Tuesday 2 August 2011

Ramadhan Oh Ramadhan

Hari ini nak bagi tahu kat anda n u all semua tentang perkara yang u alls semua patut tahu pasal ramadhan..ye la kan..ari nie dah masuk ari ke-3 kita berpuasa...
  • wanita berada dalam keadaan haid perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan,tetapi tidak perlu menggantikan solat yang ditinggalkan.
  •  orang yang berpuasa disunatkan mandi selepas berjunub sebelum terbit fajar supaya bersih bermula dari awal pagi.sekiranya dia tidak mandi,puasanya tetap sah kerana berjunub di malam hari tidak membatalkan puasa.Tetapi seelok-eloknya di segerakan mandi wajib supaya tidak meninggalkan solat fardu dengan sengaja...ye la kalau puasa tapi x sembahyang apa gunanya kan..betul x
  • Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang itu melaksanakan solat sunat witir selepas solat sunat terawikh.Namun lebih afdhal jika dia mampu untuk bangun pada waktu malam dan melakukan solat witir sesudah solat-solat sunat yang lain..tapi kalau angguk & geleng belum tentu lagi boleh bangun...
  • Orang yang sakit tetapi tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas maka tidak dibenarkan berbuka.Tetapi jika sebelah pagi dia berpuasa kemudian jatuh sakit di waktu tengah hari,maka dibolehkan untuknya bagi berbuka puasa.Sekiranya seorang pesakit telah berpuasa dan penyakitnya telah sembuh,maka keringanan untuk berbuka puasa itu telah hilang.
  • Antara perkara yang boleh membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka seperti mulut,hidung,telinga,faraj dan dubur.Memasukkan sesuatu ka dalam badan dengan suntikan melalui saluran darah,menyuntik di bawah kulit atau ke dalam badan,tidak membatalkan puasa contohnya suntikan itu untuk tujuan perubatan seperti membius.Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam empat mazhab..Namun ada sesetengah ulama hari ini mengecualikan daripada suntikan makanan,iatu jika yang disuntik itu ialah bahan makan seperti glukosa dan sebagainya,maka batal puasa kerana telah mengambil kedudukan seperti makan dan minum.
  •  Memakai gincu pada bulan ramadhan tidak membatalkan puasa selagi mana tidak bercampur dengan air liur dan ditelan sehingga memasuki kerongkong.Hukumnya sama seperti menggosok gigi dengan ubat gigi,TETAPI dari segi hukum berhias,tidak harus perempuan bertabarruj dan berhias untuk lelaki selain dari pada suaminya.Seandainya sekadar menampakkan warna asal dan menjaga kelembapan bibir,ia diharuskan.
  • Mandi pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh seperti yang didakwa sebilangan masyarakat,bahkan termasuk dalam perkara sunnah sebagaimana kata-kata Abu Bakar r.a : '' aku melihat rasullulah s.a.w di dalam Arj (sebuah tempat ),baginda menyiram air ke kepalanya  dalam keadaan Baginda berpuasa,kerana dahaga atau kepanasan." (riwayat Abu Daud)

2 comments:

  1. tang lipstic tu menarik..sbb ape? sbb bibir dia merah sgt...hehehe...(lari topik lak ea)

    ReplyDelete
  2. tahu x apa..lagi satu sebab bibir dia menggoda sangat betul x..so cute gitu...

    ReplyDelete

  • Get widget here

    Facebook !!!

    https://www.facebook.com/fakhrur.razi.56
  • Hubungi saya

    Jika ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di raz_blaze92@yahoo.com
  • Follow jom !!!

    https://twitter.com/raz_blaze
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...