Thursday 24 January 2013

Ego Racun Dalam Perhubungan.

Ego merupakan perasaan bangga diri terhadap kehebatan sendiri yang merangkumi dari segi harta, nama dan keturunan. Individu yang ego merupakan induvidu yang sukar untuk meminta maaf walaupun kadang-kadang silapnya itu datang daripada kesalahan diri sendiri. Perasaan ego ini merupakan racun di dalam perhubungan kerana ego yang tidak terkawal ini boleh merosakkan perhubungan persaudaraan yang telah terbina sekian lamanya. Saya juga merupakan individu yang kuat egonya pada suatu ketika dahulu. Orang ego ini kadang-kadang merasakan dirinya adalah yang terbaik dalam kalangan rakan-rakan ataupun dalam semua bidang pekerjaan.
Perasaan ego sukar untuk di hakis dan jika tidak dibanteras dengan cahaya keimanan dan ketakwaan kita khuatir perasaan ini akan menjauhkan masyarakat daripada kita kerana takut kemarahan kita memberi tempias kepada mereka. Saya merasa terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan blogger dan pembaca yang lain tentang buruknya sikap ego ini di dalam kehidupan seharian kita. Biarlah perkongsian yang saya lakarkan di sini dapat kita ambil iktibar dan teladan dalam kehidupan seharian. Umur kita semakin meningkat daripada saban tahun ke tahun, malah kehidupan kita pada hari ini akan membuatkan kita tertanya-tanya adakah amalan yang kita lakukan pada hari ini sudah cukup untuk di bawa ke kampung halaman yang abadi iaitu akhirat.

Pada semester dua yang lalu pihak UiTM telah menganjurkan satu program yang dinamakan Survival Mahasiswa yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Alhamdullilah sepanjang program itu berlangsung hampir mengalir air mataku ini kerana hujah-hujah yang diguna pakai oleh fasilitator itu banyak menunjukkan keagungan tuhan yang Maha besar. Antara point yang menyentuh hati ialah ada satu video yang menunjukkan permukaan bumi yang bulat dan ada manusia di atasnya. Kemudian permukaan bumi itu dijauhkan lagi dan kelihatanlah permukaan bumi yang dikelilingi oleh laut,gunung ganang dan sebagainnya. Kemudian dibesarkan lagi dan dibandingkan pula dengan planet-planet lain dan bumi juga turut dibandingkan dengan Matahari. Masyaallah,besar sungguh kekuasaanmu Ya Allah jika hendak dibandingkan dengan diriku yang kerdil ini, aku bermolog sendirian. Apa yang hendak tonjolkan di sini ialah kita sebagai manusia sangat kerdil di dalam alam semesta ini, kita umpama semut api yang kecil di atas muka bumi apatah lagi di sisi tuhan. Cuba lah anda tanya diri anda,adakah perasaan ego anda itu besar di sisi Tuhan?. Kenapa kita harus ego, sedangkan hidup kita ini terlampau singkat di atas muka bumi Allah ini.

Kadang-kadang saya bermonolog sendirian apabila mengenangkan sikap ego yang pernah saya lakukan. Perasaan menyesal itu mula menyelit bila menyedari kesalahan yang telah saya lakukan, ya!! perasaan ego memang seronok ketika kita sedang melakukannya tapi penyesalan yang datang selepas itu pasti membelit umpama ular. Sikap ego yang kita lakukan mungkin terjadi tanpa kita sedari tetapi seharusnya apabila kita menyedari kesalahan kita seelok-eloknya jadilah orang yang pertama meminta maaf.Jangan tunggu sehingga ianya menjadi barah dan sukar untuk disembuhkan, kerana ego yang kita lakukan pada hari ini mungkin akan menyebabkan kita menolak kebenaran pada suatu hari nanti. Cuba kita fikirkan pada suatu hari nanti kita semua akan mati dan tempat kembali kita adalah tanah...adakah pada hari itu,sikap ego mampu untuk menolong kita?.
Wallahu a'lam.
 

0 comments:

Post a Comment

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...