Friday 19 August 2011

Luahan Hati Seorang Lelaki Kepada Bakal Isterinya....


DEAR  SAYANG…SI JANTUNG  HATI KU…
Alhamdullilah kita telah sah bergelar suami isteri….bukannya mudah untuk abang melafazkan akad nikah tadi..wah habis lemah longlai tubuh abang..gugup jantung dibuatnya,mana  taknya banyak benar mata yang memandang..malu kucing abang jadinya…wang hantaran pun sudah abang selesaikan..abang tak kisah pun berapa harga yang bapak mertua abang letak,janji ayang sudah menjadi milik abang..abang tahu yang duit hantaran tu sebenarnya ujian bapak mertua ayang untuk melihat komitmen abang dalam memperisterikan ayang….well abang tak kisah pun Cuma nasib baik wang hantaran ayang tu tak semahal wang hantaran kahwin sesetengah artis kat MALAYSIA nie..kalau tak naya abang..mahu sampai ke anak cucu la abang bayar hutang nie…kesian kat abang.Abang sure ayang tak nak tengok abang menderita bayar hutang kan..thank you ayang..love u so much.

Well..oleh kerana kita sudah sah menjadi suami isteri..abang Cuma ada beberapa permintaan aje untuk ayang..harap-harap ayang sudi tunaikan,bukannya apa saying nie semua untuk kebaikan kita bersama betul tak sayang ???.Permintaan pertama abang ialah abang harap ayang ialah seorang yang rajin ke dapur untuk memasak…bukannya apa abang nie sebenarnya alah terhadap makanan yang dimasak di kedai sebab kebersihan makanan di kedai tu tak terjamin kesuciannya..lagi pun masa abang muda remaja dulu..emak abang selalu masak makanan dekat rumah..jarang sangat kami sekeluarga makan dekat luar..kalau makan pun itu pun jika ada majlis keramaian sahaja…lagi satu ayang,kita dapat berjimat jika kita makan di rumah..abang harap ayang pun peka dengan isu semasa zaman sekarang..ye la harga barang semakin meningkat dari semasa ke semasa..abang juga takut dengan perangai emak abang,dia memang anti dengan perempuan yang malas bergerak ke dapur nie…katanya dia pun bekerja juga tapi still ada masa untuk memasak untuk suaminya..dia juga ada pesan kat abang yang kalau anak kita nanti makan makanan yang kita sendiri masakkan..insyaallah anak kita nanti mudah untuk mendengar kata kita katanya…abang takut nak menjawab kata-kata emak..malas abang nak menjadi anak derhaka..harap-harap ayang faham la dengan kehendak abang dan emak abang nie…

Kedua..abang harap ayang still boleh bekerja macam dulu lagi..tak macam sesetengah isteri orang lain yang lepas dia kahwin je mesti nak jadi suri rumah..well abang tak nak macam tu..memang la tanggunngjawab abang untuk beri nafkah kepada ayang…tentang nafkah tu sayang jangan risau,abang sedar akan tanggungjawab abang..tapi abang nak juga sayang kerja…ye la langit tak selalunya cerah ayang..mana la tahu,jika ditakdirkan abang pergi dahulu meninggalkan sayang..di manakah tempat sayang dengan anak-anak nak bergantung harap???.Abang tak mahu sayang  meminta-minta dengan orang lain..at least kalau ayang bekerja,bila abang pergi meninggalkan sayang pun hati abang akan rasa tenang sangat..lagi satu,mana la tahu kot-kot abang ada hati nak pasang satu lagi n then waktu tue..ayang tak setuju dengan keputusan abang dan mahu berpisah dengan cara baik,at least sayang dah ada pendapatan tetap dah..tak payah la ayang nak fikir mana lagi tempat ayang nak cari duit kan…abang juga harap ayang sedar bahawa produk kecantikan yang ayang pakai tiap-tiap bulan tu bukan lah murah..satu produk dah beratus-ratus ringgit..mana abang nak cari duit yang banyak macam tu..lain la kalau abang nie lahir dalam “silver spoon “ macam sesetengah anak mat saleh tu..abang banyak lagi bil-bil yang abang nak kena bayar…harap-harap ayang sudi dengan permintaan abang nie.

Ketiga,abang harap ayang nie seorang yang baik akhlaknya dan seorang yang taat akan perintah ALLAH..ye la orang kata the true colours seseorang itu hanya akan Nampak selepas dia berkahwin..masa bercinta semuanya indah-indah belaka kalah fantasi si CINDERELLA tu…abang harap ayang bukanlah yang tergolong dalam golongan itu..abang tak mahu isteri abang seorang yang hipokrit,berlindung di sebalik topeng ciptaannya sendiri..nanti ayang yang akan sengsara nanti..well abang harap ayang nie seorang rajin solat dan menutup aurat..bukannya apa emak abang dulu selalu berpesan bahawa orang bersolat nie insyaallah akhlaknya akan terjaga  dan insyallah ALLAH akan lindung dia daripada segala kemungkaran dan kemaksiatan…ayang pun tahu kan yang abang selalu balik lewat outstation sana sini..so pada ayang la abang harapkan untuk didik anak-anak kita dengan ilmu agama…sebenarnya abang dah penat menulis warkah ini buat tatapan ayang…insyaallah nanti abang akan sambung balik di lain waktu…
YANG TULUS DAN IKHLAS ABANG PUJAAN HATIMU.
P/S: Insyaallah kalau aku rajin aku akan sambung balik...anyway best tak surat cinta aku untuk aku punya future wife????.

7 comments:

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...