Friday 30 December 2011

3 IDIOTS!!!! ANTARA KESERONOKAN DAN REALITI…

ALL Izz Well..kata2 yang paling banyak kat muka buku aritue..
Mesti ramai diantara kita suka tengok cerita nie, betul tak ???. Ye la hari tue, TV3 ada siarkan cerita nie bukan sampai ada 2 hari baru cerita tue habis kan dan banyak la status yang meleret kat muka buku nie termasuklah aku,tengok betapa besarnya pengaruh media dalam kehidupan kita…Okey,aku sebenarnya nak kupas tentang cerita nie,aku bukanlah seorang pengkritik yang bertaraf 5 bintang tapi aku hanya mahu memberi pandangan yang sedikit sebanyak mungkin dapat membantu kita mengadapi liku-liku hidup ini dengan penuh kesedaran..insyaallah.


Cerita nie tak payah lah aku nak beri synopsis yang panjang lebar, mostly korang semua mesti tahu kan tentang jalan cerita tue..bagi yang tak tahu try lah google or Tanya pada kawan-kawan yang lain,kalau nak tahu detail lagi pergilah tengok sendiri. Bagi yang tengok cerita tue dengan pandangan nafsu, dia takkan nampak langsung pengajaran yang terkandung dalam cerita tue..abis tidak pun dia akan puas sebab dapat release tension n akan komen cerita tue tentang persahabatan yang sejati dan abadi…TAPI kalau seseorang tue menghayati dengan pandangan mata hati insyaallah dia akan nampak lebih lagi di sebalik jalan cerita tue.
Gambar favourite aku...

Watak utama dalam cerita ini ialah Aamir Khan ataupun yang lebih dikenali sebagai Ranchoddas Shamaldas Chanchad (rancho) merupakan seorang pelajar kejuruteraan di Imperial College of Engineering (ICE). Rancho  menuntut di sini kerana dia ingin mendapatkan segulung ijazah untuk Ranchoddas...kalau kita perhatikan imbas kembali dalam filem ini, kita akan dapati rancho sebenarnya memang suka menuntut ilmu sejak kecil lagi.Pada waktu kecil dia pergi ke sekolah dengan menyamar sebagai anak Ranchoddas. Anak Ranchoddas yang sebenar tidak minat untuk belajar,maka dia selalu menyuruh orang suruhannya (Aamir khan) menggantikan tempatnya untuk ke sekolah. Minat yang mendalam terhadap menuntut ilmu nie telah sebati dengan jiwanya sehingga dia mampu menyelesaikan soalan matematik  pelajar gred 10. Akhirnya penyamaran  Rancho ini terbongkar dan Ranchoddas bersetuju supaya dia meneruskan pembelajaran tapi dengan syarat dia mahu segulung ijazah kejuruteraan sebagai galang gantinya.
SILENCER....
Rancho ataupun  nama sebenarnnya Phunsukh Wangdu percaya kepada kejayaan dalam pembelajaran bukanlah bergantung kepada menghafal fakta-fakta di dalam buku tetapi memahami  dan mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kehidupan sehariannya…jika hendak dibandingkan dengan “SILENCER” yang lebih suka menghafal fakta-fakta yang terkandung dalam buku daripada memahami apa yang dipelajarinya. Okey akhirnya kita nampak akibat yang  diterima oleh “SILENCER” ketika dia menyampaikan ucapan bagi meraikan kedatangan Timbalan Menteri Pendidikan ke Imperial College, Rancho telah menukar beberapa perkataan di dalam teks ucapan tersebut sehingga “SILENCER” menjadi bahan ketawa di kalangan pelajar ICE. Betul tak???? , ye la perkataan “miracle” ditukar kepada “raped”...tapi SILENCER tak sedar pun, sebab dia menghafal teks ucapan tue bukannya memahami apa yang dia ucapkan.
Tiga sahabat...
Okey aku rasa sampai di sini synopsis aku…sekarang kalau kita dalami peristiwa ini dengan betul2 kita, akan dapat iktibar yang sesuai untuk kita jadikan pengajaran…Cuba kita perhatikan Rancho menuntut ilmu kerana dia memang suka menuntut ilmu, bukan hanya untuk mendapatkan segulung ijazah semata. Kalau kita bandingkan  kita menuntut ilmu hanya untuk mendapat segulung ijazah kerana kita percaya bahawa ijazah ini mampu memberikan kita pekerjaan yang baik di masa hadapan. TAPI kita lupa tentang kepentingan ILMU itu sendiri..akhirnya lahirlah golongan yang berjaya seperti SILENCER yang hanya tahu menghafal tapi tak tahu nak mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan. Kalau kita tengok, orang macam nie selalu dapat DEAN LIST tapi hakikatnya tak tahu apa-apa pun tentang ilmu yang dipelajari…akibatnya bila dah abis 1 semester, maka ilmu yang dia belajar tue dia akan lemparkan jauh entah kemana. Bahananya dia akan rasa bila naik semester-semester yang seterusnya bila ilmu yang dia belajar dahulu perlu dipakai kembali…maka waktu itulah mulalah sibuk mencari nota-nota lama untuk dipelajari semula.

Disini aku bukanlah ingin mengutuk sesiapa TETAPI aku menulis ini untuk memberi ingatan kepada diri aku dan kawan-kawan lain bahawa ilmu ini bukanlah hanya untuk dihafal tapi diguna pakai sepanjang kehidupan. Betulkan niat kita sewaktu menuntut ilmu itu, jangan menuntut ilmu sekadar untuk LULUS periksa tapi kita kena percaya kepada konsep menuntut ILMU sepanjang hayat..ataupun lebih dikenali di kalangan bijak pandai sebagai “LONG LIFE LEARNING CONCEPT”.


Selain itu, kita sebagai orang islam kena tahu bahawa menuntut ilmu itu merupakan tuntutan agama ISLAM ..bah kan kalau orang yang mati kerana menuntut ilmu adalah mati syahid di sisi ALLAH. Malah ada juga pepatah arab yang sesuai untuk kita ambil iktibar "ilmu tanpa amal, adalah umpama,pokok yang tidak berbuah"...renung-renungkan dan selamat beramal.

P/S: Kepada kawan2 yang nak ambil periksa macam aku nie…exam dah tak lama dah so rajin-rajinlah mengulangkaji pelajaran…dah tengok 3 IDIOTS kan…so ambillah iktibar dari cerita tue…kalau tak nak ambil iktibar tak tahulah nak cakap macam mana…apa-apapun GOOD LUCK WITH YOUR EXAM :)

1 comment:

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...