Friday 13 July 2012

Redha dengan Ketentuan ilahi.





Redha secara umumnya adalah sifat lapang hati ketika menerima ketentuan daripada Allah dengan bersangka baik terhadap segala aturan-NYA sekalipun bertentangan dengan kehendak dan keinginan.

Hati saya tiba-tiba merasa terpanggil untuk berkongsi tajuk ini dengan pembaca blog saya.Kadang-kadang hidup kita penuh dengan masalah. Saya juga pernah menghadapi masalah tidak redha dengan dengan takdir Allah ini. Seingat saya perkara ini berlaku sewaktu saya masih menuntut di Asasi sains Uitm Puncak Alam dahulu, sewaktu saya masih lagi di semester pertama saya mengambil mudah tentang subjek matematik ataupun lebih dikenali sebagai calculus.Subjek ini saya biarkan sahaja apatah lagi untuk mentelaah buku yang berkaitan dengannya kerana saya tahu saya hanya perlu mendapat markah yang cemerlang dalam subjek fizik,biologi dan kimia kerana berdasar pemahaman saya GCPA hanya akan dikira berdasarkan 3 subjek terbaik sahaja dan pada kiraan saya ketika itu memadailah jika saya memberikan penekanan kepada subjek biologi,kimia dan fizik sahaja.Namun, malang tidak berbau, rupa-rupanya dalam pengiraan GCPA subjek matematik adalah subjek yang wajib dimasukkan dalam pengiraan GCPA dan 2 lagi subjek akan diambil berdasarkan subjek terbaik yang lain. Hati saya kecewa sewaktu keputusan akhir semester di keluarkan,saya hanya mampu memerolehi 3.33 sahaja dan target saya waktu itu jika saya ingin memohon bidang farmasi sewaktu saya ingin melanjutkan ijazah nanti,sekurang-kurangnya semester pertama ini saya harus memperolehi 3.6 dan ke atas kerana bidang yang saya inginkan ini tinggi persaingannya. Sewaktu keputusan itu dikeluarkan saya berada di rumah,hati saya memberontak dengan keputusan itu,saya tidak percaya dengan hasil penat lelah saya hanya ini yang saya mampu dapat.Saya mula menangis dan hampir seminnggu kesedihan itu berlarutan,mana mungkin saya dapat menerima kenyataan ini dan ditambah pula dengan kawan2 saya yang lain semuannya memperoleh keputusan yang lebih cemerlang jika hendak dibandingkan dengan diri saya. Akhirnya saya mula menyalahkan takdir, dan soalah di hati bertubi-tubi bertanyakan kenapa Allah tidak memberikan apa yang saya inginkan,namun mujurlah dengan adanya sokongan keluarga saya akhirnya saya dapat menerima takdir tersebut,walaupun dengan hati yang berat.


Apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak berjalan seperti yang kita harapkan, lantas kita bertanya kepada diri kita dimanakah silapnya?. Namun, apabila kita mencari silapnya tidak juga ditemui puncanya kerana kita merasakan perancangan kita itu cukup sempurna namun kita terlupa bahawa ada perancang yang lebih besar daripada kita iaitu Allah. Ingatlah apabila kita ditimpa masalah ataupun apa yang kita harapkan itu tidak berjalan seperti yang kita impikan, jangan mudah mengeluh ataupun bersedih hati kerana kita tidak tahu apa yang Allah telah rancangkan untuk kita dan percayalah kalau kita rasakan masalah kita itu besar maka pujuklah hati kita bahawa suatu ketika masalah kita ini akan hilang dan sinar kebahagiaan pasti akan muncul walaupun kita tidak mengetahui waktunya.



Disini saya ingin berkongsikan satu kisah yang saya pernah dengari daripada sebuah stesen radio iaitu IKIM kisah yang sungguh menarik sehinggakan saya terduduk seketika sewaktu mendengar kisah ini, Pada masa dahulu ada seorang ulama' yang dalam perjalanan pulang menuju ke rumahnnya dan sebelum itu dia singgah ke pasar untuk membeli sebiji buah tembikai. Pabila sampai di rumah ulama' tersebut memberikan buah tersebut kepada isterinya supaya buah tembikai itu di potong. Apabila isterinya memakan buah tembikai itu, isterinya menjerit dan mengomel sendirian di dapur kerana buah tembikai itu masam dan tidak sedap. Suara isterinya itu cukup kuat sehingga dapat didengari oleh ulama' tersebut lantas dia bertanya kepada isterinya,
"Wahai isteriku, kamu memarahi siapa atas kemasaman buah tembikai itu?. Aku pasti bahawa petani yang menanam buah tembikai itu pasti menjaga dan menbajai buah itu dengan baik dan kalau kamu memarahi penjual yang menjual buah ini, aku juga pasti bahawa penjual itu pasti mahu buah yang dijual itu dalam keadaan yang terbaik namun aku khuatir jika yang kau marahkan itu tidak lain dan tidak bukan Allah yang menciptakan buah tembikai ini. "


Iktibar daripada kisah ini ialah kadang-kadang bila kita tidak boleh menerima sesuatu perkara yang terjadi pada diri kita,kita ini mudah menyalahkan takdir seolah-olah segala yang berlaku tidak boleh lari daripada perancangan kita. Ingatlah kita ini adalah makhluk dan hamba kepada-NYA oleh itu Allah mempunyai kuasa yang mutlak untuk menguji kita dan layakkah kita mempertikaikan takdir yang telah ditetapkan Allah. Bukankah Allah telah memperingatkan kita dalam firmannya :

 "Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih amalnya. Dan dia Maha perkasa, Maha pengampun."           (Surah Al Mulk 67:2)
 mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan mereka kekal di dalamnya. Allah meredhai mereka, dan "Balasann mereka juga reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian daripada-Nya. Balasan yang demikian itu adalah untuk orang yang takut (melanggar perintah) Tuhan-Nya." (Surah Al Bayyinah 98:8)


Dan Rasullah juga mengingatkan kita dalam hadisnya yang berbunyi,
"Salah satu kebahagiaan anak Adam ialah redanya atas perkara yang ditentukan oleh Allah kepadanya. Dan salah satu kesengsaraan anak Adam adalah apabila di meninggalkan istikharah  kepada Allah dan tidak reda  terhadap perkara yang ditakdirkan kepadanya." (Riwayat al Tirmizi)
Ingatlah sewaktu kita berdepan dengan musibah ataupun perjalanan kehidupan ini tidak berjalan seperti yang kita rancangkan, renung-renungkan lah bahawa Allah tidak pernah berjanji bahawa kehidupan di dunia ini akan sentiasa senang namun Allah berjanji bahawa dia akan sentiasa berada di samping hamba-hamba yang sentiasa mengingati-Nya.

 

1 comment:

  1. Sangat setuju.. Saya baru sahaja memalui satu pengalaman baru2 ini dan Alhamdulillah saya redha dengan apa yang dilalui itu.. :) Barulah hati rasa tenang selepas itu..

    Rojak Rants

    ReplyDelete

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...