Wednesday 3 August 2011

Layar Hidup 4 Ashraf....

 Kali nie angguk2 geleng2 nak cerita pasal kisah hidup 4 insan bernama ashraf...u alls nak dengar tak????.kalau nak dengar angguk2 geleng2 nak cerita nie..
  • Baru-baru ini nama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz sebutan ramai apabila kisahnya yang gagal dalam permohonan menukar nama asalnya kepada Aleesha Farhana gagal di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 18 julai yang lalu.Namun tiada siapa yang menduga tindakan mahkamah yang menolak permohonannya menyebabkan anak kelahiran Terengganu itu mengalami kemurungan yang teruk hingga meragut nyawanya.Alasan yang diberikan hakim yang mendengar permohonan itu ialah walaupun Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz telah melakukan pembedahan jantina namun itu hanya pada fizikal sahaja tetapi bukan pada sudut biologinya.Itu lah sebahagian daripada kisah seorang insan yang bernama Ashraf.
p/s : angguk2 geleng2 tak berani nak komen lebih-lebih pasal benda cam nie, sebab angguk2 geleng2 takut kena belasah....tadi angguk2 geleng2 baca surat khabar kosmo seorang remaja mati kena belasah oleh abang kepada adik yang remaja tu kutuk kat facebook..takut angguk2 geleng2 dibuatnya..kes tue berlaku pada 1 ramadhan tau..tak sempat la remaja tue berhari raya..
  • Lain pula dengan pemilik nama Muhammad Ashraf Mohd Ridzuan yang berusia 26 tahun ini yang telah dinobatkan sebagai juara rancangan realiti yang bercorak islamik yang kalau angguk2 geleng2 sebut pun korang pasti tahu la..iatu IMAM MUDA musim pertama tahun lalu kot...tue angguk2 geleng2 tak pasti.Personaliti yang menarik yang dimiliki oleh graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usulludin dan Fiqah daripada Universiti Malaya itu membolehkan dirinya menyandang gelaran juara itu.
p/s: angguk2 geleng2 rasa kan pasti ramai perempuan kat luar sana nak kahwin ngan orang macam ashraf nie...ye la mana x nya orangnya dah hensem dan beragama pulak tue.pakeh 2 in 1 la katakan..mak2 kat luar sana tue pun mesti bangga kalau anak depa dapat pikat ashraf nie...
  • Nie angguk2 geleng2 pasti dan yakin bahawa cowok dan cewek kat luar sana pasti kenal mamat nie.Ini lah tuan empunya badan yang bernama Ashraf Muslim.kalau u guys nak tahu Ashraf Muslim yang sering membawakan watak ustaz atau jejaka alim menerusi drama mahupun filem turut menarik perhatian khalayak ramai.Di luar bidang seni, Ashraf juga dikenali sebagai salah seorang pengamal perubatan islam yang telah banyak membantu mereka yang memerlukan...
p/s: kalau angguk2 geleng2 la nak jadi pengamal perubatan tentu angguk2 geleng2 yang cabut dulu sebab angguk2 geleng2 nie penakut sebenarnya..hehe..
  • Last but not least,nie la kisah Ashraf yang terakhir, namun kisah Ashraf mengundang kesedihan u alls.Ahmad Amirul Ashraf Dami yang berusia 2 tahun lima bulan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada awal Mac yang lalu.Ashraf  dikatakan demam sehari sebelum itu dan dibawa ke hospital umum sarawak (HUS) untuk rawatan tetapi akhirnya disahkan meninggal dunia pada pukul 12.30 tengahhari akibat jangkitan septik.Ashraf sebelum ini dikatakan mengidap ketumbuhan di kepalanya.kematian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat ibu bapanya yang telah bersusah payah dalam menyembuhkan anak tersayang sebelum ini..
p/s: tengok mak bapak ashraf nie,macam kesukaran yang dia lalui untuk menyembuhkan anak dia..bukan senang tau..tapi tengok remaja zaman sekarang,asal kena marah sikit terus lari dari rumah..hish apa la nak jadi..nasib baik angguk2 geleng2 tak jadi macam nie, kalau tak bau syurga pun angguk2 geleng2 tak dapat bau..






0 comments:

Post a Comment

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...