Thursday 11 August 2011

Sedarlah...Anda Itu Seorang Muslim

Majoriti rakyat malaysia di negara ini adalah merupakan penganut yang beragama islam...korang semua tahu tak pasal benda nie???..kalau tak tahu tak yah mengaku jadi anak Malaysia ye...So ari nie aku nak bercakap pasal Individu yang dipanggil muslim...kalau ikut pandangan aku..orang yang dipanggil Muslim ini adalah orang yang beragama Islam.
So kenapa aku nak timbulkan isu nie...sebabnya satu je,aku tengok ramai orang zaman sekarang tidak berpuasa...alahai korang tak percaya???tengok je tmpat aku kerja..customer-customer datang kat tempat aku kerja tuk beli makanan..yang peliknya lelaki....kalau perempuan acceptabble lagi la sebab diorang ada warranty ABC (ALLAH BERI CUTI) yang diberi khas hanya untuk kaum hawa sahaja...dah la beli air ngan roti waktu pagi-pagi..baru berapa jam kita semua berpuasa....waktu berbuka pun lambat lagi,nampak bebenor nak menipu... tue korang nak kata apa..kalau lelaki yang beli tue budak kecik...tak la gak..nie yang dah besar gajah macam pun ada lagi...berjannggut pulak tue...tak malu betul kat orang lain...
CREDIT TO : Kubakoya (blog yang tak berapa menjadi)
Kang kalau aku nak tegur kang mulalah keluar ayat-ayat dramatic untuk menyelamatkan diri..contohnya " abang gastrik la adik,sebab tue la abang tak boleh nak puasa ".Kalau betul gastrik tak pa la..nie tak,bohong je lebih..malu la sikit...kita nie kat orang lain,masyarakat dekat sekeliling kita ini memerhati gerak-geri kita..kalau tak nak malu dengan aku pun..malu la dengan ALLAH..ok fine,korang nak kata aku busybody...tolong lah i pun tak suka nak jaga tepi kain orang..tak nak pun sebenarnya, meluat lagi ada lah..
Tapi bila difikirkan balik..siapa lagi nak tegur kalau bukan kita...takkan la nak mengharap ustaz-ustaz nak tegur,masalahnya ustaz tue pun banyak juga kerja..so kewajipan tu jatuh la pada kita...aku tak nak..pada hari pembalasan nanti..AllAH tanya apa yang aku buat bila ko tengok orang tu tak puasa???.aku nak jawab apa???..aku tak nak kena bakar dalam neraka..tak pasal-pasal...kat dunia nie pun dah panas sampai pasang air-cond....kat neraka lagi la..
So ko tanya balik kat orang-orang yang tak puasa kat luar sana tue yang mengaku dia tue beragama Islam..dia tergolong dalam kategori mana rukhsah yang aku provide kan kat u alls kat bawah nie..meh sini korang tengok...
 Ok, so kalau korang tak tergolong dalam rukhsah nie...jangan la saja-saja mencari sebab untuk menguzurkan diri tak nak berpuasa...tue nampak la sangat pembohong besar..ingat PUASA itu tergolong dalam satu rukun islam yang telah tetapkan..nanti bala yang ALLAH turunkan,tak tertanggung nanti...ingat AllAH kalau nak balas ..dia balas CASH je..hutang tak main..u know
By the way..tak payah la...kalau tak puasa tue nak menampakkan diri anda puasa...manusia di sekeliling anda tu tahu hakikat diri anda..semuanya bukan budak-budak darjah satu lagi yang baru nak jolok buah cempedak di luar pagar,kalau salah tolong tunjukkan..semuanya pandai menilai..yang masih belum bertaubat lagi tue..silalah bertaubat,ingat ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyanyang...
P/S: Baru tengok ramadhan terakhir kot kat tv3..pelakon kat tv tu melakonkan babak yang menunjukkan dirinya tak berpuasa n then dia cakap "tak yah la nak puasa-puasa nie,hak siapa nak judge aku".Kalau aku pelakonnya of course aku jawab "hak ALLAH la,sudah semestinya bukan hak aku".

2 comments:

  1. macam2 karenah manusia ni.. dah tak puasa 1 hal.. pas tu perlekehkan hukum puasa.. mcm bangga pulak..

    ReplyDelete
  2. Semoga dia tu diberikan petunjuk oleh Allah swt. Kalau x silap tu FB yg tahun lepas kan? Minta dijauhkan dari kita dan keturunan kita..

    ReplyDelete

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...