dengan saudaramu adalah sedekah,mencegah daripada kemungkaran dan mengajak kepada makruf(kebaikan) juga adalah sedekah.Menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga ialah sedekah.Memimpin orang yang lemah pandangannya ialah sedekah,begitu juga perbuatan menyingkirkan batu duri dan tulang di jalanan ialah sedekah dan memberikan air kepada saudaramu juga ialah sedekah."(riwayat al Tirmizi)
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi,

"Sesiapa yang menebang pohon sidrah (bidara),maka Allah akan memasukkan kepalanya ke dalam neraka."

Berdasarkan hadis yang di riwayatkan tadi jelaslah bahawa Rasullulah s.a.w sangat mementingkan kebersihan malah baginda juga melarang menebang pokok sesuka hati kerana pokok adalah tempat berteduh bagi manusia dan binatang dan ini telah juga jelas dipraktikan oleh para sahabat-sahabat baginda yang mana ketika mereka pergi berperang mereka dilarang membunuh binatang sesuka hati dan menebang pokok tanpa sebab yang kukuh,bukankah mulia sungguh ajaran islam sehingga perkara yang sebegini kecil turut diambil perhatian.kawan-kawan ketahuilah kita menumpang di bumi Allah dan ini sudah menjadi tanggungjawab kita semua.Bukankah kita Khalifah yang Allah telah ciptakan untuk mentadbir bumi?. Tepuk dada, tanya iman.
P/s:Tengah cuti,sekarang so idea untuk menulis mencurah-curah datang :) 
 

1 comment:

  1. kita sememangnye menjadikan rasulullah sbg idola..

    do visit n follow
    http://myaleo.blogspot.com/2012/07/selamat-ulang-tahun-tunangku.html

    ReplyDelete

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...