Tuesday 2 August 2011

5 Bonus Yang ALLAH Peruntukkan Khas Untuk Ramadhan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud : "umatku diberikan lima perkara yang belum pernah di berikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu "....jeng-jeng u alls baca la yek...
BONUS 1
  •  Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah..
BONUS 2
  • Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka..
BONUS 3
  • Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman : hampir-hampir hamba-hamba-ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.(mereka sanggup bersusah payah di dunia dan akhirat).
BONUS 4
  • Nie la bonus yang paling special ALLAH pernah kasi kat kita..apa dia???..tak tahu,meh sini nak bagi tahu..syaitan-syaitan dibelenggu,tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan lain selain Ramadhan.
BONUS 5
  • Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).Mengenai bonus kelima ini,ada sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w : " Ya Rasullulah, apakah itu berlaku pada malam lailtulqadar??" Baginda menjawab : "bukan,tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)

0 comments:

Post a Comment

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...